Anda di halaman 1dari 4

Ekologi: Kaedah penyelesaian

Masalah isu pembuangan bayi ini sering kali menjadi perbualan yang hangat di negara
Malaysia yang dianggap sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Isu ini bukanlah isu
baru yang berlaku di negara ini, perkara yang tidak bertanggungjawab ini dilakukan adalah
kerana dengan bermula masalah sosial diantara kaum remaja di negara ini dan juga
melibatkan perkara-perkara yang lain. Oleh itu, terdapat beberapa kaedah penyelesaian bagi
menangani masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di bawah umur.

3.1 Menyediakan peti pelindung bayi di Hospital dan Klinik kesihatan.

Peti pelindung bayi ataupun dikenali juga sebagai ‘baby hatch’ semakin mendapat galakkan
untuk dijadikan sebagai salah satu cara dalam menangani masalah pembuangan bayi ini. Peti
pelindung bayi ini bertujuan untuk menyelematkan nyawa bayi baru dilahirkan daripada
berlakunya kes pembuangan bayi di tempat-tempat yang berbahaya dan di kawasan yang
kotor. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat banyak kes yang sebelum ini telah
menemukan bayi-bayi yang tidak bedosa di tempat pembuangan sampah, di tepi jalan malah
ada yang digonggong oleh binatang liar seperti anjing yang mengakibatkan kematian kepada
bayi-bayi tersebut. Dengan adanya peti pelindung bayi ini, ibu-ibu yang tidak mahu ataupun
tidak mampu menjaga boleh membuat keputusan untuk meletakkan bayi mereka di dalam
peti pelindung bayi tersebut. Perkara itu akan membuatkan bayi-bayi tersebut dapat
diselamatkan dan dapat dijaga.

3.2 Meningkatkan pendidikan seksual komprehensif di sekolah awam dan swasta.

Pendidikan seksual amat memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah
pembuangan bayi di antara golongan remeja yang masih di bawah umur. Melalui Pendidikan
ini, para remaja akan didedahkan dengan aspek perkembangan dan perubahan fizikal kanak-
kanak, fisiologikal semasa akil baligh, dan juga tentang penjagaan kesihatan reproduktif
semasa di sekolah pada peringkat yang awal. Sektor pendidikan harus memainkan peranan
dalam memperkasakan Pendidikan seksual ini sebagai mata pelajaran di sekolah. Di
Malaysia, pendidikan seksual telah wujud di sekolah melalui Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial (PEERS) yang merentasi beberapa mata pelajaran termasuk
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Bahasa, Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral. Para remaja juga akan memahami diri mereka secara biologi dan bersedia untuk
menghadapi dunia supaya mereka tidak menjadi mangsa seksual. Para remaja dan juga murid
sekolah harus memberi tumpuan kepada pendidikan seksual bagi mengelakkan gejala negatif
seperti seks bebas, seks rambang, kehamilan anak luar nikah atau lebih menakutkan, salah
laku seksual terhadap kanak kanak.

3.3 Memasang CCTV yang mencukupi di kawasan yang sepi.

Pemasangan kamera litar tertutup ataupun CCTV merupakan salah satu langkah untuk
mengurangkan kes pembuangan bayi dan dengan cara ini kita dapat mengenal pasti orang
yang melakukan perkara tersebut. Mungkin pemasangan kamera litar tertutup sudah lama
dilaksanakan, tetapi perlu diperbanyakkan lagi pemasangan kamera litar tersebut terutamanya
di kawasan yang sepi dan sunyi. Dengan cara ini, kes pembuangan bayi akan menurun kerana
pelaku tidak akan berani meninggalkan bayi mereka di tempat tersebut kerana bimbang akan
dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

3.4 Mewajibkan pemeriksaan badan tahunan bagi setiap pelajar perempuan di sekolah
awam dan swasta.

Pemeriksaan badan terhadap pelajar perempuan di sekolah awam mahupun swasta setiap
tahun mungkin merupakan kaedah yang kurang sesuai. Tetapi dengan pelaksanaan ini akan
membantu mengenal pasti para pelajar yang hamil dan mungkin mempunyai masalah mental.
Pihak kaunseling akan memainkan peranan dalam membantu pelajar-pelajar yang mengalami
masalah ini dan dapat mebimbing mereka ke arah yang lebih baik. Hal ini dikatakan
demikian kerana masalah pembuangan bayi ini kebanyakkannya berlaku dalam kalangan
remaja yang masih bersekolah.

3.5 Menyediakan alat pencegah kehamilan secara percuma di Hospital atau Klinik
kesihatan awam.

Alat pencegah kehamilan merupakan alat yang dapat membantu untuk mencegah atau
mengurangkan kebarangkalian berlakunya kehamilan. Penggunaan alat pencegahan ini
bertujuan bagi pasangan untuk merancang keluarga mereka. Penyedian alat pencegah
kehamilan seperti kondom secara percuma di hospital mahupun klinik kesihatan dapat
membantu dalam mengawal masalah pembuangan bayi ini. Namun, alat pencegahan
kehamilan seperti kondom akan disalahgunakan dan juga akan menggalakkan masalah sosial
dikalangan remaja.
3.6 Mewujudkan aplikasi digital untuk memantau pergerakkan anak-anak di bawah
umur melalui telefon pintar.

Aplikasi digital yang mampu memantau pergerakkan anak-anak melalui telefon pintar oleh
ibu bapa mereka merupakan langkah yang terbaik untuk mengawal masalah sosial yang akan
berlaku. Para remaja yang masih di bawah umur perlu sentiasa dipantau oleh ibu bapa mereka
supaya tidak terlibat dengan gejala buruk seperti pergaulan bebas, penagihan dadah, dan
jenayah. Perkara tersebut akan membuka jalan kepada para remaja ke arah masalah yang
lebih besar iaitu masalah pembuangan bayi. Dengan adanya aplikasi yang boleh memantau
pergerakkan para remaja tersebut ibu bapa akan mudah untuk mengetahui di mana anak-anak
mereka sedang berada.

Anda mungkin juga menyukai