Anda di halaman 1dari 24

Pameran Bertema

TAHUN
BARU CINA
Oleh:
PSS Za'ba SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur.
SEJARAH
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.
Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti
Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan
lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa

ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih
wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian).

Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10
pada 221 SM. Sama adaTahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-
duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti
Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa kini.
MITOS
Menurut lagenda, pada zaman dahulu, Nián( 年) ialah seekor raksasa pemakan
manusia dari pergunungan( dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul

setiap11 tahun, sekitar musims ejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai
kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising

dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan

penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa


kepada perayaan Tahun Baru yang sulung yang bermaksud "menyambut tahun

baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian"


SAMBUTAN
PERAYAAN
Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan
menziarahi ahli keluarga, saudara-mara dan
sahabat serta penggunaan warna merah yang
berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang
muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan
yang telah kahwin.
ACARA
MAKAN BESAR
Acara terbesar pada malamTahun BaruCina ialah makan besar. Hidangan
yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan
sempena jamuan ini.

Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan
ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa jongkong
emas Cina.

Angpau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu


jamuan pertemuan semula. Sampul merah ini sering mengandungi duit
dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.
HIDANGAN
TAHUN BARU
Jamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum Tahun Baru,
ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari
kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini
biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling
tua.

Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi


daging ayam dan ikan. Ikan sebagai makanan penting, tidak dimakan
sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak
pepatah Cina yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun",
yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun.
YEE SANG
Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi yee sang diangkat ketika digaul, maka
lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.
Yee sang merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan Tahun Baharu
Cina.
Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai
simbol penyatuan dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang
tahun tersebut.

Dalam bahasa Cina, perkataan yee bermaksud ikan yang turut membawa
pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan ‘sang’ pula merujuk kepada
mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan. Pendek
kata, hidangan yee sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur.
Inti yee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon),
hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang
ditumbuk, halia, buah abung (pomelo), jus limau, serbuk lima rempah dan keropok
rangup.
ANGPAU
Secara tradisi, angpau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan
suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang
dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua atau pun seratus ringgit.

Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap,
kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara
pengebumian. Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya
dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 Ringgit.
Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8
Ringgit selalu didapati dalam angpau.
BUNGA API
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar
untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir
puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi
penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada
tali panjang berlakur yang digantung.
Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna
merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila
dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat.
Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun
menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir
roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa riang ria
dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.
PAKAIAN
Pemakaian yang melebihkan warna merah
sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina
kerana dipercayai warna merah akan
menakutkan roh jahat dan nasib malang.
Tambahan, orang yang memakai baju baru dari
kepala hingga kaki pula melambangkan
permulaan baru pada tahun baru.
PANTANG LARANG

SEWAKTU PERAYAAN
Tuah baik
•Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
•Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa
musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
•Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
•Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah
menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
•Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan
peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun.
•Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang
bergosip tentang pemakainya.
PANTANG LARANG
SEWAKTU PERAYAAN
Nasib Malang ("Tuah buruk“)
•Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana
perkataan Bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
•Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi
"seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana
perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
•Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil.
Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
•Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan(namun perihal kebersihan sering
telah mengatasi tradisi ini.)
•Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun
baru.
•Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina
kerana ini turut dianggap tidak bagus.
•Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku"
sama bunyi dengan perkataan bagi "kalah".
TAHUN BARU CINA
2022
TAHUN HARIMAU
Tahun Baharu Cina kali ini dilihat pada
kalender Cina adalah Tahun Harimau yang
mewakili sifat dan tenaga kewanitaan Yin yang
berlawanan
dengan simbol kejantanan Yang iaitu naga.
Naga merupakan simbol Raja, manakala
harimau adalah simbol ketenteraan yang
tertinggi mewakili semangat tidak gentar dan
kejayaan. Kekuatan dan kehebatan sang
harimau banyak mempengaruhi gerakan-
gerakan dalam ilmu Kungfu.
SELAMAT
MENYAMBUT
TAHUN BARU CINA
KEPADA
SEMUA WARGA SMKSI YANG BERAGAMA BUDDHA
#kitajagakita
Ikhlas Daripada:

PSS ZA’BA
SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai