Anda di halaman 1dari 2

PERANAN ADAT DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU

Muhammad Haqiem Bin Karim (A179801)

Adat merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Adat
merupakan satu peraturan ataupun cara hidup yang diamalkan sejak dahulu lagi dalam
sesebuah masyarakat, sehingga telah menjadi peraturan yang harus dipatuhi. Masyarakat
Melayu sangat mementingkan adat dalam kehidupan mereka, hal ini dikatakan bahawa
kerana adat yang diamalkan oleh mereka akan melambangkan identiti sebenar masyarakat
Melayu. Namun begitu, terdapat beberapa peranan adat dalam kehidupan Meelayu yang
menyebabkan masyarakat moden masih mengamalkannya.

Adat memainkan peranan seseorang itu apabila bercakap ataupun berhadapan dengan orang
yang lebih tua. Apabila berhadapan atau bercakap dengan orang tua mestilah menggunakan
bahasa yang sesuai penuh berbudi dan menghormati orang tersebut kerana dalam islam juga
diajar supaya sentiasa menghormati dan bercakap sopan kepada golongan muda mahupun
tua. Selain itu, adat juga memainkan peranan dalam perkahwinan juga. Ini adalah kerana,
dalam majlis perkahwinan ataupun pertunangan adat masih dikekalkan sebagai simbolik
masyarkat Melayu. Contohnya, seperti tepak sirih, sirih junjung dan jambangan bunga yang
merupakan simbolik perkahwinan adat Melayu. Kemudian, apabila majlis perkahwinan akan
berlangsung maka kenduri dan gotong royang diadakan ataupun dipanggil rewang oleh orang
Johor. Secara tidak langsung, hubungan silaturrahim dapat dieratkan apabila mereka saling
membantu meringankan antara satu sama lain. Oleh itu, adat sangat memainkan peranan
dalam masyarakat Melayu.

Di samping itu, apabila masyarakat Melayu mengadakan romobongan bertunang maka ia


juga merupakan salah satu adat masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu, sebelum
berlangsungnya majlis perkahwinan akan diadakan dulu majlis pertunangan iaitu dengan
rombongan bakal pengantin lelaki mengunjungi rumah bakal pengantin perempuan. Namun
sepanjang majlis pertunangan berlangsung, terdapat pelbagai adat dan peraturan yang harus
dilakukan. Contohnya, seperti adab tingkah laku harus dijaga, bercakap mestilah bersopan
santun menghormati orang lain dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Penyambut
tetamu juga haruslah melayan tetamu yang hadir pada masa itu dengan memberikan jamuan
sebagai tanda terima kasih dan juga sebagai tanda penghormatan.
Kesimpulannya, adat memainkan peranan dalam kehidupan masyarakat Melayu untuk
melambangkan identiti dan budaya kepada Masyarakat Melayu sendiri. Maka, adat adalah
sangat penting dalam membentuk sesebuah masyarakat dalam melahirkan golongan yang
mempunyai nilai kesantunan yang tinggi serta budi bahasa yang baik.

Anda mungkin juga menyukai