Anda di halaman 1dari 5

 

Dialog
Scene 1
Sitanggang menjadi batu...

Si ibu berdoa : Yaallah ya tuhanku, kau ampunkanlah dosa anakku si Tanggang. Kembalikanlah si
Tanggangku seperti sedia kala. Aku telah mengampuni dosanya kepada ku.

Petir berdentum, angin bertiup kencang. Pokok bergoyang. Si Tanggang kembali


ke asalnya.

Si Tanggang : Ibu... ibu... ampunkan tanggang ibu. Tanggang dah insaf. Tanggang tak akan
ulang kesilapan Tanggang lagi. (sambil berlari dan berlutut meminta
keampunan).

Si Ibu : Baiklah anak ku, ibu ampunkan.. marilah kita pulang. Ibu masakkan makanan
kegemaran mu.

Scene 2

Ibu Tanggang sedang memberi ayam makan. Si Tanggang meminta izin untuk
pergi mengembara.
Si Tanggang : Ibu, Tanggang rasa Tanggang ingin pergi mengembara. Boleh ye ibu...

Si ibu : Kamu mahu kemana?? Tanggang mahu tinggalkan ibu lagi?

Si Tanggang : Bukan begitu ibu, Tanggang Cuma mahu mencari pengalaman hidup. Merantau
ke negeri orang untuk melihat keindahan alam.

Si ibu : Pergilah Tanggang. Ingat asal usulmu dan jangan lupa tweet ibu.

(Background muzik, muzik slow...)

Scene 3

Pengembaraan bermula.

Maka bermulalah pengembaraan si Tanggang ke negeri orang dan mencari pengalaman hidup di
tempat orang. Dalam perjalanan, si Tanggang bertemu dua pendekar yang hendak bertarung
menunjukkan kehebatan masing-masing.

Hang Tuah : Hei Jebat berani kau menderhaka kepada sultan.

Hang Jebat : Aku bukan menderhaka sahabat ku. Aku cuma mahu menegakkan keadilan untuk
mu. Aku sangka kamu benar-benar telah dihukum.
 

Hang Tuah : Sultan itu payung rakyat wahai sahabatku.

Hang Jebat : Sultan adil sultan disembah, sultan zalim sultan disanggah.

Hang Tuah : Jika begitu perkiraan mu, aku ke sini untuk membuat perhitungan..

Hang Jebat : Cis, Pantang sungguh anak jantan dicabar. Ayuh.....

Hang Jebat dan Hangtuah segera angkat raket dan pertarungan pun bermula. (permainan
badminton)

Tanggang : Assalammualaikum tuan hamba berdua.

Hang Jebat, : Waalaikumsalam


Hang Tuah

Hang Tuah : Apa hajat tuan hamba ke mari?

Tanggang : Hamba sedang mengembara, bolehkah tuan hamba berdua tunjukkan hamba
 jalan ke negeri Pasir Berdengung?

Hang Jebat : oh mudah sahaja. Tuan hamba terus sahaja sehingga jumpa sebatang anak
sungai. Kemudian tuan hamba ikut sungai mengalir. Maka akan tibalah tuan
hamba di negeri Pasir Berdengung.

Tanggang : Terima kasih tuan hamba berdua... bolehlah tuan hamba meneruskan urusan
tuan hamba.

Tanggang meneruskan perjalanannya untuk mencari negeri Pasir Berdengung.

Scene 4

Tanggang meneruskan perjalanannya. Tiba di satu kawasan si tanggang berhenti berehat dan
duduk bersandar di batu yang sangat besar. Sedang si Tanggang berehat dan terlena, Tanggang di
kejutkan dengan satu suara.

Batu belah : Hoi..Hoi.. sedap kau bersandar kat aku.

Tanggang : (Tanggang tercengang dan terpinga-pinga) Siapa tu? Kat mana?

Batu Belah : Aku kat belakang kau ni. Akulah batu belah batu bertangkup.

Tanggang : Hah? Kaulah batu yang makan mak pekan yer?


 

Batu belah : Betullah tu. Tapi itu dulu.. sekarang aku dah insaf..kenapa kau berada di dalam
hutan ini. Dari mana nak kemana?

Tanggang : hamba hendak pergi ke negeri Pasir Berdengung untuk mencari ilmu. hamba
Berhenti sekejap untuk berehat.

Batu belah : Baik kau pergi cepat sebelum aku telan kau. Dah lama aku tak makan orang.

Tanggang : Baiklah batu belah kata dah insaf.. daaa......

Tanggang meneruskan perjalanannya

Scene 5

Bawang putih sedang memarahi bawang Merah.

Bawang putih : Hei bawang merah sini kau.. aku nak kau bagi mak aku makan pulak. Ooo dulu
kau selalu buli aku kan.. sekarang aku nak kau pulak bagi makan mak aku... dari
pagi tadi mak aku tak makan. Nah... (sambil beri mangkuk kepada bawang Merah)

Bawang merah : Baik bawang Putih. (ambil bekas dan menyanyi lagu ikan kaloi)

Sedang bawang merah memberi ikan kaloi makan, si Tinggang tiba dengan kuda kepangnya.

Tanggang : Merdu sungguh suara itu.. gerangan siapakah yang empunya suara.. ingin
sungguh aku bertemu dengan pemilik suara itu.

(sitanggang akan pergi mendekati bawang Merah)

Tanggang : Assalammualikum

Bawang Merah : Waalaikumsalam ( bawang merah bangun dan berpaling kebelakang. Mata
mereka saling bertentangan. Lagu Hindustan berkumandang)

Akhirnya Si Tanggang membawa balik bawang Merah bertemu ibunya.. TAMAT....

Sitanggang  – Tarmizi
Ibu - Akma
Hang Tuah - Azwan
Hang Jebat - Azmi
Batu Belah - Aida
Bawang Putih - Aida
Bawang Merah -Akma
 

Prop
1.  Pokok -Azwan
2.  Topeng pokok
3.  Batu Belah -Aida
4.  Kuda Kepang
5.  Ikan kaloi
6.  Sungai
7.  Gelung rotan
8.  Cetung
9.  Mangkuk
10.  Table scene 1-5

Benda kn bawa
Scene 1
Tanggang / Miji  – 1)Baju melayu lengkap,
2) Tengkolok
3) Keris

Ibu - 1) telekung

Scene 2
Tangang / Miji - 1) baju melayu
2) Kain pelikat (selempang)
3) Bungkusan baju (kain pelikat)

Ibu - 1) 2 helai kain batik (dipakai dan tutup kepala)


2) Mangkuk untuk bagi ayam makan

Scene 3
Tanggang/ Miji- 1) Baju yang sama dengan Scene 2

Hang Tuah - 1) Baju melayu lengkap


Hang Jebat 2) kain pelikat
3) Tengkolok
4) Raket

Scene 4
Tanggang/ Miji- 1) Baju yang sama dengan Scene 2

Scene 5
Tanggang/ Miji- 1) Baju yang sama dengan Scene 2

Bawang putih - 1) baju kurung putih


 

Bawang merah - 1) baju kurung merah


2) mangkuk
3) ikan kaloi

Muzik yang perlu


1)  Bunyi kilat 
2)  Bunyi angin gabungkan
3)  Bunyi ombak 

Scene 2
1)  Bunyi burung

Scene 3
1)  Bunyi suasana kampong
2)  Bunyi silat 
3)  Bunyi klasik

Scene 4
1)  Bunyi hutan
2)  Bunyi air mengalir

Scene 5
1)  Bunyi hutan
2)  Lagu Hindustan
3)  Lagu ikan kaloi .

Anda mungkin juga menyukai