Anda di halaman 1dari 1

Sambutan Tahun Baharu Cina

Setiap tahun, kaum Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina.


Tahun Baharu Cina pada tahun ini jatuh pada 15 Februari 2018 iaitu
pada hari Jumaat.

Sebelum Tahun Baharu Cina, kami sekeluarga telah bergotong-


royong untuk membersihkan sekitar rumah. Rumah kami kelihatan
bersih dan ceria selepas gotong-royong. Aktiviti simbolik ini adalah
untuk menghalau nasib malang yang menimpa pada tahun lalu.

Selain itu, kami juga menghiasi rumah kami dengan kain merah,
hiasan tanglung dan kertas merah yang bertulis kaligrafi pepatah
Cina bagi melambangkan tuah.

Kami juga pergi ke pasar raya untuk membeli-belah. Kami


membeli pelbagai jenis makanan untuk dimasak semasa perayaan.
Kami juga membeli pakaian baharu berwarna merah yang akan
dipakaikan pada hari perayaan.

Pada hari Tahun Baharu Cina, kami bangun awal pagi, selepas
mandi, kami memakai baju baharu. Kami mengucapkan selamat
Tahun Baharu Cina dan “Gong Xi Fa Chai” kepada ibu bapa kami.
Kami berasa gembira kerana mendapat angpau. Kami juga
menyaksikan tarian singa. Saudara-mara, rakan-rakan dan jiran
tetangga turut menziarahi kami pada hari tersebut. Pelbagai jenis
kuih-muih yang telah disediakan untuk para tetamu yang hadir.

Pada waktu malam, kami bermain bunga api di halama rumah.


Kami sangat gembira melihat bunga api yang menerangi
kegelapan malam. Suasana yang meriah pada perayaan Tahun
Baharu Cina menggembirakan hati semua orang. Kami berharap
dapat menyambut Tahun Baharu Cina bersama-sama ahli keluarga
yang lain pada tahun yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai