Anda di halaman 1dari 4

PENGALAMAN BERCUTI

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berpeluang bercuti ke sebuah tempat peranginan
iaitu Pulau Langkawi.  Aku berasa sangat seronok kerana itu kali pertama aku ke
sana.  Sebelum bertolak kami mengemas barang-barang keperluan.  Aku sekeluarga menaiki
kereta.  Setelah sampai di jeti, kami perlu menaiki feri untuk sampai ke Pulau
Langkawi.  Masa yan diambil untuk sampai ke Pulau Langkawi selama satu jam dari jeti.
 
Setelah sampai di hotel yang telah ditempah oleh ayah seminggu yang lalu, aku terus
merehatkan diri dahulu.  Tempat pertama yang kami lawati ialah Makam Mahsuri yang
mempunyai banyak sejarah.  Pelbagai maklumat yang aku perolehi sepanjang berada di
sana.  Aku berasa sangat gembira kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi
tentang sejarah Mahsuri yang sebelum ini aku hanya mendengar namanya sahaja tetapi tidak
mengetahui sejarah tentang Mahsuri.
 
Pada hari kedua, kami berkesempatan untuk menaiki kereta kabel.  Aku sangat seronok sekali
kerana pertama kali menaiki kereta kabel tersebut.  Aku dapat melihat pemandangan di
seluruh Pulau Langkawi.  Aku dapat menghirup udara yang segar dan nyaman di sini.  Pada
waktu petang, kami pergi ke Dataran Helang. Terdapat ramai pelancong yang mengunjungi
Dataran Helang.  Kebanyakan mereka datang ke Dataran Helang untuk mengambil gambar.
 
Pada hari terakhir disana, kami sempat melawat Beras Terbakar.  Di sana ramai pelancong
dari luar Negara yang datang dan mencampakkan duit syiling, yang dikatakan sebagai tempat
untuk meminta sesuatu.  Selepas melawat Beras Terbakar, kami sekeluarga pergi membeli-
belah.  Banyak cenderamata yang cantik-cantik terdapat disitu.  Saya membeli dua helai baju
sebagai tanda kenang-kenangan sewaktu berada di Pulau Langkawi. 
 
Saya sangat gembira dan seronok ketika berada di Pulau Langkawi.  Saya berharap saya akan
dapat bercuti lagi disini pada masa yang akan datang bersama keluarga tercinta.    
KESAN GAJET KEPADA REMAJA
Pada era globalisasi ini,masyarakat  kini sering menggunaka alat untuk berkomunikasi dengan pelbagai jenis
gadget seperti telefon bimbit.Hal ini demikian,masyarakat lebih terpengaruh dengan gadjet kerana bagi mereka
gadjet adalah sebahagian medium yang penting untuk mereka berinteraksi sama ada dalam atau luar
negara.Namun begitu,gadjet boleh membawa kesan yang buruk kepada pengguna khususnya pelajar
sekolah.Malah,sesetengah ibu bapa juga ada yang berkemampuan untuk memberikan gadjet kepada anak-anak
kerana alasannya untuk kegunaan kecemasan.
      Antara keburukan gadjet adalah sesetengah masyarakat yang menyalahgunakan gadjet sebagai keseronokan
dan kepuasan jiwa mereka .Hal ini menyebabkan mereka lebih obses dengan kecanggihan gadjet yang
mempunyai banyak kegunaanya.Sebagai contohnya,melayari internet dan menonton pelbagai video-video di
laman sosial seperti Youtube.Kesimpulanya,ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak supaya menggunakan
gadjet dengan sebaiknya.
    Selain itu,penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan masalah kewangan kepada pelajar yang
menggunakannya.Hal ini kerana ,masalah  kegunaan telefon bimbit yang memerlukan kredit prabayar untuk
menghantar dan menerima panggilan telefon mahupun sms yang terlalu banyak atau melebihi kemampuan
.Sebagai contohnya,pelajar yang sanggup mengikat perut untuk  menyimpan wang yang diberikan oleh ibu bapa
mereka semata-mata untuk membeli kredit prabayar.Ringkasnya,ibu bapa perlu mengambil berat tentang
kelakuan anak-anak mereka yang sering meminta wang dengan berlebihan.
    Di samping itu,menggunakan gadjet juga salah satu daripada keburukannya adalah pembaziran masa .Hal ini
menyebabkan pengguna banyak menghabiskan masanya dengan melayari Facebook,Whatsaap,twitter dan laman
sosial yang lain Sebagai contohnya semua masa yang terluang untuk mereka beriadah, membaca buku
,berjumpa rakan-rakan dan masa dengan keluarga telah menjadi terhad buat mereka.Sesungguhnya,penggunaan
gadjet hendaklah diseimbangkan supaya pengguna dapat menghargai masa yang terluang dengan perkara yang
lebih berfaedah kerana ‘Masa itu emas’
   Seterusnya,berkomunikasi atau perbualan antara rakan-rakan dan keluarga kini semakin berkurangan.Hal ini
berlaku disebabkan pengguna terlalu sibuk melayan gadjet dengan berkomunikasi  dengan rakan-rakan lain  atau
melayari  pelbagai laman sosial.Contohnya,apabila berada di kedai makan , sambil menunggu pesanan  masing-
masing hanya  melihat pada gadjet sahaja tanpa menghiraukan kawasan sekeliling.Tegasnya,berkomunikasi
antara rakan-rakan dan keluarga boleh mengeratkan lagi kemesraan antara satu dengan yang lain.
       Tuntasnya, Setiap daripada pengguna  haruslah diingatkan supaya tidak terlalu obses dengan gadjet kerana
secara tidak langsung boleh memudaratkan diri sendiri. Mungkin ini adalah sebahagian daripada gaya hidup
masyarakat pengguna yang mahu kelihatan tampak bergaya dan mengikut cara-cara pengguna  terkini  namun
hendaklah dilakukan secara berpada-pada supaya tidak mengabaikan keperluan lain dalam kehidupan seharian.

JIKA DAPAT DUIT 100 RIBU / 2000

                        Setiap orang mempunyai impian. Begitu juga dengan saya. Impian saya
apabila saya mendapat duit 1000,00 ribu / 2000.

                        Jika saya, saya mendapat duit 1000,00 ribu / 2000 akan membeli sebidang
tanah yang luas dan memiliki pemandangan yang indah nian. Udara di persekitarannya
hendaklah nyaman. Saya akan  membina sebuah rumah di sana dan menjemput semua ahli
keluarga untuk tinggal bersama-sama. Saya juga akan membeli beberapa buah kereta mewah
yang saya idam-idamkan.
                        Di samping itu, saya akan membina sekolah dan hospital di kawasan
pedalaman. Dengan adanya sekolah, penduduk di kawasan pedalaman yang buta huruf akan
berpeluang untuk menimba ilmu. Mereka juga boleh mendapatkan rawatan yang terbaik dan
percuma di hospital yang saya bina. 

             Selain itu, saya akan menabung di bank. Saya juga akan mendermakan


sebahagian daripada wang saya kepada pusat-pusat kebajikan seperti rumah anak-anak yatim,
rumah orang tua dan rumah orang cacat. Saya hendak membantu orang yang bernasib malang
dan memerlukan bantuan.

                        Bukan itu sahaja, saya akan membawa ibu bapa saya menjelajah ke seluruh
dunia untuk melihat kebudayaan dan kesenian bangsa-bangsa yang lain. Saya teringin untuk
menjejak kaki ke Negara Eropah yang sering menjadi buah mulut orang ramai. Saya akan
mendalami pengetahuan dalam lapangan seni muzik yang saya minati.   

                        Saya sedar bahawa bukan senang untuk merealisasikan impian saya. Oleh itu,
saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya yakin, impian saya akan menjadi
kenyataan suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai