Anda di halaman 1dari 2

SK MELUGU

SHAWENNEY ELONNY AK WILSON ( TAHAP 2)

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia dengan randiknya, rakan-rakan seperjuangan dan hadirin yang saya
hormati sekalian. Pada pagi yang ceria ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang berjudul Air Mata
Keinsafan.

Nora melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Ahh hari sudah lewat malam
rupanya. Mengapa mataku masih belum mahu terlelap dan perasaanku terasa aneh, “ keluh Nora lantas
membuka lampu biliknya.

“ Sungguh usang rumah nenek dan tok wan ini, andai ibu bapaku masih hidup sudah pasti hidupku tidak
sesusah ini. Aku pasti sedang memakai pakaian yang cantik dan makan makanan yang lazat. Aku akan dilayan
bak seorang puteri, kerana ibuku seorang yang kaya” kata Nora sambil melihat sekeliling rumah yang serba
kekurangan.

“Mmmmm,, sementera mataku tidak mahu lelaap, lebih baik aku habiskan membaca buku yang aku ambil
daripada Aisyah” fikir Nora yang terus mencapai beg sekolahnya dan mengambil buku ceritanya. Dia
tersenyum sendirian mengingati wajah masam Aisyah. Tangisan Aisyah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Kak, jangalah ambil buku cerita itu. Itu buku pemberian ibu saya. Kak ambillah buku yang lain. rayu Aisyah
bersungguh-sungguh.

Ambil buku lain? Ooo.. Baiklah. Aku ambil semua buku ini. Teirma kasih kerana memberi aku buku buku cerita
ini” kata Nora sambal tersenyum. Nora terus merampas koleksi buku cerita di tangan Aisyah. Kak ! Kak!
Pulangkanlah buku cerita yang kak ambil tadi. Saya sayangkan buku itu. Rayu Aisyah sekali lagi. Namun, Nora
tidak menghiraaukan tangisan air mata yang memabasahi di pipi Aisyah. Tetapi kak, buku itu hadiah daripada
ibu saya,” rayu Aisyah lagi.

“Ah.. ada aku kisah! kata Nora dan berlalu setelah menolak Aisyah jatuh tersungkur.

Mata Nora kian mengantuk setelah membaca beberapa helaian buku cerita yang dipegangnya. Namun, Nora
bertekad untuk menghabiskan membacanya malam itu juga. Nora bergegas ke dapur untuk menjerang aair
dan membancuh kopi agar matanya Kembali segar.
Sengaja Nora membesarkan api. Agar air yang dijerangnya cepat mendidih Nora Kembali menyambung
membaca buku sementara menunggu air mendidih. Mata nora kian mengantuk. Dia segera kembali ke dalam
bilik. Akhirnya Nora terlelap.

Tiba-tiba badannya terasa bahang dan terlalu panas. Kedengaran suara riuh rendah. Nafasnya terasa sesak.
Bajunya basah bermandikan peluh. Nora membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat ke kiri dan ke kanan.
Matanya tersasa pedih dan berair apabila dimasuki asap. Dia terbatuk-batuk akibat terhidu asap yang
memenuhi ruang rumah papan yang sedang dijilat api. Barulah dia teringat dia terlupa memadam api air yang
dijerangnya

“Tolong! Tolong! Nenek, Tok Wan! tolong! tolong saya! “ jerit Nora sekuat hati. Jantungnya berdegup kencang.
Terbayang di fikirannya hanya mati sahaja. Hatinya diserang rasa sedih dan pilu. Rasa menyesal meliputi
hatinya.

Nora memikirkan dirinya yang selalu menyakiti orang-orang disekelilingya. Nenek, Tok Wan dan rakan-rakan
disekolahnya. Nora menjerit lagi, “ Tolng-tolong!!Api!!Api!! Namun jeritannya tiada siapa yang mendengar
kerana suaranya tersekat dikerongkong.

Tubuhnya menggeletar memandang api yang kian marak. Nora berdoa kepada Tuhan agar membantunya. Ya
Tuhan, selamatkanlah aku, hambamu ini” kata Nora penuh keinsafan. Air mata bercucuran membasahi pipinya
dengan kuasa Tuhan. Nora akhirnya dapat diselamatkan. Dia berasa bersyukur kerana selamat dalam
kebakaran itu. Dia berjanji pada dirinya dia akan berubah menjadi insan yang bak dan berguna kepada
keluarga dan masyarakat.

Kawan-kawan sekalian, pengajaran yang dapoat dipetik daripaada cerita tersebut:

1. Janganlah suka membuli insan yang lemah


2. Kita hendaklah menghormati orang yang lkebih tua daripada kita.
3. Kita hendaklah sabar menghadapi dugaan hidup.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai