Anda di halaman 1dari 1

Berkunjung Ke Rumah Kawan Pada Hari Raya Indah nian suasana pada hari raya.

Kanak-kanaklah yang paling gembira. Saya pun tidak terkecuali. Pada awal-awal pagi lagi, saya sudah memakai baju baharu. Seterusnya, saya pergi berkunjung ke rumah rakan saya. Kami menyambut hari raya dan berkongsi kemeriahan bersama. Pada pagi raya, umat islam bersarapan pagi untuk isi perut. Selepas itu mereka bermaaf-maafan dengan orang yang lebih tua dan pergi ke masjid untuk sembahyang. Mereka juga pergi menziarahi kubur keluarga yang telah meninggal dunia. Kemudian, mereka pergi ke rumah saudara-mara mereka yang terdekat dan ke rumah kawan-kawan. Bagi yang kanakkanak, mereka akan dapat Duit Raya dari orang tua atau tuan rumah. Amalan kunjung- mengunjungi ini mampu mengukuhkan hubungan persahabatan dan memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Dengan berkunjung ke rumah terbuka kaum lain, kita dapat memahami, menghormati agama, kebudayaan serta adat resam kaum lain. Saya juga mendapati bahawa ramai saudara mara datang berkunjung ke rumah rakan saya. Kami melayan mereka menjamu selera. Terdapat pelbagai makanan seperti kuih-muih, ketupat, lemang, ikan bakar, sup ayam, lemang dan minuman disediakan. Datuk rakan saya memberi duit saku kepada kanak-kanak. Keluarga rakan saya sangat ramah mesra dan kelihatan gembira sekali. Mereka melayan semua tetamu dengan baik . Saya dan rakan saya pula berasa seronok ketika bermain dengan sanak-saudaranya yang lain. Pada malam raya pula, kami berkesempatan untuk bermain mercun dan bunga api. Pengalaman manis ini tidak dapat saya lupakan sampai bilabila.

Kesimpulannya, perayaan dapat menghidupkan perpaduan di antara rakyat kerana semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia mempunyai perayaan masing-masing.Di hari perayaan,amalan kunjung mengunjugi menjadi amalan rutin tanpa mengira kaun dan bangsa. Amalan ini penting kerana dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam suasana aman dan tenteram.

Anda mungkin juga menyukai