Anda di halaman 1dari 5

SKRIP CERITA PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

TAJUK CERITA : AIRMATA KEINSAFAN

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang saya
hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk “Airmata Keinsafan”.

Yang terlena, sedar-sedarkan.

Yang tersedar, dengar-dengarkan

Yang terdengar fikir-fikirkan.

Naemah melihat jam di tangan kanannya. Sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah

malam. “Ahh, hari sudah lewat malam. Mengapa mataku masih belum mahu terlelap dan

perasaanku terasa aneh?”. keluh Naemah lantas membuka lampu biliknya.

“Sungguh usang rumah nenek dan tok wan ini. Andai ibu bapaku masih hidup, pasti

hidup aku tidak sesukar sekarang. Aku pasti sedang memakai pakaian yang indah dan makan

makanan yang lazat. Aku akan dilayan bagai seorang puteri kerana ibuku seorang yang

kaya,” kata Naemah sambil melihat sekeliling rumah papan yang serba kekurangan. Jika

hujan, akan banjirlah rantai rumah ini kerana bumbung rumah sudah banyak yang bocor.

“Emm, sementara mataku tidak mahu lelap, lebih baik aku habiskan membaca buku

yang aku ambil daripada Aisyah,” fikir Naemah yang terus mencapai beg sekolahnya dan

mengambil buku ceritanya. Dia tersenyum sendirian mengingati wajah masam Aisyah.

Tangisan Aisyah masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Kak, janganlah ambil buku cerita itu. Itu buku pemberian ibu saya. Kak ambillah

buku yang lain,” rayu Aisyah bersungguh-sungguh.

“Ambil buku lain? Emm, baiklah. Aku ambil semua buku ini. Terima kasih kerana

memberi aku buku-buku cerita ini. Aku amat menghargainya,” kata Naemah tersenyum

sambil merampas koleksi buku cerita di tangan Aisyah dan sahabatnya Khadijah.

“Tetapi kak, pulangkanlah buku cerita yang kak ambil tadi. Saya sayangkan buku

itu,” rayu Aisyah lagi.


“Kau anak orang kaya. Belilah lain! Marah Naemah. Dia langsung tidak menghiraukan

tangisan air mata yang membasahi di pipi Aisyah.

“Tetapi kak, buku itu hadiah daripada ibu saya,” kata Aisyah lagi. “Ah! Apa aku

kisah!” kata Naemah dan berlalu setelah menolak Aisyah jatuh tersungkur. Naemah

terkenal di sekolahnya sebagai seorang pelajar yang kaki buli dan nakal. Walaupun dia

seorang perempuan, namun tingkah lakunya seperti seorang lelaki. Tambahan pula dia

mahir dalam seni persilatan. Dia akan belajar silat setiap petang dengan tok wannya.

RUMAH TERBAKAR

Mata Naemah kian mengantuk setelah membaca beberapa helaian daripada buku

cerita yang dipegangnya. Namun, Naemah bertekad untuk menghabiskan membacanya

malam itu juga. Naemah bergegas ke dapur untuk menjerang air dan membancuh kopi agar

matanya kembali segar. Sengaja Naemah membesarkan api agar air yang dijerangnya

cepat mendidih. Naemah kembali menyambung membaca buku sementara menunggu air

mendidih. Mata Naemah kian mengantuk dan tersengguksengguk. Dia segera kembali ke

dalam bilik.

Tiba-tiba badannya terasa bahang dan terlalu panas. Kedengaran suara riuhrendah.

Naemah dapat menangkap beberapa suara yang memanggil namanya. Nafasnya terasa

sesak. Bajunya basah bermandikan peluh.

Naemah membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat ke kiri dan ke kanan.

Matanya terasa pedih dan berair apabila dimasuki asap. Dia terbatuk-batuk akibat terhidu

asap yang memenuhi ruang rumah papan yang sedang dijilat api.

“Tolong!!! Tolong!!! Nenek!!! Tok Wan tolong saya,” jerit Naemah sekuat hatinya.

Jantungnya berdegup kencang. Terbayang difikirannya hanya mati sahaja. Hatinya

diserang rasa sedih dan pilu. Rasa menyesal meliputi hatinya. Dia dapat merasakan

kepanasan yang bakal dirinya terima jika dia dihumbankan ke dalam neraka kerana dosa-

dosa yang dilakukannya.

Naemah memikirkan dirinya yang selalu menyakiti hati orang di sekelilingnya

terutamanya neneknya. Neneklah insan yang bersusah payah membesarkan dirinya setelah
ditinggalkan oleh bapanya. Dia suka mencuri, merampas dan mengambil hak orang lain.

Dosa, pahala tidak pernah dia fikirkan. Perkara yang paling teruk adalah dia jarang

bersolat, berpuasa dan membaca alQuran. Boleh dihitung dengan jari dalam setahun

berapa kali dia mengadap Allah.

Naemah menjerit lagi. Namun, jeritannya tiada siapa yang dengar kerana suaranya

tersekat di kerongkong. Tubuhnya menggeletar memandang api yang kian marak. Matanya

liar memandang sekeliling berharap agar ada insan yang akan datang membantunya.

“Naemah jika kamu berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, mohonlah

kepada Allah. Allah akan membantu hamba-Nya apabila berada dalam kesusahan”.

Terngiang-ngiang pesanan tok wan ditelinganya.

“Ya Allah, aku menyesal atas segala dosa-dosaku. Ampunilah dosaku kerana telah

melupakanMu ketika aku senang. Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini. Tolonglah aku ya

Allah,” kata Naemah sambil memeluk erat al-Qurannya.

Air mata keinsafan bercucuran membasahi pipinya. Nafasnya kian sesak akibat

terlalu banyak menyedut asap. Dia sudah tidak berdaya untuk bertahan dalam kebakaran

tersebut. Dunianya menjadi gelap sebelum rebah di sebelah kayu yang telah jatuh dijilat

api yang sedang marak dari bumbung biliknya.

“Naemah, Alhamdulillah kamu terselamat mungkin disebabkan kamu memeluk al-

Quran itu sekuat hati. Sungguh, kami tidak dapat mengambil alQuran yang berada dalam

pelukan kamu itu,” kata Syikin anak jiran sebelah rumahnya. Naemah lantas mengangkat

tangannya. Memang benar, al-Quran itu masih lagi dalam pelukannya.

“Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah menyelamatkanku dan memanjangkan

umurku serta memberi kesempatan kepadaku untuk bertaubat dan sujud kepadaMu, Ya

Allah”. “Mulai saat ini aku berjanji pada diriku sendiri, aku mahu berubah menjadi insan

yang berguna,” bisik Naemah pada dirinya sendiri.


PENGAJARAN / NILAI-NILAI MURNI

1. Bersabar dengan dugaan hidup

2. Jangan membuli insan yang lemah.

3. Taat perintah agama.

4. Menghormati orang yang lebih tua

Anda mungkin juga menyukai