Anda di halaman 1dari 3

KURSUS

SKMM 2043 SASTERA HIKAYAT


SEMESTER 1 2020/2021

TAJUK TUGASAN
HIKAYAT ALI BAD SYAH – HIKAYAT MAHARAJA ALI

PENSYARAH
DR. YUSMILAYATI YUNOS
DR. ZUBIR IDRIS

NAMA PELAJAR
MUHAMMAD HAQIEM BIN KARIM (A179801)
Hikayat Maharaja Ali mengisahkan tentang keadilan seorang raja dan kesetiaan
seorang isteri. Maharaja Ali merupakan seorang raja yang memerintah di negeri bernama
Badraga. Tetapi, setelah beberapa tahun perkahwinannya dengan permaisuri Hasinan, mereka
masih lagi tidak dikurniakan seorang anak. Namun, baginda pun berdoa kepada Tuhan agar
dikurniakan seorang anak dan tidak beberapa lama kemudian baginda pun dikurniakan tiga
orang anak lelaki. Akan tetapi, terdapat seorang ahli nujum meramalkan bahawa kelak anak
sulungnya itu akan menjadi punca kepada malapetaka kerana perangai buruknya itu.
Maharaja Ali pun dinasihatkan supaya membuang anaknya itu jauh daripadanya tetapi
baginda tidak melakukan hal tersebut kerana Maharaja Ali dan permaisuri sayang akan anak-
anaknya.

Seterusnya, ternyata ramalan ahli nujum itu benar dan apabila meningkat dewasa tabiat buruk
Baharum Syah iaitu anak sulung Maharaja Ali semakin jelas terlihat. Baharum Syah suka
membunuh, menganiaya dan memperkosa anak pegawai-pegawai istana, serta suka
mengambil isteri orang lain dengan kekerasan. Hal tersebut membuatkan rakyat Badraga
tidak berpuas hati dan meminta Maharaja Ali dan keluarganya untuk meninggalkan negeri
tersebut dan mereka terpaksa meninggalkan negeri Badraga itu. Semasa di dalam perjalanan
meninggalkan negeri Badraga, anak sulungnya tersesat di dalam hutan manakala Maharaja
Ali, permaisuri dan kedua anaknya meneruskan perjalanan. Akhirnya, mereka pun tiba di
sebuah negeri yang bernama Kabitan.

Pada suatu hari permaisuri Hasinan dan dua anaknya pergi ke kota untuk meminta sedekah.
Seorang wazir melihat kecantikan permaisuri Hasinan dan memberi tahu raja Sardala iaitu
raja di negeri Kabitan. Mereka menggunakan pelbagai tipu muslihat untuk memancing
Hasinan supaya untuk masuk ke dalam istana. Tetapi kedua anaknya tidak dibenarkan untuk
masuk ke dalam. Apabila Maharaja Ali mendengar istreinya masuk ke dalam jerat raja
Sardala, Maharaja Ali pun berasa sakit hati. Setelah dengan kejadian tersebut, dia pun
meneruskan perjalanan dengan dua anaknya yang masih kecil itu sehinggalah pada suatu hari
mereka sampai di tepi sungai besar. Semasa Maharaja Ali berusaha untuk menyeberang
sungai tersebut, tiba-tiba dia telah disambar oleh buaya dan Maharaja Ali pun tertewas. Dua
anaknya pun diperlihara oleh seorang penambang miskin. Sementara itu raja Serdala
berusaha memujuk permaisuri Hasinan untuk menjadi gundiknya. Kemudian, permaisuri
Hasinan berdoa dan memohon agar Tuhan menjatuhkan penyakit lumpuh kepada raja
Serdala. Selepas itu, raja itu tidak berdaya lagi untuk merayunya.
Terdapat juga peristiwa di mana Nabi Isa a.s. telah menjumpai tengkorak Maharaja Ali di tepi
sungai. Tengkorak tersebut pun menceritakan tentang nasib malangnya di dunia, walaupun
dia merupakan seorang raja yang pernah berkuasa dan meminta Nabi Isa agar berdoa
untuknya serta berharap Tuhan menghidupkan lagi dirinya agar dapat bertemu isteri yang
dicintai dan dapat memerintah kembali di negeri Badraga sebagai raja yang adil serta
disayangi oleh rakyatnya. Setelah Maharaja Ali bertaubat, berkat Allah s.w.t. Nabi Isa pun
menghidupkannya kembali dan menjadikannya sebagai raja di negeri Badraga. Selepas itu,
Maharaja Ali menjadi seorang Raja yang mahir dalam mengubati pelbagai penyakit. Tahu
akan hal tersebut, raja Serdala dan permasuri Hasinan pun berlayarlah ke Badraga. Terdapat
dua orang suruhan yang sebenarnya merupakan anak kepada Maharaja Ali dan secara
kebetulan permaisuri Hasinan mendengar perbualan mereka dan mengetahui bahawa itu
adalah anaknya. Dengan mendengar khabar berita tersebut, Maharaja Ali sangat marah dan
memerintahkan orang suruhan itu untuk dibunuh.

Setelah beberapa hari meringkuk di dalam penjara, baru hukuman mati dilaksanakan, dan
ternyata yang akan melaksanakan hukuman tersebut adalah abang mereka iaitu Baharum
Syah anak sulung Maharaja Ali. Semasa hendak dijatuhkan hukuman, Baharum Syah
mendengar perbualan orang-orang suruhan itu dan ternyata itu adalah adik-adiknya yang
sudah terpisah sekian lamanya. Kemudian, Baharum Syah pun memberitahu kepada
Maharaja Ali bahawa dia merupakan anak sulungnya dan juga termasuk adik-adiknya yang
hendak dibunuh. Akhirnya, Maharaja Ali pun mendapat tahu bahawa mereka merupakan
anak-anaknya.

Anda mungkin juga menyukai