Anda di halaman 1dari 4

SKRIP BERCERITA TAHAP 1

SK KG BUKIT ULU NERUS

AIRMATA KEINSAFAN

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis, yang saya dihormati para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan rakan – rakan ssekalian.

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Airmata Keinsafan.

Yang terlena sedar - sedarkan

Yang tersedar dengar-dengar kan

Yang terdengar fikir- fikirkan.

Naemah melihat jam di tangan kanannya. Sudah menunjukkan pukul 12.30


tengah malam.

“Ah, hari sudah lewat malam. Mengapa mataku masih belum mahu
terlelap dan perasaanku terasa aneh?” . Keluh Naemah lantas membuka
lampu biliknya.

“ Sungguh usang rumah nenek dan tok wan ini. Andai ibu bapaku
masih hidup, pasti hidup aku tidak sesukar sekarang. Aku pasti sedang
memakai pakaian yang indah dan makan makanan yang lazat. Aku akan
dilayan bagai seorang puteri kerana ibuku seorang yang kaya, “ kata
Naemah sambil melihat sekeliling rumah papan yang serba kekurangan itu.
Jika hujan, akan banjirlah lantai rumah ini kerana bumbung rumah sudah
banyak yang bocor.

“ Emm, sementara mataku tidak mahu lelap, lebih baik aku habiskan
membaca buku yang aku ambil daripada Aisyah,” fikir Naemah yang terus
mencapai beg sekolahnya dan mengambil buku ceritanya. Dia tersenyum
sendirian mengingati wajah masam Aisyah. Tangisan Aisyah masih terngiang-
ngiang di telinganya.

“ Kak, janganlah ambil buku cerita itu. Itu buku pemberian ibu saya.
Kak ambillah buku yang lain,” rayu Aisyah bersungguh-sungguh.

“ Ambil buku lain ? Emm, baiklah. Aku ambil semua buku ini. Terima
kasih kerana memberi aku buku-buku cerita ini. Aku amat
menghargainya,”kata Naemah tersenyum sambil merampas koleksi buku
cerita di tangan Aisyah dan sahabatnya Khadijah.

“ Tetapi kak, pulangkanlah buku cerita yang kak ambil tadi. Saya
sayangkan buku itu, rayu Aisyah lagi.

“ Kau anak orang kaya. Beli lainlah! Marah Naemah. Dia langsung
tidak menghiraukan tangisan air mata yang membasahi di pipi Aisyah.

“ Tetapi kak, buku itu hadiah daripada ibu saya, “ kata Aisyah lagi.

“Ah! Apa aku kisah! Kata Naemah dan berlalu setelah menolak Aisyah
jatuh tersungkur. Naemah terkenal di sekolahnya sebagai seorang pelajar
yang kaki buli dan nakal. Walaupun dia seorang perempuan, namun
tingkahlakunya seperti seorang lelaki. Tambahan pula dia mahir dalam seni
persilatan. Dia akan belajar silat setiap petang dengan Tok Wannya.

Mata Naemah kian mengantuk setelah membaca beberapa helaian


daripada buku cerita yang dipegangnya. Namun, Naemah bertekad untuk
menghabiskan membacanya malam itu juga. Naemah bergegas ke dapur
untuk menjerang air dan membancuh kopi agar matanya kembali segar.
Sengaja Naemah membesarkan api agar air yang dijerangnya cepat
mendidih. Naemah kembali menyambung membaca buku sementara
menunggu air mendidih. Mata Naemah kian mengantuk dan tersengguk-
sengguk. Dia segera kembali ke dalam bilik.

Tiba-tiba badannya terasa bahang dan terlalu panas. Kedengaran


suara riuh-rendah. Naemah dapat menangkap beberapa suara yang
memanggil namanya.Nafasnya terasa sesak. Bajunya basah bermandikan
peluh.

Naemah membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat kiri dan


kanan. Matanya terasa pedih dan berair apabila dimasuki asap.Dia terbatuk-
batuk akibat terhidu asap yang memenuhi ruang rumah papan yang dijilat
api.

“Tolong! Tolong!! Nenek !!! Tok Wan tolong saya,” Jerit Naemah sekuat
hatinya.Jantungnya berdegup kencang. Terbayang difikirannya hanya mati
sahaja. Hatinya diserang rasa sedih dan pilu. Rasa menyesal meliputi
hatinya.Dia dapat merasakan kepanasan yang bakal dirinya terima jika dia
dihumban ke dalam neraka kerana dosa-dosa yang dilakukan.

Naemah memikirkan dirinya yang selalu menyakiti hati orang di


sekelilingnya terutamanya neneknya. Neneklah insan yang bersusah payah
membesarkan dirinya setelah ditinggalkan oleh bapanya. Dia suka mencuri,
merampas dan mengambil hak orang lain.Dosa, pahala tidak pernah
difikirkannya. Perkara yang paling teruk adalah dia jarang bersolat, berpuasa
dan membaca Al Quran. Boleh dihitung dengan jari dalam setahun dia
mengadap Allah.

Naemah menjerit lagi. Namun, jeritannya tiada siapa yang dengar


kerana suaranya tersekat di kerongkong. Tubuhnya menggeletar
memandang api yang kian marak. Matanya liar memandang sekeliling
berharap agar ada insan yang akan datang membantunya.

“ Naemah jika kamu berada dalam kessusahan dan memerlukan


bantuan, mohonlah kepada Allah. Allah akan membantu hamba-Nya
apabila berada dalam kesusahan.” Terngiang-ngiang pesanan Tok Wan
ditelinganya.

Ya Allah, aku menyesal atas segala dosa-dosaku. Ampunlah dosaku


kerana telah melupakan Mu ketika aku senang.Ya Allah. selamatkaln
hambamu ini. Tolong aku ya Allah,” kata Naemah sambil memeluk Al-
Qurannya.

Air mata keinsafan bercucuran membasahi pipinya. Nafasnya kian


sesak akibat terlalu banyak menyedut asap. Dia sudah tidak berdaya untuk
bertahan dalam kebakaran tersebut. Dunianya menjadi gelap sebelum
rebah di sebelah kayu yang terjatuh dijilat api yang sedang marak dari
bumbung biliknya.

“ Naemah, Alhamdulilah kamu terselamat mungkin disebabkan kamu


memeluk Al - Quran itu sekuat hati.Sungguh, kami tidak dapat mengambil Al-
Quran yang berada dalam pelukan kamu itu,” kata Syikin anak jiran sebelah
rumahnya. Naemah lantas mengangkat tangannya. Memang benar, Al-
Quran itu masih lagi dalam pelukannya.

“ Syukur Alhamdullilah kerana Allah telah menyelamatkanku dan


memanjangkan umurku serta memberi kesempatan kepadaku untuk
bertaubat dan sujud kepada Mu, ya Allah. Mulai saat itu Naemah berjanji
pada diri sendiri akan berubah menjadi insan yang berguna.

Kawan – kawan ,pengajaran daripada cerita ini ialah :

1. Bersabar dengan dugaan hidup.


2. Jangan membuli insan yang lemah.
3. Taat pada perintah agama dan menghormati orang yang lebih tua.

Anda mungkin juga menyukai