Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Cerita : Tukang Kasut dan Bunian

Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Hai kawan-kawan. Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk ‘Tukang Kasut dan Bunian’. Suatu masa dahulu, ada seorang tukang kasut. Dia bekerja
siang dan malam. Tetapi, pendapatannya tidak tinggi. Dia sudah tua dan tidak dapat bekerja dengan
cepat. Suatu malam, dia berasa amat letih dan tidak sempat menyiapkankan sepasang kasut.

Keesokkan paginya, dia terperanjat kerana kasut itu sudah siap dengan kemasan yang begitu
rapi. Malam itu, dia meninggalkan kepingan kulit di atas bangku. Dia perlu menjahit kasut untuk seorang
Wanita kaya. Tetapi dia menangguhkan kerjanya.

Keesokkan paginya, dia terperanjat lagi apabila mendapati sepasang kasut telah siap sedia di
atas meja. Ia cantik. Apabila Wanita kaya itu datang, dia memerhatikan kasut itu buat beberapa lama.
Dia mencubanya dan tersenyum pada tukang kasut.

Dia berkata, “Kasut ini sungguh selesa! Ia juga sungguh elok! Saya akan bayar dua kali ganda
daripada harga yang kamu tetapkan! Tukang kasut berasa gembira mendapat wang yang banyak. Malam
itu, tukang kasut menyediakan kepingan kulit untuk kasut ketiga.

Keesokkan paginya, kasut telah siap! Setiap malam, dia melakukan perkara yang sama dan
menjual kasutnya pada harga yang tinggi. Tidak lama kemudian, dia berjaya mengumpulkan wang yang
banyak. Suatu hari, dia memberitahu isterinya tentang kejadian yang aneh itu. Dengan cadangan
daripada isterinya, malam itu, mereka bersembunyi di belakang bangku kerja. Mereka menanti dengan
senyap.

Pada tengah malam, day bunian memasuki kedai. Mereka terus menjahit sepasang kasut. Sambil
menjahit, mereka menyanyi. Bunian menyiapkan kasut dengan cepat. Isteri tukang kasut mendapati dua
bunian itu berpakaian compang-camping dan ketiadaan kasut!

Dia menjahit dua kemeja kecil, dua anak baju dan dua pasang seluar untuk bunian. Tukang kasut
pula menjahit kasut kecil untuk mereka. Malam itu, bunian menjumpai pakaian itu lalu memakainya.
Mereka menari kegembiraan hingga ke luar kedai dan tidak pernah muncul lagi.

Kawan-kawan yang dikasihi sekalian, pengajaran daripada cerita ini, kita perlulah membantu
orang lain dengan ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan.
Tajuk Cerita : Anjing Yang Tamak

Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Hai kawan-kawan. Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk ‘Anjing Yang Tamak’.

Suatu masa dahulu, ada seekor anjing yang kelaparan. Dia mencari makanan di merata-rata
tempat. Di sebuah pasar, anjing itu berjalan melalui gerai bunga. Tidak ada makanan di situ. Hmmmm.
Kemudian, dia ternampak gerai sayur-sayuran, tetapi dia tidak menemui apa-apa yang disukainya. Dia
pergi pula ke gerai ikan. Dia tidak menyukai baunya.

Akhirnya dia sampai di tempat di mana orang menjual bermacam-macam jenis daging. Oleh itu,
dia menemui apa yang dihajatinya iaitu seketul tulang yang besar dan enak! Anjing itu sangat gembira
dan segera mendapatkan tulang besar itu.

Dia menggonggong tulang itu dalam mulutnya dan berlari pergi. Diam mahu memakan tulang itu
di tempat yang sunyi. Dia terus berlari ke luar bandar. Tidak lama kemudian, dia tiba di sebatang titi
yang merentasi anak sungai. Dia memandang ke bawah. Dia melihat seekor anjing lain di dalam air
mendongak ke arahnya. Anjing di dalam air juga menggonggong seketul tulang. Anjing itu tidak tahu
bahawa dia sebenarnya melihat bayangannya sendiri. Anjing itu berfikir, “Tulang dia lebih besar
daripada tulang aku! Jika aku merebut tulang itu, aku akan mempunyai dua ketul tulang!”

Anjing itu pun terjun ke dalam air untuk merebut tulang anjing yang seekor lagi. Pada masa yang
sama, tulangnya terjatuh ke dalam sungai. Anjing itu tidak menjumpai seketul tulang pun. Dan sekarang
dia tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.

Kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini kita hendaklag berpuas hati dengan segala yang
dimiliki. Malah, janganlah kita bersikap tamak kerana mungkin akan merugikan kita sendiri.
Tajuk Cerita : Singa dengan Tikus

Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Hai kawan-kawan. Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk ‘Singa dengan Tikus’.

Suatu hari, seekor singa sedang tidur dengan nyanyakkanya di dalam hutan. Dia terjaga tiba-tiba
apabila seekor tikus berlari di atas mukanya. Singa yang marah itu, menangkap tikus dengan cengkaman
yang kuat. Ketika dia hamper memakan tikus itu, haiwan kecil itu berteriak, “Oh, tolong lepaskan saya!”

“Mengapakah aku harus melepaskan kamu?” kata sing aitu. “Kamu menganggu tidurku!” “Jika
kamu melepaskan aku, kata tikus “mungkin suatu hari aku akan dapat menolong kamu!” Sing aitu
ketawa. “Bagaimanakah seekor binatang kecil seperti kamu dapat menolong binatang yang gagah
seperti aku? Sungguh melucukan!”

Setelah puas ketawa, dia bercadang untuk membebaskan tikus itu. Beberapa hari kemudian
tikus keluar mencari makanan di hutan. Dia terdengar bunyi yang kuat. Bunyi itu dating dari arah
belakang sebatang pokok. Tikus itu kemudian menjumpai singa. Dia terperangkap di dalam jarring
pemburu!

“Ingat bagaimana kamu kata seekor tikus kecil seperti saya tidak mungkin dapat menolong
kamu?” kata tikus itu kepada singa. “Baiklah, lihat saja!” Kemudian dia mula menggigit jarring itu. Tidak
lama kemudian sebuah lubang besar terbentuk. Singa itu kini boleh melepaskan dirinya daripada jaring
itu, “Terima kasih sahabat kecilku!” kata singa.

Kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini adalah seseorang yang lemah ada kalanya boleh
menolong dan menjadi sangat penting. Oleh itu, janganlah kita memandang rendah terhadap orang lain.

Anda mungkin juga menyukai