Anda di halaman 1dari 21

ARNAB YANG PEMALAS

Di sebuah hutan, terdapat seekor arnab dan tupai. Mereka berdua


bersahabat baik. Hampir setiap hari, mereka menghabiskan masa
bersama-sama. Pada sesuatu hari, Si Tupai berkata kepada Sang
Arnab "Mari kita buat sarang, untuk perlindungan kita musim hujan
nanti"
“Betul kata awak , Si Tupai, Tapi saya mahu rehat sebentar’’,
jawap Sang Arnab kemalasan. Malangnya, petang itu telah turun
hujan yang lebat dan peristiwa itu telah menyebabkan Si Tupai dan
Sang Arnab kebasahan dan kesejukan yang amat sangat. ‘’Jika kita
ada sarang mesti kita tidak jadi seperti ini’’ kata Si Tupai. ‘’Ya, betul
tu’’ jawap Sang Arnab.
Pada keesokkan harinya, Si Tupai mengajak Sang Arnab sekali
lagi untuk membina sarang. Namun, Sang Arnab masih berdalih “Kita
masih ada banyak masa lagi, lebih baik kita pergi mencari makanan
sahaja. Saya lapar”. Si Tupai hanya menurutinya sahaja dengan
harapan selepas itu mereka berdua akan membina sarang untuk
berteduh nanti.
Pada petang itu, hujan turun lagi. Kali ini lebih lebat lagi.
Mereka masih lagi tiada tempat berteduh itu terus kebasahan dan
kesejukan. ‘’Alangkah baiknya jika kita ada sarang’’, kata Si Tupai.
‘’Esok sajalah kita bina sarang’’ jawap Sang Arnab kemalasan tanpa
menghiraukan rungutan Si Tupai.

GAGAK YANG BIJAK

Pada zaman dahulu, ada seekor burung Gagak yang


bijak. Pada suatu hari cuaca sangat panas terik. Sang
gagak terbang mencari air. Sang gagak terjumpa satu
kopak air, Sang gagak mula meminum air itu, sedikit
demi sedikit air itu telah kering dan Sang gagak masih
lagi dahaga.
Sang gagak meneruskan perjalanan untuk mencari
air. Akhirya, Sang gagak terjumpa segeluk air.
Malangnya, Sang gagak tidak dapat meminum air
didalamnya kerana airnya sedikit. Sang gagak tetap
berusaha dan berfikir mencari jalan penyelesaian.
Tiba-tiba sebiji buah yang kecil terjatuh dari pokok
dan masuk kedalam geluk air itu. Sang gagak
mendapati air di dalam geluk air itu semakin menaik.
Sang gagak mendapat satu idea. Sang gagak lalu
mengambil batu-batu kecil berdekatan, dan
memasukkannya kedalam geluk air satu persatu. Air
pun naik dan bertambah tinggi hingga akhirnya air
dapat diminum oleh Sang gagak sepuasnya dan Sang
gagak tidak lagi kehausan.
ANGSA BERTELUR EMAS DAN PETANI YANG
TAMAK

Dahulu kala, ada seorang petani yang memiliki seekor angsa


yang sangat cantik. Setiap hari, ketika petani tersebut
mendatangi reban, angsa telah menelurkan sebiji telur emas
yang berkilauan.
Petani tersebut mengambil dan membawa telur-telur
emas ke pasar dan menjualnya sehingga dalam waktu yang
singkat petani tersebut mulai menjadi kaya. Tetapi tidak lama
kemudian keserakahan dan ketamakan petani itu terhadap
angsa, kerana angsa hanya menelurkan sebiji telur emas
sahaja setiap hari. Petani merasa dia tidak akan menjadi kaya
dengan cepat.
Suatu hari, petani berasa telur emas yang diperolehi
masih belum mencukupi. Oleh itu, petani memikirkan cara
bagaimana dia hendak mendapatkan telur emas yang banyak.
Tidak lama kemudian petani mendapat idea untuk
memyembelih angsa dan membelah perut angsa tersebut
kemudian mengeluarkan telur emas yang banyak didalam
perut angsa tersebut. Tetapi ketika penyembelihan selesai
petani mendapati tidak ada walau sebiji telur pun. Dia
menyesal kerana telah membunuh angsanya yang sangat
berharga itu.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU


Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama
Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan
mempermain-mainkan mereka.
Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung!
Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan
bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya
itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu
akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit,
“Jerung! Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok
dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu
mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah
Tony.
Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin
mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung
menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung
itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-
ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu.
Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka
mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang!
Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-
mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony.
Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

Anda mungkin juga menyukai