Anda di halaman 1dari 3

KURSUS

SKMM 2043 SASTERA HIKAYAT


SEMESTER 1 2020/2021

TAJUK TUGASAN
HIKAYAT RAJA JUMJUMAH

PENSYARAH
DR. YUSMILAYATI YUNOS
DR. ZUBIR IDRIS

NAMA PELAJAR
MUHAMMAD HAQIEM BIN KARIM (A179801)
Hikayat Raja Jumjumah ini mengikisahkan tentang pengalaman di alam barzakh oleh
seseorang raja dari negeri Syam iaitu Raja Jumjumah. Kemudian, sehinggalah baginda
dicampakkan kembali ke dunia dalam bentuk tengkorak, kepada Nabi Isa a.s. Hikayat ini
bermula dengan Nabi Isa a.s. menjumpai satu tengkorak manusia yang telah kering, di sebuah
padang pasir di negeri Syam. Nabi Isa berdoa kepada Allah SWT supaya tengkorak tersebut
dapar berkata-kata tentang pengalamannya sesudah mati. Dengan takdir Allah, tengkorak
tersebut dapat berkata-kata dan tengkorak tersebut menceritakan bahawa beliau adalah
seorang raja yang besar di negeri Syam. Kemudian, baginda menceritakan bahawa beliau
mempunyai para pembesar, hamba sahaya dan askar yang sedia berkhidmat apabila mereka
diperintah untuk membuat sesuatu. Baginda meneruskan lagi penceritannya dengan dengan
menceritakan tentang kekayaan baginda, kekayaan baginda tidak terkira kerana setiap para
pembesarnya dan hamba sahaya baginda dilengkapi dengan pakaian dan peralatan mewah
terdiri daripada emas dan perak serta permata yang sangat mahal.

Selain itu, jajahan takluknya juga sangat luas dan raja-raja yang bernaung di bawah
pemerintahnnya sentiasa menghantar ufti tanda taat setia mereka kepadanya. Sultan
Jumjumah telah memerintah negeri Syam selama empat ratus tahun sehingga pada satu hari
baginda merasai sakit di seluruh badan. Kesemua tabib di negeri Syam cuba untuk mengubati
baginda tetapi tidak ada satu pun yang berhasil. Akhirnya, pada hari ketujuh, malaikat Izrail
telah datang kepada baginda dan mencabut nyawanya. Kemudian, raja Jumjumah merasa
sangat azab ketika Malaikat Izarail mencabut nyawanya, baginda merasakan seperti dadanya
dipalu dengan besi panas yang menyala-nyala, ditumbuk sehingga dirasakan seperti hancur
tulang temulang supaya nyawa dapat dikeluarkan daripada badannya.

Baginda juga menceritakan kepada Nabi Isa ketika Malaikat Izrail merentap nyawanya,
terdapatsepuluh malaikat yang memegang leher dan kakibaginda dan tiga puluh malaikat
yang lain memegangtangan baginda. Ada lagi malaikat yang mencurahkan tembaga panas
yang telah hancur ke dalam mulutnya. Walaupun baginda merayu supaya malaikat-malaikat
tidak menyakiti baginda, namun mereka menjawab inilah balasan terhadap mereka yang
mengingkar terhadap perintah tuhan. Menurut Raja Jumjumah lagi, tidak adaseorang pun
yang dapat membantu baginda ketika tersebut, baik handai taulan atau rakyatnya yang penuh
setia ketika beginda menjadi pemerintah dahulu. Nabi Isa bertanya apakah keadaannya pula
ketika nyawa bercerai dari tubuh. Menurut Raja Jumjumah, sakitnya sangat dahsyat sehingga
tidak dapat dinyatakan bagaimana. Setelah nyawa berpisah daripada tubuhnya, jasadnya
dicampakkan ke dalam api yang menjulang-julang. Di dalam kubur, baginda disoal dengan
malaikat Mungkar dan Nangkir, yang wajahnya seperti harimau yang ingin
menerkam ,dengan mulutnya penuh api. Kedua-dua Malaikat tersebut mengemukakan
beberapa soalan kepada raja Jumjumah, seperti siapa tuhanmu, siapa nabimu. Oleh kerana
pertanyaan tersebut tidak dijawab dengan betul, Raja Jumjumah disiksa lagi dengan dihimpit
oleh bumi sehingga habis remuk kesemua tulang-temulangnya. Raja Jumjumah kemudiannya
ditarik oleh Malaikat untuk dibawa ke tempat penyiksaan manusia yang tidak mengikut
perintah Allah semasa di dunia. Baginda dibawa ke neraka yang dijaga oleh malaikat yang
sangat hitam dan besar tubuhnya seperti gunung di Syam. Malaikat inilah yang sentiasa
meniup api neraka dan mengenakan rantai dan belenggu kepada sesiapa yang berbuat derhaka
kepada Allah.

Di neraka terdapat tujuh peringkat dan ada tujuh puluhleburan api di dalamnya. Setiap
leburan mempunyai tujuh puluh ribu kampung daripada api yangbernyala-nyala. Daripada
satu kampung terdapat tujuh puluh ribu telaga, di dalam sebuah telaga terdapat tujuh puluh
ribu keranda api. Di dalam satu keranda terdapat tujuh puluh ribu ular berang yang sangat
besar dan panjang dan tersangat bisa. Melihat penyiksaan dan menderita sendiri akan
penyiksaan di dalam neraka menyebabkan Raja Jumjumah memohon keampunan dengan
sesungguhnya kepada Allah SWT. Dengan keampunan dan kurniaan Allah, Raja Jumjumah
dikeluarkan daripada neraka dan dicampakkan ke dunia berupa tengkorak, supaya khabar
tentang neraka dapat disebarkan kepada manusia di dunia. Raja Jumjumah telah meminta
Nabi Isa melaluimukjizatnya supaya dapat menghidupkannya semula di dalam dunia dan
berbuat taat kepada Allah S.W.T serta meminta keampunan daripada Allah akan semua
dosanya. Selepas itu baginda telah pulang semula ke negeri Syam.

Baginda berjumpa dengan orang-orang besar dan hamba rakyatnya menceritakan bagaimana
beliau disiksa di dalam neraka dan diceritakan segaala penyiksaan yang akan diterima oleh
para penderhaka kepada hukum dan perintah Allah SWT. Jumjumah tidak lagi mahu menjadi
pemerintah, malahan beliau hidup dalam kebaktiannya kepada Allah sehingga beliau mati.
Ada setengah pendapat mengatakan beliau hidup kembali di dunia selama 8 tahun, ada yang
kata 40 tahun dan ada yang berpendapat hanya 40 hari sahaja.

Anda mungkin juga menyukai