Anda di halaman 1dari 10

ISU-ISU KELUARGA ISLAM

LMPU 2232
pengenalan
Penculikan dalam undang-undang jenayah bererti mengambil seseorang tanpa kerelaan, biasanya bagi
menahan tanpa kebenaran /tanpa menurut undang-undang yang sah.Penculik juga
tidak mengenal siapapun untuk dijadikan mangsa culik lebih-lebih lagi kanak-kanak yang masih kecil dan tidak
berdaya.Hal ini demikian kerana,mansa culik sering dijadikan sebagai tebusan,hambe
Dan juga mangsa culik dijual di pasar gelap.Maka kita perlulah dididik dari usia muda[Melentur buluh biarlah
dari rebungnya] untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa culik.Oleh itu,kita semua perlulah peka
dengan keadaan sekeliling.

MUHAMMAD HAKIMIN BIN SUFIAN ,MUHAMMAD ANIQ AIMAN BIN RIZUAN

1 October 2022

11 muka surat
Apakah isu utama yang diutarakan penulis?
Ulasan artikel
Kes penculikan kanak-kanak di Malaysia semakin meningkat setiap tahun.Hal ini demikian
kerana ibu bapa kurang memberi tumpuan apabila bersama anak–anak dan ibu bapa perlulah
sentiasa memantau pergerakan anak-anak apabila berkawan, berjalan-jalan dan jangan biarkan
anak-anak terlalu bebas dengan dunia luar.Ini kerana, kanak-kanak perlu menikmati masa
mudanya dengan keluarga dan pendidikanya.Hal ini juga telah memberi pendedahan bahawa
ibu bapa perlulah menjaga keselamatan anak-anak untuk mengelakkan berlakunya atau
membendung kes ini dari semakin berleluasa. Oleh itu, ibu bapa pada zaman kini perlulah bijak
untuk membahagikan masa untuk kerja dan Ketika bersama anak-anak agar anak-anak tidak rasa
diri mereka terbiar.
Tujuan artikel:Menerangkan mengapa berlakunya dan punca kes penculikan ini.
Teori yang penulis gunakan:Penulis tidak menggunakan mana-mana teori.
Kaedah/metodologi kajian:Penulis menggunakan kaedah kuantitatif kerana penulis
menerangkan mengenai kajian yang mereka telah
dapat serta penulis telah memberi pendapat berkaitan
dapatan kajian.
Hasil kajian: Penulis dapatkan hasil kajian daripada laman sesawang berkaitan statistik kes
penculikan di Malaysia.
Adakah isu ini menarik?
Isu ini sangat menarik jika dibincangkan terhadap masyarakat sekeliling agar anak-anak diberikan
pendedahan awal mengenai isu penculikan yang semakin berleluasa.Hal ini dapat membuka minda
kanak-kanak dan masyarakat agar dapat sentiasa berwaspada tentang berlakunya kes culik ini.Kita
sebagai masyarakat yang prihatin perlulah memandang serius tentang kes penculikan.Hal ini kerana
kes penculikan ini adalah melibatkan nyawa seseorang yang kita sendiri tidak tahu siapa yang akan
menjadi mangsa bagi kes penculikan yang boleh terjadi pada ahli keluarga kita sendiri atau kawan-
kawan.Oleh itu,isu ini sangat penting untuk dibincangkan bersama-sama dengan masyarakat
sekeliling.
Adakah metodologi kajian yang digunakan oleh
penuis bersesuaian dengan kajian yang dihasilkan?
Ya, kajian ini dapat mengubah dan memberi pendedahan kepada ibu bapa di luar
sana agar sentiasa menjaga/mengawasi dan memelihara anak-anak dan
keluarga.Sediakan payung sebelum hujan kerana ibu bapa adalah didikan awal bagi
anak-anak. Kajian ini juga telah memberi kesan terhadap cara saya berfikir
mengenai tajuk ini.
Kajian yang digunakan bersesuain dengan kajian kerana artikel ini telah memberi
statistik bilangan kes dalam artikel ini.
Adakah isu tersebut relevan?
Isu yang dibincangkan mengenai tajuk ini adalah sangat releven. Hal ini kerana, ibu
bapa dapat mengambil iktibar tentang kes-kes yang telah berlaku terhadap mangsa
culik ini.Hal ini dapat meningkatkan tahap kewaspadaan ibu bapa terhadap anak-
anak agar anak-anak lebih selamat pada masa yang akan datang.
Selain itu,tanggungjawab seorang ayah dan ibu apabila mempunyai anak perlulah
lebih peka untuk mendidik dan menjaga keselamatan anak-anak agar terjamin
kehidupan anak-anak pada masa yang akan datang.Hal ini juga dapat
mengurangkan serta dapat membendung berlakunya kes penculikan.
Seterusnya,umur diperingkat muda inilah anak-anak akan berkembang pesat untuk
membesar dengan kasih sayang dan perhatian ibu bapa dan bukannya menjadi
mangsa dari kes penculikan ini.Oleh itu sebagai ibu bapa perlulah sentiasa bersama
anak-anak melihat anak-anak membesar dengan baik.
PENUTUP
a)Apakah ilmu pengetahuan baru daripada artikel yang pengulas perolehi?
=Ilmu pengetahuan yang baru saya peroleh daripada artikel ini ialah saya dapat
mengetahui bahawa keselamatan diri atau individu tersayang amatlah penting untuk kita
ambil peduli serta dapat mengetahui punca mengapa kes penculikan kanak-kanak
semakin bertambah walaupun Bersama ibu bapa sendiri. Hal ini juga saya memberikan
ilmu untuk mengetahui lebih mendalam mengenai keselamatan seseorang dan diri
sendiri.
b)Apakah perkara pengulas yang pengulas akan ubah/tukar untuk
meningkatkan lagi kualiti kajian tersebut?
=Beberapa perkara yang saya akan ubah untuk meningkatkan lagi kualiti kajian tersebut
adalah saya akan menunjukkan dapatan kajian lain contohnya dalam bentuk video
pendek, gambar atau syarahan tentang kes ini agar pembaca lebih tertarik untuk
membaca dan mengetahui tentang dapatan kajian ini.
Selain itu,saya akan membesarkan saiz tulisan dan menambahkan warna agar pembaca
dapat melihat tulisan dengan lebih jelas dan lebih berminat untuk membaca. Hal ini
demikian kerana terdapat banyak kategori umur yang akan membuka website mahupun
aplikasi untuk membaca.
Adakah artikel ini telah memberi kesan terhadap cara pelajar berfikir
tentang perkara yang dibangkitkan dalam artikel tersebut?
=Artikel ini dapat memberi kesan terhadap cara pelajar berfikir bahawa
keselamatan perlulah dididik dari bangku sekolah lagi.Keselamatan bermaksud
keadaan terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan,
pekerjaan, psikologi, pelajaran, dan perkara-perkara lain yang melibatkan
kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Oleh itu,pelajar dapat membuka minda
untuk mengetahui lebih mendalam ilmu tentang keselamatan, cara mencegah dari
berlaku perkara bahaya terhadap diri dan individu lain.

Anda mungkin juga menyukai