Anda di halaman 1dari 1

Tulis catatan harian berhubung cara-cara kamu menghabiskan cuti hujung minggu.

Ahad, 30 Jun 2022

7.22 pagi

Seperti biasa, aku bangun agak lewat daripada biasa kerana hari ini ialah Hari Ahad. Selepas
mencuci muka aku bersiap memakai pakaian joging. Sudah menjadi resam bagi keluarga aku
untuk berjoging bersama pada setiap awal pagi Ahad.

7.40 pagi

Kami tiba di Tasik Perdana. Setelah membuat aktiviti memanaskan badan, kami berjoging
mengelilingi tasik sebanyak dua pusingan. Ketika inilah kami berbual-bual dan bergurau
senda.

9.00 pagi

Pada pagi yang istimewa ini ayah mengajak kami bersarapan di Restoran Mamak. Hanya
setiap pagi Ahad, aku berpeluang menikmati nasi lemak daun pisang kegemaranku. Saiz
tubuhku yang agak montel menyebabkan ibu tidak membenarkan aku menikmatinya selalu.

10.30 pagi

Setelah kenyang makan, kami balik ke rumah untuk aktiviti bergotong-royong membersihkan
kawasan rumah. Seperti biasa aku dan kakak ditugaskan untuk mencuci kereta manakala
ayah dan ibu membersihkan pasu bunga, longkang dan halaman rumah.

12.30 tengah hari

Hari ini, masakan ibu lebih istimewa daripada yang biasa. Bau ikan panggang, ayam percik
dan nasi kerabu membuat kami terpaksa mempercepat tugas-tugas kami. Kami berasa
seronok dapat makan bersama.

3.00 petang

Selepas menyiapkan semua kerja rumah yang diberi oleh guru, aku mengemaskan beg
sekolah dan membuat ulang kaji. Setelah penat mengulang kaji, aku menggosok pakaian
seragam sekolahku sendiri.

Anda mungkin juga menyukai