Anda di halaman 1dari 6

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

a) Sebelum perayaan

Sebelum menyambut Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah

mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini

menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta

menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul

habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik

itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap

dengan warna merah.

Di samping itu, rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap

kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.Acara terbesar pada malam Tahun

Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan

terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China

utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu

melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau

bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan

semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang

mencerminkan tua dan kehormatan.


b) Semasa perayaan

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,
menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai
bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. Yang paling penting, hari
pertama
Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua
mereka
dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu
bapa, datuk
nenek atau moyang. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa
sebagai
upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan
musibah
dari rumah.

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: Cina
Ringkas:, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk
menziarahi
ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin
mungkin
tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk
menziarahi
saudara mara atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu),
yang bermaksud bahawa adalah
amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai
untuk
ziarahmenziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang
mengalami
kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi
rumah
sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar
dijadikan hari menziarahi kubur

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì,
Kantonis:
yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut
pengiraan kalendar qamari Cina.

nilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum
sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang
terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia
dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain
rantau
tersebut.

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah
Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.
Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien.
Apabila
tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien
menyembahkan
doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana
tebu
pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan
beberapa generasi lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama

c) Selepas perayaan

Selepas perayaan Tahun Baru Cina berlangsung, keluarga cina akan bersama-

sama mengemaskan kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi

meniggalkan sanak-saudara mereka. Pada hari kelima belas mereka akan

meraikan sebagai Yuanxiao jie, atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien,

versi Cina bagi Hari Valentine.


d) Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan

 Tuah baik

o Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah

pada tahun baru.

o Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau

hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu

mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

o Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib

sepanjang tahun bagi pemakannya.

o Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan

sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun

yang menjelang.

o Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari

pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung

sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan

untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan

untuk menambah kekayaan.

o Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru

bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.


 Nasib Malang (‘Tuah Buruk’)

o Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi

sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi

"kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".

o Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang

kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan

"pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif,

kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama

bunyinya dengan "kaya".)

o Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi

rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting

rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa

Kantonis".

o Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar

kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi

tradisi ini.)

o Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini

akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.

o Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi

beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut

dianggap tidak bagus.


o Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan

sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan

bagi "kalah".

Anda mungkin juga menyukai