Anda di halaman 1dari 7

SEMUT DENGAN BELALANG

Pada suatu petang, belalang ternampak semut membawa banyak


makanan. Belalang pun bertanya sebab rakannya itu membawa
makanan sebegitu banyak.
Semua makanan adalah untuk bekalan musim tengkujuh nanti,
jawab semut. Janganlah buang masa. Lebih baik kamu bermain
bersama-sama aku, kata belalang.
Namun, semut tidak mengendahkan kata-kata itu. Seminggu
kemudian, hujan lebat selama beberapa hari. Belalang tidak dapat
keluar mencari makanan. Belalang pun pergi ke sarang semut untuk
meminta makanan.
Wahai semut, tolonglah berikan aku sedikit makanan! Aku
sangat lapar, rayu belalang. Inilah akibat tdidak beringat ketika
ada. Kamu terlupa semasa makanan banyak, kamu makan semuanya.
Ha, rasakan! balas semut.
Belalang yang kelaparan itu terpaksa pergi dengan perasaan
malu dan kesal.

Pengajaran: Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA

Pada suatu pagi, Sang Arnab ternampak Sang Kura-kura. Hai,


Sang Kura-kura! Kasihan kamu. Jalan pun lambat. Entah bila kamu kan
tiba ke destinasi, ejek Sang Arnab.
Oh, sombongnya kamu! Jika berani, mari kita lumba lari, kata
Sang Kura-kura. Sang Arnab menerima cabaran itu kerana yakin akan
menang. Keesokan harinya, semua haiwan datang menyaksikan
perlumbaan itu.
Apabila perlumbaan bermula, Sang Arnab pun berlari dengan
pantas meninggalkan Sang Kura-kura. Tidak lama kemudian, Sang
Arnab berhenti berehat di bawah sebatang pokok. Lama-kelamaan,
Sang Arnab tertidur. Sang Arnab terjaga apabila terdengar suara
sorakan. Sang Arnab pun berlari ke garisan penamat.
Rupa-rupanya, Sang Kura-kura telah memenangi perlumbaan itu.
Semua haiwan mentertawakan kekalahan Sang Arnab. Sang Arnab
terpaksa pergi dari situ kerana malu.

Pengajaran: Jangan sombong dengan kelebihan yang kita ada.

GAGAK YANG HAUS

Pada zaman dahulu, ada seekor gagak yang haus terbang ke sana
dan ke sini mencari air. Namun, semua kolam, sungai dan tasik
menjadi kering disebabkan oleh musim kemarau yang berpanjangan.
Tiba-tiba, gagak itu terjumpa sebuah tembikar berisi air.
Malangnya, air di dalam tembikar itu hanya separuh. Gagak tidak
dapat minum kerana paruhnya pendek.
Gagak pun berfikir sebentar. Tidak lama kemudian, gagak
mendapat buah fikiran. Gagak pun segera mengutip dan mengumpul
batu-batu yang ada berhampirannya. Kemudian, gagak pun mengisi
batu-batu itu ke dalam tembikar.
Lama-kelamaan, air di dalam tembikar itu pun semakin banyak.
Akhirnya, gagak dapat minum air dengan sepuas-puasnya.

Pengajaran: Rajin dan usaha tangga kejayaan.

SANG SINGA DAN SANG TIKUS

Ketika Sang Singa sedang tidur, tiba-tiba Sang Tikus melintas


di depan Sang Singa secara tidak sengaja. Sang Singa berasa sangat
marah lantas menerkam Sang Tikus.
Maafkan saya, Sang Singa. Tolong lepaskan saya. Saya berjanji
akan membalas kebaikan kamu kelak, rayu Sang Tikus. Sang Singa
tertawa kerana tidak yakin dengan kata-kata Sang Tikus. Namun,
Sang Singa tetap melepaskan Sang Tikus.
Tiga hari kemudian, Sang Tikus terdengar Sang Singa mengaum
sambil meronta-ronta. Rupa-rupanya,Sang Singa terperangkap dalam
jaring yang dipasang oleh pemburu. Sang Tikus pun memutuskan
jaring itu dengan giginya.
Terima kasih, Sang Tikus. Jika kamu tidak tolong tadi, saya
pasti akan dibunuh oleh pemburu, kata Sang Singa. Sejak peristiwa
itu, Sang Singa dan Sang Tikus menjadi kawan baik.
Pengajaran: Jangan memandang rendah pada orang lain
kerana masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.

PETANI DENGAN ANGSA EMAS

Di hujung kampung, tinggal seorang petani, Pak Kasim dan


isterinya bernama Mak Limah. Mereka sangat miskin. Ketika mereka
sedang berkebun, tiba-tiba mereka ternampak seekor angsa. Mereka
pun menangkap dan membawa angsa tersebut pulang.
Sebaik-baik sahaja tiba di rumah, angsa itu terus bertelur.
Alangkah terperanjatnya mereka apabila angsa itu mengeluarkan
telur emas. Sejak hari itu saban hari angsa itu akan mengeluarkan
sebiji telur emas.
Lama-kelamaan,Pak Kasim dan Mak Limah pun menjadi kayaraya.
Jika aku sembelih angsa ini, pasti aku akan mendapat lebih
banyak telur emas dari dalam perutnya, kata Pak Kasim yang mula
tamak. Pak Kasim pun menyembelih angsa itu. Malangnya, tiada sebiji
telur emas pun di dalam perut angsa itu. Dia berasa sangat menyesal
dengan perbuatannya.

Pengajaran: Sikap tamak hanya merugikan diri sendiri.

KANDUNGAN

Tajuk Cerita

Muka

Surat

1.
2.
3.
4.
5.

SEMUT DAN BELALANG


SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA
GAGAK YANG HAUS
SANG SINGA DAN SANG TIKUS
PETANI DENGAN ANGSA EMAS

1
2
3
4
5

Anda mungkin juga menyukai