Anda di halaman 1dari 2

Anda dan keluarga telah menyambut Tahun Baru Cina.

Tulis
suatu karangan tentang perayaan tersebut.

Tahun Baru Cina menjelang tiba tidak lama lagi. Saya dan keluarga

sibuk membuat persiapan bagi menyambut perayaan tersebut. Kami

telah bergotong-royong membersihkan kawasan rumah. Kami juga

berkunjung ke pusat beli-belah untuk membeli pakaian dan barang

keperluan lain bagi meraikan perayaan besar itu.

Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kami sekeluarga balik ke

kampung untuk makan malam bersama-sama dengan datuk dan

nenek serta saudara-mara terdekat yang lain. Banyak hidangan yang

disediakan pada malam itu. Kami makan dengan gembira sambil

berbual-bual.

Pada hari pertama Tahun Baru Cina, saya sudah bangun pada

awal pagi. Selepas membersihkan diri, saya pun memakai baju

baharu. Selepas itu, saya berjumpa dengan ibu bapa saya. Saya

mengucapkan “Gong Xi Fa Cai” kepada mereka. Mereka telah

memberikan saya angpau.


Selepas itu, kami pun berkunjung ke rumah saudara-mara yang

lain. Mereka juga memberi angpau kepada saya. Pelbagai jenis kuih

telah disediakan seperti kuih kapit, kuih bakul dan sebagainya. Kami

berbual-bual sambal menikmati keenakan makanan tersebut.

Semasa kami makan, tiba-tiba kami terdengar bunyi muzik tarian

singa. Kami pun keluar dari rumah. Kelihatan kumpulan singa sedang

membuat persembahan di halaman rumah. Persembahan tarian singa

amat menarik.

Pada waktu malam, kami bermain bunga api bersama-sama.

Kami bermain dengan seronok sekali. Suasan Tahun Baru Cina

sungguh meriah. Saya berharap dapat menyambut perayaan itu

dengan lebih meriah lagi pada tahun depan.

Anda mungkin juga menyukai