Anda di halaman 1dari 6

Pantang Larang Kaum Cina

(Perayaan)
Tahun Baru Cina
Tuah baik
• Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah
pada tahun baru.

• Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau


hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi
nasib sekeluarga sepanjang tahun.

• Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib


sepanjang tahun bagi pemakannya.

• Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum


hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang
menjelang.
• Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada
hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan
berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia
mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari
pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah
kekayaan.

• Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru


bermaksud memijak orang yang bergosip tentang
pemakainya.

• Tarian singa dipercayai mendatangkan tuah dan rezeki


yang melimpah
Nasib Malang ("Tuah buruk")
• Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah
orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama
bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".

• Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang


kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan
"pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif,
kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama
bunyinya dengan "kaya".)

• Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut


sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga
dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
• Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan
(namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

• Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan
menyapu keluar tuah bagi tahun baru.

• Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa


hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak
bagus.

• Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan


sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan
bagi "kalah".
• Percaya bahawa mereka akan ditimpa malang
jika pinggan mangkuk yang digunakan pada
hari sambutan pecah.

Anda mungkin juga menyukai