Anda di halaman 1dari 13

PAMERAN

BERTEMA
TAHUN
BARU CINA
SEJARAH
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.
Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan
12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun,
adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar
qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti
Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou
(menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan
menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru
diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui.
Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan
bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini
mitos
Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián ( 年 ) ialah seekor raksasa

pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah

laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk

memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa

Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka

mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah

secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan

Tahun Baru yang sulung yang bermaksud "menyambut tahun baru",

membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian"


sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan
menziarahi ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat
serta penggunaan warna merah yang berlebihan.
Angpau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak
oleh orang tua dan yang telah kahwin.
Acara
makan Besar
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah makan besar. Hidangan yang
terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena
jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk
jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa jongkong
emas Cina. Angpau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi
sewaktu jamuan pertemuan semula. Sampul merah ini sering mengandungi duit
dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan .
Bar Tahun
Hidangan
u
Jamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum Tahun
Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau
jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini
biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling
tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya
merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan sebagai makanan penting,
tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan
semalaman), bak pepatah Cina yang bermakna "semoga ada lebihnya
setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap
tahun.
Yee Sang
Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi Yee Sang diangkat
ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang
tahun.
Yee sang merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.
Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai
simbol penyatuan dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang
tahun tersebut.
Dalam bahasa Cina, perkataan yee bermaksud ikan yang turut membawa pengertian
lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan ‘sang’ pula merujuk kepada mentah dan
turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan. Pendek kata, hidangan
yee sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur.
Inti yee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon),
hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang
ditumbuk, halia, buah abung (pomelo), jus limau, serbuk lima rempah dan keropok
rangup.
Angpau
Secara tradisi, angpau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru

Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum

berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada

kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit.

Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap,

kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara

pengebumian. Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk

empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4

Ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan

"kaya"), maka 8 Ringgit selalu didapati dalam angpau.


Bunga
Api
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk
menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka.
Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada
musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang
digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna
merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar,
mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya
berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan
yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga
melambangkan peristiwa riang ria dan menjadi satu aspek penting dalam
sambutan Tahun Baru Cina.
PAKAIAN
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai
sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah
akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan,
orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula
melambangkan permulaan baru pada tahun baru.
Pantang Larang
sewaktuPerayaan
TUAH BAIK
• Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
• Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
• Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
• Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru
agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
• Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama
mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun.
• Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang
yang bergosip tentang pemakainya.
Pantang Larang
sewaktu Perayaan
NASIB MALANG ("TUAH BURUK“)
• Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana
perkataan Bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
• Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi
"seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif,
kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
• Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil.
Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
• Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan
sering telah mengatasi tradisi ini.)
• Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun
baru.
• Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina
kerana ini turut dianggap tidak bagus.
• Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku"
sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".
TAHUN BARU CINA
2023

TAHUN arnab

Anda mungkin juga menyukai