Anda di halaman 1dari 2

SUMPAH SI PENGAIL IKAN

Pada zaman dahulu ada seorang lelaki miskin tinggal bersama seorang isteri dan
anak. Dia mencari rezeki dengan memancing dan menjual ikannya dipekan. Pada
suatu hari , seperti biasa dia keluar mengail ikan. Walaupun sudah lama mengail,
jorannya tetap tidak mendapat sebarang hasil. Ketika dia hampir berputus asa
dan ingin pulang ke rumahnya, tiba-tiba mata kailnya dimakan oleh seekor ikan
yang besar. Ikan yang berjaya ditangkapnya itu merupakan ikan yang disukai oleh
orang ramai kerana rasanya yang enak tetapi mempunyai sengat yang sangat
berbisa.
Dengan perasaan gembira , Si Pengail memikul ikannya itu lalu segera menuju ke
pasar untuk menjualnya. Dalam keriangan dia berkata Wah, rezekiku sangat baik
hari ini.Walaupun hanya seekor ikan sahaja tetapi hasil yang akan aku perolehi
nanti tentu berlipat ganda. Terbayang-bayang difikirannyanya bahawa ikan itu
akan dibeli dengan harga yang mahal oleh orang yang menawarkan harga yang
paling tinggi.

Walau bagaimanapun hadirin sekalian, langit tidak selalunya cerah


Tiba dipertengahan jalan Si Pengail telah ditahan oleh seorang lelaki kaya yang
terkenal dengan peribadinya yang keji dan jahat. Apabila melihat ikan yang besar
itu, dia terus tertarik lalu menyuruh pengikutnya merampas ikan daripada pengail
tersebut. Pengail yang ketakutan itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana
bimbangkan keselamatan dirinya. Dia hanya mampu meluahkan isi hatinya. Oh,
tiada rezekiku hari ini, semoga kejahatan yang dilakukannya itu akan mendapat
balasan daripada Allah
Lelaki kaya itupun sampai ke rumah lalu dengan bangganya menyerahkan ikan
tersebut kepada isterinya untuk dimasak.

Tanpa diduga ,ketika menyiang ikan itu isterinya telah disengat. Tangannya
menjadi bengkak dan bernanah. Tangan isterimu mesti dipotong, jika tidak bias
itu akan merebak dan boleh menyebabkan kematian. Kata tabib.
Lelaki kaya itu tidak sanggup tangan isterinya dipotong. Dia lalu berjumpa dengan
seorang alim di bandar itu lalu mengadu hal akan masalahnya. Lelaki alim itu
lantas bertanya tentang bagaimana isterinya disengat ikan itu.
Dengan suara yang sayu lelaki kaya itu menceritakan keadaan yang sebenar.
Hmm saya rasa pengail ikan itu telah menyumpahmu. Doa daripada mereka yang
dizalimi amat mudah dimakbulkan oleh Allah.Lebih baik kamu cari Si Pengail
tersebut dan meminta maaf daripadanya. Walaupun berasa malu untuk berbuat
demikian,demi isterinya yang tercinta dia sanggup. Lelaki kaya pun segera
mencari Si Pengail ikan dengan secepat mungkin. Setelah puas mencari akhirnya
berjumpa juga rumah Si Pengail.
Setelah diceritakan akan segala yang berlaku, Si Pengail ikan dengan lapang dada
sudi memaafkan semua kesalahan yang dilakukan ke atas dirinya. Dengan kuasa
Allah tangan isterinya yang bengkak dan bernanah itu semakin surut dan sembuh.
Lelaki kaya itu akhirnya percaya bahawa segala yang berlaku itu adalah balasan
Allah kepadanya.
Melihat keajaiban yang berlaku itu ,lelaki kaya itu semakin insaf dan menyesal
atas perbuatannya dahulu.Sambil memeluk dan memohon maaf daripada Si
Pengail dia bertanya Wahai Si Pengail yang budiman, apakah yang engkau doakan
dahulu hingga aku mendapat balasan begini. Pengail itu berkata Aku cuma
berkata Ya Allah sesungguhnya orang itu telah menunjukkan kekuasaanya
kepadaku, maka tunjukkanlah kuasamu ya Allah kepadanya pula.
Fahamlah lelaki kaya itu bahawa bagaimana berkuasanya kita sekalipun , Allah
adalah maha kuasa melebihi segalanya.
Kesimpulan:

Anda mungkin juga menyukai