Anda di halaman 1dari 4

Dalam menongkah arus kemodenan pengabaian sering terjadi di kalangan kanak-kanak

apabila ibu bapa tidak mengendahkan perkara-perkara yang berlaku kepada kanak-kanak
sehingga anak-anak mereka terjebak dengan sesuatu kesalahan yang melanggari undang-
undang. Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang dibawah umur 18 tahun seperti
yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika dilihat isu kanak-kanak terbiar ini jika tidak mencari solusi untuk mengatasinya ia akan
merencatkan pertumbuhan kanak-kanak itu sendiri. Hal ini kerana, pada zaman kanak-kanak
ibu bapa perlu memberi sepenuh perhatian untuk membentuk atau mencorakkan kehidupan
anak-anak mereka pada masa hadapan.Pengabaian kanak-kanak itu termasuklah kegagalan
secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal,emosi dan
pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat
perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian ini boleh
menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada segala bentuk bahaya, termsuklah yang
mengancan nyawa mereka. Terdapat beberapa faktor berlakunya kanak-kanak terbiar ini dan
kesan terhadap kanak-kanak itu sendiri.

Faktor-faktor berlakunya kanak-kanak terbiar

(1) Kesibukan ibu bapa

Kesibukan ibu bapa dalam kerjaya salah satu punca kanak-kanak terbiar. Hal ini kerana ibu
bapa sibuk bekerja untuk mencari punca pendapatan untuk membiayai keluarga. Selain itu,
jadual kerja yang tidak menentu seperti ada sesetengah ibu bapa terpaksa bekerja pada
hujung minggu dan terpaksa meninggalkan anak-anak mereka dirumah. Apabila ibu bapa
sering meninggalkan anak-anak dirumah bersama pembantu rumah akan menyebabkan anak-
anak itu lebih rapat dengan pembantu rumah itu dan anak-anak lebih selesa dengan pembantu
rumah. Kesannya hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak tidak mustahil menjadi semkin
renggang. Anak-anak ini merupakan kain putih oleh itu ibu bapa yang mencorakkan anak-
anak mereka. Jelaslah kesibukan ibu bapa merupakan punca berlakunya kanak-kanak terbiar.

(2) Latar Belakang Keluarga

Latar belakang keluarga menyebabkan berlakunya punca-punca kanak-kanak terbiar. Hal ini
disebabkan cara hidup moden ibu bapa dan tuntutan hidup dalam sesebuah keluarga yang
menyebabkan ibu bapa menyerahkan tugas-tugas mengasuh kepada pembantu rumah untuk
mengasuh anak-anak kerana ibu bapa sudah memberikan kepercayaan kepada pembantu
rumah untuk mengasuh dan mendidik anak-anak mereka sehingga pembantu rumah sendiri
sudah faham akan sifat-sifat yang ada pada diri dalam anak-anak majikan mereka. Sebagai
analoginya apabila kanak-kanak itu demam mereka lebih mengenali dan selesa dengan
pembantu rumah untuk menjaga mereka. Kesannya akan menyebabkan anak-anak itu lebih
mengenali dengan pembantu rumah berbanding dengan ibu bapanya sendiri. Jelaslah latar
belakang keluarga menyebabkan faktor berlakunya kanak-kanak terbiar.
Penulis sudah menjelaskan beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya punca kanak-
kanak terbiar. Permasalahan ini akan membawa impak buruk jika tidak ditangani punca-
punca yang berlakunya permasalahan ini. Antara impak buruk permasalahan ini ialah

(1) Hidup anak menjadi tidak terurus

Kanak-kanak terpaksa menguruskan diri mereka sendiri tanpa tunjuk ajar dari ibu bapa.
Dalam usia mereka ini ibu bapa merupakan role model anak-anak. Sebagai contoh ibu bapa
hanya mengarahkan sahaja atau memakaikan baju anak-anak mereka sendiri tanpa memberi
peluang kepada anak-anak itu belajar untuk menguruskan diri mereka sendiri. Hal ini berlaku
disebabkan ibu bapa tidak mempunyai banyak masa dengan anak-anak dan mendorong ibu
bapa sendiri yang membuatkan kerja-kerja tersebut. Kesannya akan menyebabkan anak-anak
ini tidak pandai menguruskan diri sendiri dan terlalu bergantung kepada ibu bapa untuk
menguruskan mereka. Tegaslah hidup anak-anak menjadi tidak terurus apabila kanak-kanak
ini terbiar dan ibu bapa tidak memberi ruang kepada anak-anak ini belajar untuk
menguruskan diri mereka.

(2) Anak-anak akan terlibatan dalam kebejetan moral

Kesan permasalahan ini akan menyebabkan anak-anak akan terlibat dalam keruntuhan moral.
Hal ini berlaku disebabkan tiada pantauan secara kerap dari ibu bapa. Apabila ibu bapa tiada
dirumah dan mereka juga merasa bosan kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan jadi
mereka mengambil keputusan untuk keluar dari rumah mencari kehidupan yang lebih
menyeronokkan. Fitrah kanak-kanak suka mencuba perkara yang baru dan perkara yang
mereka lihat yang berlaku depan mata mereka. Secara tidak langsung, anak-anak akan meniru
apa yang mereka lihat sebagai contoh merokok kerana mereka beranggapan merokok itu
sangat menyeronokkan kerana terdorong rasa ingin mencuba. Tegaslah permasalahan dari
kanak-kanak terbiar ini akan menyebabkan anak-anak akan terlibat dalam kebejetan moral.

(3) Wujud jurang komunikasi dengan anak-anak

Wujudnya jurang komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak berlaku disebabkan ibu bapa
tidak mempunyai masa untuk mendengar permasalahan dari anak-anak. Anak-anak lebih
suka berkongsi masalah atau menceritakan masalah mereka pada orang luar terutanya kawan-
kawan kerana bagi mereka kawan-kawan sahaja yang memahami situasi yang berlaku yang
sedang melanda dalam diri mereka. Apabila ibu bapa mengajak anak-anak pergi bercuti atau
keluar berjalan misalnya, anak-anak ini menjadi tidak selesa dengan cara apabila anak-anak
akan merasa segan bila ibu bapa mereka memeluknya dihadapan orang ramai. Selain itu
anak-anak juga tidak berasa selesa apabila ibu bapa menunjukkan kasih sayangnya dihadapan
orang ramai dengan menyuap anak-anak mereka ini makan kerana jarang atau tidak pernah
ibu bapa melakukan perkara tersebut dirumah. Apabila berjumpa tidak ada topik untuk
dibincangkan dan menyebabkan suasana menjadi hambar tanpa gelak ketawa dari kedua-dua
belah pihak.

Pelbagai langkah-langkah untuk mengatasi kemelut ini. Antaranya ialah


(1) Meningkatkan latihan kepada semua pihak yang berurusan dengan kanak-
kanak.

Antara insentif untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cara meningkatkan latihan kepada
semua pihak yang berurusan dengan kanak-kanak ialah memberikan ceramah kesedaran
tentang hak kanak-kanak untuk mendapatkan pelbagai keistimewaaan seperti hak
mendapatkan pendidikan yang sewajarnya, hak mendapat perlindungan, hak untuk
mendapatkan kemudahan kesihatan percuma dan hak untuk mendapatkan kasih sayang.
Antara pihak yang sering berurusan dengan kanak-kanak ialah pihak nusery, tadika dan taska.
Sesetengah pihak memandang enteng terhadap kanak-kanak. Oleh sebab itu ceramah
kesedaran ini penting untuk memberitahu kepada pihak-pihak tertentu tentang hak kanak-
kanak ini supaya pihak ini lebih peka dan kesannya tidak akan berlaku lagi pengabaian
terhadap kanak-kanak. Selain ceramah kesedaran, pihak-pihak tertentu seperti institut
KEMAS mengadakan latihan secara kerap untuk memantapkan lagi ilmu dari segi teori dan
praktikal kepada guru-guru,pengasuh taska dan tadika ini sebagai peringatan atau langkah
pencegahan awal sediakan payung sebelum hujan supaya tidak berlakunya isu ini dipusat-
pusat penjagaan kanak-kanak. Jelaslah, untuk membendung masalah ini salah satu cara ialah
meningkatkan latihan kepada semua pihak yang berurusan dengan kanak-kanak.

(2) Menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran mesra kanak-kanak.

Menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran mesra kanak-kanak ialah sebagai


contoh di tadika atau taska perlu menyediakan prasarana yang sesuai dengan tahap umur
kanak-kanak sebagai contoh di tadika British Montessori guru-gurunya diingatkan supaya
menyediakan kemudahan kerusi meja yang kecil dan rendah untuk memudahkan pergerakan
kanak-kanak dan impaknya akan mempercepatkan lagi pertumbuhan kanak-kanak dan cara
ini kanak-kanak lebih cepat untuk belajar secara teori dan praktikal dan dengan sentuhan juga
sel minda kanak-kanak akan berhubung kerana mereka merasai dengan cara memegang
dengan tangan. Selain itu, di tadika atau taska pihak pengusaha perlulah menyediakan taman
atau sebuah padang yang kecil yang dilengkapi dengan permainan supaya kanak-kanak dapat
menerokai dunia dan alam ciptaan Allah dengan berani,hati yang gembira perasaan yang
ceria dan tanpa ada rasa takut. Pepatah yang sesuai ialah yang mudah yang disusahkan dan
yang mudah jangan dirumitkan.Tegaslah disini cara lain untuk mengatasi masalah ini dengan
cara menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran mesra kanak-kanak.

(3) Dasar Perlindungan Kanak-Kanak / Akta Kanak-Kanak 2001

Dasar Kanak-Kanak Negara adalah dasar yang mengenai hak kelansungan hidup,
perlindungan, perkembangan, dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang
dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik dan persekitaran yang kondusif dan
selamat. Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat
dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan
kondusif. Oleh itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada
pengabaian,penderaan,keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan perlulah
diberi perhatian. Justeru itu, dasar perlindungan kanak-kanak ini amat perlu pada masa ini
untuk menggalakkan setiap agensi,organisasi dan anggota masyarakat supaya memberi
keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini
selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Akta Kanak-
Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi
kepentingan terbaik mereka.

Semoga penjelasan yang diberikan diharapkan sedikit sebanyak dapat mengatasi


permasalahan kanak-kanak terbiar ini dan ibu bapa tidak memandang enteng terhadap
tanggungjawab dalam mendidik anak-anak kerana masalah yang kecil jika tidak ditangani
akan menjadi barah yang sukar diubati..Tiada penyakit yang tiada penawar dan langkah-
langkah untuk mengatasi isu kanak-kanak terbiar ini perlulah dicegah dengan kadar segera
kerana kanak-kanak merupakan pemuda pemudi harapan negara untuk memimpin dan
mentadbir negara pada masa depan.

NURAYUNI ABDUL MAJID merupakan seorang guru tadika di sebuah tadika di Shah
Alam.

Rencana ini adalah pandangan peribadi dari penulis.Tiada kena mengena antara hidup dengan
yang mati. Sebarang pengubahsuaian dari mana-mana / ingin diterbitkan perlu meminta
keizinan dari penulis terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai