Anda di halaman 1dari 4

27/5/2023 Ringkasan

1. Peranan media massa membongkar kes pembalakan yang berlaku

2. Membuat risikan, tangkapan dan tindakan undang-undang

3. pesalah didenda dan dipenjara

4. Pemantauan melalui udara

5. Jabatan hutan mengadakan bancian pokok-pokok balak

27/5/2023 Huraikan Manfaat Aktiviti Melancong Kepada Seseorang

Melancong sama ada di dalam mahupun di luar negara semestinya menjadi idaman setiap

insan. Aktiviti ini biasanya dilaku ketika cuti persekolahan yang panjang ketika hujung

minggu sama ada secara bersendirian atau bersama-sama dengan keluarga yang tercinta.

Banyak tempat yang menarik di negara kita boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong

asing dan tempatan seperti Cameron Highland, Genting Highland, Bandar raya Melaka dan

Pulau Pinang. Apakah faedah melancong terhadap seseorang individu?

Melancong boleh meluaskan ilmu pengetahuan kita. Bak kata pepatah, jauh berjalan

luas pemandangan. Semakin banyak kita mengembara, kita akan dapat banyak

pengalaman dan ilmu pengetahuan. Contohnya, kita boleh belajar cara untuk membuat kuih-

muih tradisional. Ilmu pengetahuan sebagai ini kita tidak akan diajar di dalam kelas. Kita
juga berpeluang pergi ke kawasan pedalaman untuk mengalami kehidupan tempatan.

Pengalaman semacam ini adalah tidak dibenarkan untuk dibeli oleh wang.

Di samping itu, berlancong boleh mengeratkan hubungan antara rakan-rakan atau

kekeluargaan. Sebelum ini, kita sibuk menguruskan tugasan sendiri. Apabila berlancong,

kita berpeluang untuk berkomunikasi dengan mereka. Dengan ini, kita dapat memupuk

perhubungan, saling memahami lalu mengelakkan bergaduh.

Seterusnya, berlancong boleh mengisi masa renggang supaya tidak melibatkan

aktiviti buruk seperti melepak, merokok atau meragut. Berlancong jugalah sebuah aktiviti

rekreasi. Kita boleh merehatkan minda dan tubuh ketika kita melancong. Hati yang riang

boleh dapat menjaminkan kesihatan badan. Dengan ini, kita dapat meneruskan kehidupan

kita dengan bersemangat.

Akhir sekali, sikap cinta akan tanah air akan disemarakkan lagi jika kita pergi ke

tempat prasejarah untuk pelancongan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak. Kita akan

menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah Malaysia dan mengetahui betapa susah
negara kita untuk mencapai merdeka. Dengan ini, kita akan menghargai apa yang kita

mendapat. Semangat cinta akan negara juga akan disemai dalam diri seseorang individu.

Kesimpulannya, berlancong memberi banyak manfaat. Setiap kali kita berlancong,

mestilah kita akan belajar dan menambah ilmu pengetahuan. Jadi, marilah kita melancong.

Akan tetapi, sebelum pergi ke luar negara untuk pelancongan, kita harus melancong di

negara diri agar memajukan sektor pelancongan di negara kita.


27/5/2023 Ulasan

Iklan digunakan untuk mempromosikan produk atau hasil keluaran pihak pengeluar. Iklan

mempunyai kesan baik dan buruk kepada pengguna. Salah satu kesan ialah pengguna akan membeli

barang yang tidak perlu. Hal ini berlaku kerana iklan yang ditayangkan menarik dan mempengaruhi

pengguna untuk berbelanja lebih. Ini adalah kerana iklan mengumpan mereka dan pengeluar

memberikan hadiah kepada mereka. Akan tetapi, melalui iklan, pengguna akan mendapat maklumat

tentang barangan di pasaran. Pengeluar juga dapat memberitahu pelanggan tentang barangannya.

Kesimpulannya, kita mestilah menjadi seorang pembeli yang cerdik supaya tidak mudah terjejas oleh

iklan.

27/5/2023 Ulasan

Ponteng sekolah merupakan isu yang serius. Terdapat punca-punca murid ponteng

sekolah. Antara punca ialah menghabiskan masa di kafe siber kerana kekurangan kasih

saying daripada ibu bapa. Selain itu, murid melepak di pusat beli-belah lalu membuang

masa dan wang untuk melibatkan diri dalam gejala sosial. Seterusnya, murid tidak berminat

untuk belajar. Hal ini berlaku kerana berasa bosan semasa guru mengajar dan ketinggalan

dalam pelajaran. Kesimpulannya, gejala ponteng sekolah mestilah ditangani dengan segera

kerana murid-murid merupakan bakal pemimpin negara.

Anda mungkin juga menyukai