Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya akan kongsikan sebuah cerita yang dapat dijadikan teladan buat kita
semua.

Air mata keinsafan judul cerita saya.

Naemah melihat jam ditangannya sudah melewati 12.30 malam, namun matanya
masih segar bugar lagi, ada perasaan aneh yang sukar dimengertikan meresap
dalam sanubarinya. Lantas dia bangun membuka lampu biliknya. Melihat
sekeliling bilik yang seadanya… kemudian meninjau rumah papan tok wannya
yang usang lagi daif itu…pabila hujan, lantai rumah penuh dengan air, kerna atap
rumah sudah banyak yang bocor..kehidupan aku mungkin tidak sesukar ini andai
ibu ayah masih ada..keluh Naemah. Pastinya rumahku tidak sebegini daif,
pakaianku juga tidak seteruk yang aku ada kini dan dapat makan-makanan yang
lazat…emm..apakan daya aku hanyalah seorang anak yatim.

Ishhh…..sementara mata tidak mengantuk ini baiklah aku habiskan buku cerita
yang aku ambil daripada Aisyah. Dia tersenyum mengingati wajah masam Aisyah.
Tangisan Aisyah masih terngiang-ngiang ditelinganya. “Kak,janganlah ambil buku
cerita iti, pemberian ibu saya tu kak, ambillah buku lain, rayu Aisyah bersungguh-
sungguh.

“Ambil buku lain?..Emmm, baiklah ..Aku ambil semua buku ini. Terima kasih , kata
Naemah sambil merampas koleksi buku cerita Aisyah…”tapi kak ..pulangkan buku
cerita yang tadi tu, saya sayang buku tu,hadiah daripada ibu saya, kau anak orang
kaya,belilah buku lain…tanpa menghiraukan tangisan aisyah.

“Ah!...ada aku kisah! Naemah berlalu pergi sambil menolak Aisyah hingga jatuh
tersungkur. Naemah terkenal di sekolahnya sebagai seorang pelajar kaki buli dan
nakal. Dia mahir dalam seni persilatan kerana berguru dengan tok wannya
seorang guru silat yang mahir…namun jangan kita contohi sikap Naemah yang
kaki buli ni kawan-kawan..buruk padahnya.

Mata Naemah kian mengantuk setelah membaca beberapa helaian daripada buku
cerita yang dipegangnya..namun dia bertekad untuk menghabiskan buku itu
malam ni,kerana ceritanya sangat menarik..untuk menghilangkan rasa mengantuk
Naemah bergegas ke dapur untuk menjerang air untuk membancuh kopi agar
matanya kembali segar. Sengaja Naemah membesarkan api agar air cepat
mendidih. Naemah kembali menyambung membaca buku cerita sementara
menunggu air mendidih. Matanya kian layu dan tersengguk-sengguk…akhirnya dia
terlena juga….

Tiba-tiba… badannya terasa bahang dan terlalu panas. Kedengaran suara riuh-
rendah. Naemah dapat menangkap beberapa suara yang memanggil namanya.
Nafasnya terasa sesak, bajunya basah bermandikan peluh

Naemah membuka matanya perlahan-lahan dan melihat ke kiri dan ke kanan.


Matanya terasa pedih dan berair apabila dimasuki asap. Dia terbatuk-batuk akibat
terhidu asap yang memenuhi ruang rumah papan yang sedang dijilat api itu.

Tolong!..tolong!..nenek! ..tok wan… tolong saya!, jerit Naemah sekuat hatinya.


Jantungnya berdegup kencang, terbayang difikirannya hanya mati. Hatinya
merasa sedih dan pilu, menyesal pun ada..dia dapat merasakan bahang
kepanasan jika dirinya dihumban ke neraka akibat dosa-dosanya. Terbayang
wajah-wajah mereka yang selalu disakitinya…terutamanya nenek,ah..aku suka
menyakiti nenek, walhal neneklah yang membesarkan aku setelah kematian ibu
dan ayah. Satu-satu dia teringat akan perbuatannya..dia juga jarang-jarang solat…
kini dia benar-benar insaf.

Naemah terus menjerit..namun jeritannya tiada siapa yang peduli atau dengar
kerana suaranya tersekat dikerongkong. Tubuhnya menggeletar memandang api
yang kian marak. Dia memang berharap agar ada yang datang membantunya.

“Naemah jika kamu dalam kesusahan,perlukan bantuan.. mohonlah kepada


Allah…Dia akan membantu hamba-hambaNya..tiba-tiba dia teringat akan pesanan
yang selalu dititipkan oleh tok wannya. “Ya, Allah..aku menyesal atas dosa-dosa
aku,ampunilah aku yang sering melupakanMu..Ya Allah tolonglah hambamu ini,
selamatkanlah aku, Ya Allah. rintih Naemah sambil memeluk al-quran.

Air mata keinsafan bercucuran dipipinya. Nafasnya kian sesak akibat terlalu
banyak menyedut asap…Alhamdulillah kamu dah sedar Naemah..kamu selamat
dari kebakaran itu mungkin kerana Al-quran yang kamu peluk erat ini… kata alya
jirannya.

“Syukur alhamdulillah Ya Allah, engkau telah menyelamatkan aku…aku bertaubat


Ya Allah atas dosa-dosaku dan aku berjanji akan menjadi insan yang berguna…
terima kasih ya Allah..bisik Naemah dalam hatinya.

Ya, kawan-kawan begitulah kesudahannya..pengajaran daripada cerita ini kita


hendaklah sentiasa bersabar dengan dugaan hidup dan menghormati semua
orang tidak kira tua atau muda.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai