Anda di halaman 1dari 3

KURSUS

SKMM 2043 SASTERA HIKAYAT


SEMESTER 1 2020/2021

TAJUK TUGASAN
HIKAYAT RAJA KHANDAK

PENSYARAH
DR. YUSMILAYATI YUNOS
DR. ZUBIR IDRIS

NAMA PELAJAR
MUHAMMAD HAQIEM BIN KARIM (A179801)
Raja Khandak adalah merupakan seorang raja yang sangat besar, dia bersaudara
dengan Raja Kaskin. Keduanya adalah anak Nabi Sulaiman. Setelah ayahnya wafat, mereka
menjadi kafir. Raja Khandak mempunayi dua orang anak, yaitu Raja Badar dan Putri Zalzali.
Raja Khandak dan raja Badar mahu menyerang negeri Makkah dan juga Madinah, kerana
Nabi Muhammad s.a.w. telah memusnahkan berhala pujaan mereka. Mereka berdua
menghimpunkan seluruh rakyatnya untuk menyerang Kaabah. Sementara itu, Allah telah
mengutuskan malaikat Jibril untuk memberitahu kepada Nabi bahawa musuh akan datang
dan sekaligus memberi bantuan kepada Nabi sebanyak tujuh puluh ribu malaikat.

Nabi menyampaikan berita dari Allah itu kepada Ali agar dia bersiap sedia untuk menghadapi
peperangan. Ali sangat berasa sangat gembira, lalu bertempik tiga kali. Tempiknya terdengar
oleh Raja Khandak dan tenteranya. Mereka menyangka malaikat Israfil telah meniup
sangkala, tanda dunia akan kiamat. Hal ini telah membuatkan mereka berasa panik sehingga
mengorbankan sebanyak tiga ribu orang tentera kafir. Ali dengan tentaranya sebanyak tiga
laksa empat ribu orang dan empat orang hulubalang iaitu Abubakar, Umar, Usman dan Ali
berangkat menuju Padang Hunain. Dengan bantuan Allah, perjalanan sebulan itu dapat
ditempuh hanya selama tujuh hari. Pertempuran diantara Ali dan Raja Badar berlangsung
dengan kekuatan yang sama, tetapi Ali berhasil mengalahkan Raja Badar. Raja Khandak
kemudian menuntut kekalahan Raja Badar. Dengan berkat bantuan Jibrail, Ali berhasil
mengalahkan Raja Khandak dan Raja Khandak kemudiannya mendapat bantuan daripada
Raja Kaskin. Raja Kaskin merupakan seorang raja yang tidak dapat tdikalahkan oleh sesiapa
pun. Oleh sebab itu, Allah telah mengirimkan malaikat Israil iaitu malaikat pencabut nyawa
untuk mencabut nyawa Raja Kaskin. Dalam pertempuran antara Ali dan Khandak ini, Ali
yang berjaya dapat menewaskan Raja Khandak dan Raja Badar.

Atas perintah Nabi, Ali telah menuju ke istana Raja Badar dan Raja Khandak untuk menjarah
harta bendanya. Putri Zalzali bersama hulubalang Jabal Kaf telah melarikan diri ke Bukit Kaf
dan bersekutu dengan Raka Sarasyil untuk menyerang Ali. Qabil Syah yang merupakan
utusan Raja Sarasyil telah menemui Ali untuk melaporkan hal itu. Selain itu, jin Islam juga
melaporkan pada Ali agar bersiap sedia untuk melawan jin Ifrit. Sebelum Raja Ifrit menemui
Ali, beliau telah berselisih dengan anaknya, iaitu Gergasi Peri, yang telah masuk Islam.
Perselisihan antara ayah dan anak menimbulkan peperangan yang sangat sengit kerana jin
Ifrit itu telah mendapat bantuan daripada Zalzali dan Sarasyil, sedangkan Gergasi Peri
dibantu oleh Qabil Syah, jin Islam dan Ali. Sementara itu, Allah telah menurunkan firman,
firman Allah kepada Nabi agar menyusul Ali ke bukit Kaf. Atas bantuan Umar yang datang
bersama Nabi, Ali berhasil membunuh Raja Sarasyil dan Raja Ifrit. Kemudian, Putri Zalzali
meminta suaka kepada Raja Peringgi di bawah Bukit Kaf. Dalam peperangan antara Ali-
Peringgi yang berlangsung tujuh hari tujuh malam, Ali telah behasil membunuh Raja
Peringgi.

Semangat perang Ali sangat luar biasa, diaseperti kerasukan semasa di dalam peperangan.
Semua tentera kafir telah habis dibunuhnya. Yang hidup berlari kucar kacir masuk ke dalam
Kulzum dan Ali pun terbawa ke sana. Ali baru sedar ketika Jibrail datang menyapu muka Ali
dengan sayapnya oleh Jibrail, Ali dibawa ke hadapan Rasulullah. Selanjutnya, para mukmin
dan muslim yang sahid di Padang Hunain dihidupkan kembali oleh Ali.

Anda mungkin juga menyukai