Anda di halaman 1dari 4

Tajuk Cerita : Shiou Peh Pengarang : Roziha Bt.

Abdul Rahman

Tolong diam, Syajid menjerit di dalam kelas pada suatu pagi. Tolong senyap, sesiapa yang bising saya akan catat nama mereka dan berikan kepada Cikgu Haniza, kata Syajid lagi. Raju.Kamal.Ah Kaw, duduk di tempat kamu. Nanti saya adukan perbuatan kamu kepada cikgu! kata Syajid memberi amaran. Raju, Kamal, dan Ah Kaw tidak sudah-sudah mengusik Shiou Peh, seorang murid yang pendiam di kelas tersebut. Mereka cuba mengambil bungkusan yang terdapat dalam beg Shiou Peh. Jajangan ambil beg saya,kata Shiou Peh. Air matanya mula mengalir. Raju..Kamal..Ah Kaw, kenapa kamu bertiga suka mengusik Shiou Peh, kata Shikin yang duduk di sebelah Shiou Peh. Kami suka.kami seronokHa..HaHaHo. Ah Kaw ketawa terbahak-bahak. Syajid berasa kasihan melihat Shiou Peh diusik oleh kawankawannya. Setahunya, Shiou Peh seorang murid yang baik dan tidak pernah mengganggu sesiapa. Siapa yang bising tadi hingga saya terdengar di bilik mesyuarat? Cepat bangun, kalau tidak saya akan denda seluruh kelas, kata Cikgu Haniza apabila masuk ke kelas. Raju.Kamal dan Ah Kaw mengusik Shiou Pei cikgu, beritahu Syajid. Kamu bertiga, pergi minta maaf kepada Shiou Peh. Saya tidak suka kamu berbalah sesama sendiri. Kita hidup mestilah hormat-menghormati bukannya mengusik perasaan orang lain, nasihat Cikgu Haniza.

Kami minta maaf, Shiou Peh. Kami berjanji tidak akan mengusik kamu lagi, kata mereka bertiga. Saya maafkan, kata Shiou Peh sambil mengesat air matanya. RinggRingRing.Loceng rehat berbunyi. Semua murid keluar kelas untuk ke kantin. Seperti biasa Shiou Peh akan berjalan ke belakang penjuru blok sekolah. Di tangannya terpegang satu bungkusan. Apa yang hendak dibuat Shiou Peh? Apakah dalam bungkusan itu? kata Syajid dalam hati. Syajid mengekori Shiou Peh dari belakang. Tiba di belakang penjuru blok sekolah, Shiou Peh pun mengeluarkan batang-batang straw dan manikmanik kecil daripada bungkusan yang dibawanya. Dengan pantas Shiou Peh menganyam batang-batang straw dan manik-manik kecil tadi menjadi kuntuman bunga yang kecil dan menarik. Dengan perasaan ingin tahu, Syajid menghampiri Shiou Peh perlahanlahan. Apa yang kamu buat ni, Shiou Peh? tanya Syajid. Ti..tidak ada apa-apa, jawab Shiou Peh gugup kerana terkejut. Shiou Peh tergesa-gesa bangun dan cuba beredar. Eh, nanti dulu, Shiou Peh, kata Syajid. Kenapa kamu buat semua ini? Jika kamu ada masalah, beritahulah kepada saya. Sebagai seorang sahabat, saya akan cuba menolong kamu, jika kamu dalam kesusahan. Tak mengapalah, biar semua ini menjadi rahsia diri saya, jawab Shiou Peh menundukkan kepala. Cakaplah, kenapa? pujuk Syajid.

Akhirnya Shiou Peh mengalah. Saya terpaksa melakukan semua ini untuk menampung perbelanjaan harian di rumah. Keluarga saya miskin. Ayah saya sedang terlantar sakit di hospital. Adik-adik saya ramai yang bersekolah. Emak saya bekerja mencuci kain di rumah orang. Sebagai anak sulung saya berasa bertanggungjawab membantu emak mencari duit, terang Shiou Peh panjang lebar. Kamu buat bunga-bunga straw ini untuk dijual? tanya Syajid. Ya, kata Shiou Peh. Ayah kamu sakit apa? tanya Syajid lagi. Dia sakit jantung. Penyakitnya sudah mencapai tahap kritikal, jawab Shiou Peh sedih. Air matanya mula mengalir. Ringgring.ringg.Loceng tamat waktu rehat berbunyi. Tak apalah, Shiou Peh. Kita balik ke kelas dahulu. Saya akan cuba untuk membantu awak nanti, kata Syajid dengan lembut. Malam itu Syajid memikirkan cara untuk membantu Shiou Peh. Syajid mengeluarkan wang dari tabung ayamnya. Dia bercadang untuk mendermakan wang itu kepada Shiou Peh. Keesokan harinya, Syajid berjumpa dengan Cikgu Haniza. Dia menceritakan penderitaan keluarga Shiou Peh kepada cikgunya. Saya cadangkan kita mengadakan kutipan derma untuk membantu Shiou Peh, Cikgu,kata Syajid. Ini wang simpanan hasil lebihan wang belanja saya untuk didermakan kepada Shiou Peh, kata Syajid lagi.

Terima kasih Syajid. Cikgu bangga dengan kamu. Cikgu akan kemukakan cadangan kamu itu kepada pihak atasan. Kita juga mungkin meminta kerjasama pihak akhbar supaya membantu memungut derma untuk Shiou Peh, kata Cikgu Haniza. Syahid berjalan pulang ke keluarga. Hatinya berasa lega kerana dapat menolong sesama insan. Semasa melangkah masuk ke dalam kelasnya Syajid memandang Shiou Peh dan tersenyum. Shiou Peh membalas senyuman itu tanpa mengerti apa-apa. Semoga hari-hari akan mendatang, persahabatan kita erat seperti eratnya kuntuman bunga straw awak, Shiou Peh, kata Syajid dalam hatinya.

Anda mungkin juga menyukai