Anda di halaman 1dari 3

TAJUK CERITA : AIRMATA KEINSAFAN

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Pengerusi


Majlis, Yang saya hormati guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk “ Air Mata Keinsafan”.

Naemah melihat jam di tangan kanannya. Sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah
malam. “Ahh, hari sudah lewat malam. Mengapa mataku masih belum mahu terlelap dan
perasaanku terasa aneh.?”. keluh Naemah lantas membuka lampu biliknya. “Sungguh usang
rumah nenek dan tok wan ini. Andai ibu bapaku masih hidup, pasti hidup aku tidak sesukar
sekarang. Aku pasti sedang memakai pakaian yang indah dan makan makanan yang lazat.
Aku akan dilayan bagai seorang puteri kerana ibuku seorang yang kaya,” kata Naemah
sambil melihat sekeliling rumah papan yang serba kekurangan. Jika hujan, akan banjirlah
rantai rumah ini kerana bumbung rumah sudah banyak yang bocor. “Emm, sementara mataku
tidak mahu lelap, lebih baik aku habiskan membaca buku yang aku ambil daripada Aisyah,”
fikir Naemah yang terus mencapai beg sekolahnya dan mengambil buku ceritanya.

Dia tersenyum sendirian mengingati wajah masam Aisyah. Tangisan Aisyah masih
terngiang-ngiang di telinganya. “Kak, janganlah ambil buku cerita itu. Itu buku pemberian
ibu saya. Kak ambillah buku yang lain,” rayu Aisyah bersungguh-sungguh. “Ambil buku
lain ? Emm, baiklah. Aku ambil semua buku ini. Terima kasih kerana memberi aku buku-
buku cerita ini. Aku amat menghargainya,” kata Naemah tersenyum sambil merampas
koleksi buku cerita di tangan Aisyah dan sahabatnya Khadijah. “Tetapi kak, pulangkanlah
buku cerita yang kak ambil tadi. Saya sayangkan buku itu,” rayu Aisyah lagi. “Kau anak
orang kaya. Belilah lain! Marah Naemah. Dia langsung tidak menghiraukan tangisan air mata
yang membasahi di pipi Aisyah. “Tetapi kak, buku itu hadiah daripada ibu saya,” kata Aisyah
lagi. “Ah! Apa aku kisah!” kata Naemah dan berlalu setelah menolak Aisyah jatuh
tersungkur. Naemah terkenal di sekolahnya sebagai seorang pelajar yang kaki buli dan nakal.
Walaupun dia seorang perempuan, namun tingkah lakunya seperti seorang lelaki. Tambahan
pula dia mahir dalam seni persilatan. Dia akan belajar silat setiap petang dengan tok wannya.

Mata Naemah kian mengantuk setelah membaca beberapa helaian daripada buku
cerita yang dipegangnya. Namun, Naemah bertekad untuk

menghabiskan membacanya malam itu juga. Naemah bergegas ke dapur untuk menjerang air
dan membancuh kopi agar matanya kembali segar. Sengaja Naemah membesarkan api agar
air yang dijerangnya cepat mendidih. Naemah kembali menyambung membaca buku

1
sementara menunggu air mendidih. Mata Naemah kian mengantuk dan tersengguk- sengguk.
Dia segera kembali ke dalam bilik. Tiba-tiba badannya terasa bahang dan terlalu panas.
Kedengaran suara riuh- rendah. Naemah dapat menangkap beberapa suara yang memanggil
namanya. Nafasnya terasa sesak. Bajunya basah bermandikan peluh. Naemah membuka
matanya perlahan-lahan. Dia melihat ke kiri dan ke kanan. Matanya terasa pedih dan berair
apabila dimasuki asap.Dia terbatuk-batuk akibat terhidu asap yang memenuhi ruang rumah
papan yang sedang dijilat api. “Tolong!!! Tolong!!! Nenek !!! Tok Wan tolong saya,” jerit
Naemah sekuat hatinya. Jantungnya berdegup kencang. Terbayang difikirannya hanya mati
sahaja. Hatinya diserang rasa sedih dan pilu.

Rasa menyesal meliputi hatinya. Dia dapat merasakan kepanasan yang bakal dirinya
terima jika dia dihumbankan ke dalam neraka kerana dosa-dosa yang dilakukannya. Naemah
memikirkan dirinya yang selalu menyakiti hati orang di sekelilingnya terutamanya neneknya.
Neneklah insan yang bersusah payah membesarkan dirinya setelah ditinggalkan oleh
bapanya. Dia suka mencuri, merampas dan mengambil hak orang lain. Dosa, pahala tidak
pernah dia fikirkan. Perkara yang paling teruk adalah dia jarang bersolat, berpuasa dan
membaca al- Quran. Boleh dihitung dengan jari dalam setahun berapa kali dia mengadap
Allah. Naemah menjerit lagi. Namun, jeritannya tiada siapa yang dengar kerana suaranya
tersekat di kerongkong. Tubuhnya menggeletar memandang api yang kian marak. Matanya
liar memandang sekeliling berharap agar ada insan yang akan datang membantunya.

“Naemah jika kamu berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, mohonlah
kepada Allah. Allah akan membantu hamba-Nya apabila berada dalam kesusahan”.
Terngiang-ngiang pesanan tok wan ditelinganya. “Ya Allah, aku menyesal atas segala dosa-
dosaku. Ampunilah dosaku kerana telah melupakanMu ketika aku senang. Ya Allah
selamatkanlah hambaMu ini. Tolonglah aku ya Allah,” kata Naemah sambil memeluk erat al-
Qurannya. Air mata keinsafan bercucuran membasahi pipinya. Nafasnya kian sesak akibat
terlalu banyak menyedut asap. Dia

sudah tidak berdaya untuk bertahan dalam kebakaran tersebut. Dunianya menjadi gelap
sebelum rebah di sebelah kayu yang telah jatuh dijilat api yang sedang marak dari bumbung
biliknya. “Naemah, Alhamdulillah kamu terselamat mungkin disebabkan kamu memeluk al-
Quran itu sekuat hati. Sungguh, kami tidak dapat mengambil al- Quran yang berada dalam
pelukan kamu itu,” kata Syikin anak jiran sebelah rumahnya. Naemah lantas mengangkat
tangannya. Memang benar, al-Quran itu masih lagi dalam pelukannya. “Syukur

2
Alhamdulillah kerana Allah telah menyelamatkanku dan memanjangkan umurku serta
memberi kesempatan kepadaku untuk bertaubat dan sujud kepadaMu, Ya Allah”. “Mulai saat
ini aku berjanji pada diriku sendiri, aku mahu berubah menjadi insan yang berguna,” bisik
Naemah pada dirinya sendiri.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai