Anda di halaman 1dari 2

Keesokkan paginya, dia terperanjat kerana kasut itu sudah siap dengan kemasan yang begitu

rapi. Malam itu, dia meninggalkan kepingan kulit di atas bangku. Dia perlu menjahit kasut untuk
seorang Wanita kaya. Tetapi dia menangguhkan kerjanya.

Keesokkan paginya, dia terperanjat lagi apabila mendapati sepasang kasut telah siap sedia di
atas meja. Ia cantik. Apabila Wanita kaya itu datang, dia memerhatikan kasut itu buat beberapa
lama. Dia mencubanya dan tersenyum pada tukang kasut.

Dia berkata, “Kasut ini sungguh selesa! Ia juga sungguh elok! Saya akan bayar dua kali ganda
daripada harga yang kamu tetapkan! Tukang kasut berasa gembira mendapat wang yang banyak.
Malam itu, tukang kasut menyediakan kepingan kulit untuk kasut ketiga.

Keesokkan paginya, kasut telah siap! Setiap malam, dia melakukan perkara yang sama dan
menjual kasutnya pada harga yang tinggi. Tidak lama kemudian, dia berjaya mengumpulkan wang
yang banyak. Suatu hari, dia memberitahu isterinya tentang kejadian yang aneh itu. Dengan
cadangan daripada isterinya, malam itu, mereka bersembunyi di belakang bangku kerja. Mereka
menanti dengan senyap.

Pada tengah malam, day bunian memasuki kedai. Mereka terus menjahit sepasang kasut.
Sambil menjahit, mereka menyanyi. Bunian menyiapkan kasut dengan cepat. Isteri tukang kasut
mendapati dua bunian itu berpakaian compang-camping dan ketiadaan kasut!

Dia menjahit dua kemeja kecil, dua anak baju dan dua pasang seluar untuk bunian. Tukang
kasut pula menjahit kasut kecil untuk mereka. Malam itu, bunian menjumpai pakaian itu lalu
memakainya. Mereka menari kegembiraan hingga ke luar kedai dan tidak pernah muncul lagi.

Kawan-kawan yang dikasihi sekalian, pengajaran daripada cerita ini, kita perlulah membantu
orang lain dengan ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan.

Tajuk Cerita : Anjing Yang Tamak

Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Hai kawan-kawan. Hari ini saya akan menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk ‘Anjing Yang Tamak’.

Suatu masa dahulu, ada seekor anjing yang kelaparan. Dia mencari makanan di merata-rata
tempat. Di sebuah pasar, anjing itu berjalan melalui gerai bunga. Tidak ada makanan di situ.
Hmmmm. Kemudian, dia ternampak gerai sayur-sayuran, tetapi dia tidak menemui apa-apa yang
disukainya. Dia pergi pula ke gerai ikan. Dia tidak menyukai baunya.
Akhirnya dia sampai di tempat di mana orang menjual bermacam-macam jenis daging. Oleh
itu, dia menemui apa yang dihajatinya iaitu seketul tulang yang besar dan enak! Anjing itu sangat
gembira dan segera mendapatkan tulang besar itu.

Dia menggonggong tulang itu dalam mulutnya dan berlari pergi. Diam mahu memakan tulang itu di
tempat yang sunyi. Dia terus berlari ke luar bandar. Tidak lama kemudian, dia tiba di sebatang titi
yang merentasi anak sungai. Dia memandang ke bawah. Dia melihat see

Anda mungkin juga menyukai