Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Dalam maysarakat Melayu, kepentingan adat sangat diutamakan dalam


kehidupan mereka. Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang
tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Adat akan
memainkan peranan dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis tersebut.
Perkahwinan bermaksud menyatukan hubungan antara lelaki dan perempuan dalam
satu ikatan yang sah.

Adat perkahwinan Melayu merupakan suatu adat yang begitu unik dalam masyarakat
Melayu. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam, adat perkahwinan
Melayu , kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu,
adat perkahwinan Melayu begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan
itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang
paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak
semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar. Sejurus itu perkara
pokok yang  diketengahkan untuk perlu diketahui oleh jenerasi sekarang  adalah melibatkan
pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan melayu kepada masyarakat,
mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu dan memelihara warisan nenek
moyang ini tak luput ditelan zaman.

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat akan dilakukan seperti


merisik, meminang, bertunang, bersanding dan sebagainya. Selain itu, perkahwinan
masyarakat Melayu juga akan diselitkan beberapa aktiviti hiburan untuk para tetamu.
Berikut adalah peringkat adat perkahwinan Melayu yang masih diamalkan sehingga kini.

1
ADAT MERISIK (MENENGOK)

Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.


Pertama sekali adalah peringkat merisik . Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok.
Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang
melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan
tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara. Sebagaimana ungkapan
dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapanya terlebih dahulu.
Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih
dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuan adat ini dilakukan
adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum
berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di
samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini
akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.
Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik
kedua belah pihak.
Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum
menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar
belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan
bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil
menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara
menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah

2
si dara. Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untuk menyampaikan maksud
kedatangan pihak teruna, dan pantun untuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap
mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan kehendak hati untuk “memetik bunga yang
sedang menguntum” apabila si dara belum memiliki pasangan.
 
Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh
pihak keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna.  Antara contoh
pantunnya berbunyi seperti berikut :-

Dari Pauh singgah Permatang


Singgah merapat papan kemudi
Dari jauh saya datang
Karena tuan yang baik budi
 
Kalau gugur buah setandan
Sampai ke tanah baru tergolek
Kami bersyukur kepada Tuhan
Datang kami disambut baik
 
Antara pantun yang diungkapkan sebagai membalas pantun dari pihak lelaki adalah
seperti berikut :
 
Malam-malam pasang pelita
Pelita dipasang atas peti
Kalau sudah bagai dikata
Sila terangkan hajat di hati
 
Tidak pernah rotan merentang
Kayu cendana dijilat api
Tidak pernah tuan bertandang
Tentu ada maksud di hati
 
Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun yang
menyiratkan kehendak untuk ”memetik bunga di taman”.
 
Daun raya di atas bukit

3
Tempat raja menanam pala
Harap kami bukan sedikit
Sebanyak rambut di atas kepala
 
Sudah lama kami ke tasik
Tali perahu terap belaka
Sudah lama kami merisik
Baru kini bertatap muka
 
Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi
kehendak pihak lelaki sebagai tanda setuju dari pihak perempuan. Sesudah berpantun wakil
lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa “CINCIN BELAH ROTAN” dan
jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh peminangan. Walau bagaimanapun
adat merisik jarang dilakukan pada zaman ini kerana pasangan tersebut telah berkenalan
terlebih dahulu. Bagi tujuan untuk menjimatkan kos dan masa, adat berikut menjadi pilihan.

ADAT BERPANTUN

Pantun lazimnya digunakan untuk menyampaikan hasrat rombongan ketika


majlis peminangan  dan perkahwinan. Ini bertepatan dengan sikap masyarakat  Melayu yang
penuh dengan adab ketimuran. Melalui tradisi berpantun ini, warisan turun-temurun dapat
dikekalkan dan ia juga merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kreativiti masyarakat
Melayu. Antara perkara-perkara yang wajar diambil kira mengenai pantun yang hendak
disampaikan adalah keunikan bahasanya, aspek estetika dan etikanya, nilai, pemikiran dan
falsafahnya, jati diri dan pandangan serta persepsi dan akal budi.

4
ADAT MERASI

  Merasi adalah merupakan salah satu cabang menilik nasib. Ianya diamalkan oleh orang
zaman dahulu. Adat ini memerlukan bantuan bomoh atau pawang kerana golongan ini
merupakan golongan yang sangat dipercayai oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Walau
bagaimanapun, adat ini sudah dilupakan pada zaman sekarang kerana berkurangnya bomoh dan pawang
yang diperc ayai pandai dalam upacara merasi ini dan masyarakat Melayu kini juga sudah tidak lagi percaya
kepada bomoh dan pawang.
 

ADAT MEMINANG (HANTAR TANDA)

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan
menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Wakil dari pihak lelaki yang
biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk
mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara
tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang
kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil
bertangguh. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat
berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.

Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak
tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa
setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang
ditetapkan. Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai

5
seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua
yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada
pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan
hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Perbincangan tarikh yang sesuai juga akan
ditentukan untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat
dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak
perempuan. Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud
pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.
 

ADAT BERTUNANG

Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akn diadakan. Penghantaran tanda


daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara
bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki
dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat
lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki
tersebut.
Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut
diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan
yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan
cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima
pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan
dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak
lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang.

6
Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal
dan kuih-muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh


pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak
perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan.
Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan
hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu
dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak
lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan
atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan
tersebut.
 

ADAT BERINAI

Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3


peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan
memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan.
Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu
pada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara
kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar.

7
i) BERINAI CURI

Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan
tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan
didudukkan di atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan
hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja.

ii) BERINAI KECIL

Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia dilakukan
selepas hari berinai curi. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin.
Adat ini diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan
sahabat handai.

iii) BERINAI BESAR

Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad
nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin. Pada majlis
tersebut, pengantin lelaki akan diinaikan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti pengantin
perempuan. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki
termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari
kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Istiadat berinai
besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin untuk membuang sedikit nasi kunyit
pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai
daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan
untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan
mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada
daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan
pengantin lelaki. Daun sirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin.
Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan
menaikkannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan
istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan
mereka haruslah merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.

8
Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat
ini dengan cara yang sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini,
seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa
selamat. Pengantin lelaki kemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin
perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat
ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi.

BERANDAM DAN BERASAH GIGI

Adat ini akan dilakukan sebelum upacara akad nikah berlangsung. Tujuan adat ini
dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi seri pengantin perempuan itu. Oleh itu, rambut
dibahagian dahi dan juga bulu kening pengantin perempuan akan dipepat oleh mak pengantin
(tukang solek). Selain itu, gigi pengantin akan diasah dan dikilap supaya menjadi rata serta
berkilat. Selepas berandam ,pengantin perempuan akan dimandikan dengan air sintok-limau
bagi membuang nasib malang yang terdapat pada pengantin tersebut. Manakala sebelum tidur
pula, pengantin perempuan akan dipakaikan inai di setiap jari tangan dan juga kaki sebagai
menampakan lagi keserian pengantin tersebut.

9
MAS KAHWIN DAN HANTARAN

M e n g i k u t m

sebagai tanda penghargaannya. Walau bagaimanapun, mas kahwin berbeza di antara satu
negeri dengan negeri yang lain. Namun tidak semuanya mas kahwin berupakan wang. Ada juga
yang memilih untuk memberikan Al-Quran dan barang kemas untuk dijadikan mas kahwin.
Ini semua mengikut kemampuan seseorang. Biasanya, walaupun menerima mas kahwin dalam
bentuk wang, isteri tetap akan membelikan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan seumur
hidup.

Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas kahwin telah


ditetapkan mengikut negeri tetapi hantaran pula terpulang kepada persetujuan kedua-dua
belah pihak pengantin. Kebiasaannya jumlah hantaran dihantar dengan nombor yang
ganjil seperti lima, tujuh, sembilan dan sebelas. Jumlah hantaran daripada pihak pengantin
lelaki adalah lebih kecil daripada jumlah hantaran pengantin perempuan. contohnya, jika pihak
pengantin lelaki menghantar hantaran sebanyak tujuh dulang hantaran maka pihak pengantin
perempuan akan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran.

AKAD NIKAH
10
Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia
bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan
sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada
pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain
sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin
perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa
pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun,
dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari
sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan
baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan.
Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau
pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-
lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.

Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis.
Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan
samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan
khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain
hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan
membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki

11
dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah
berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ..
(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima
nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz
tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan
mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas
itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air
sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya
yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan
sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar.
Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit,
sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil
kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai
dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di
hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin.

Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang
menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.
 

12
MAJLIS PERKAHWINAN (BERSANDING)

Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan


termasuklah mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik
pengantin serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari
langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari
inilah pengantin digelar raja sehari.

Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara,
jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian
pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin
perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak
andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri
muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh.

Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya
kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi.
Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini.

Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga
manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan
rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan
akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan
dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan.

13
Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah
pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat
bersanding pula.

Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan


tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu
wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan
bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah
bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para
tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.

ADAT MAKAN BERADAB

Istiadat ini atau juga dikenali sebagai makan berdamai diadakan selepas persandingan.
Pengantin lelaki akan ditemani oleh pengiringnya manakala mak andam akan menemani
pengantin perempuan. Turut memenuhi meja makan beradab ini termasuklah keluarga terdekat
pihak lelaki. Bacaan doa selamat diadakan untuk memohon agar kedua-dua mempelai sentiasa
selamat daripada malapetaka dan kekal bersama hingga ke anak cucu, Usik mengusik dan
gelak ketawa memeriahkan lagi suasana. Biasanya, waktu makan beradab, pengantin telah
makan. Namun, kedua-dua pengantin akan saling melayan atas panduan mak andam dan
pengiring pengantin lelaki. Jika adapun, ia sekadar membuat syarat. Menu hidangan untuk
makan beradab pengantin ialah berbeza dengan hidangan buat para jemputan. Ia dimasak
khas dan digubah cantik bagi membezakan meja makan beradab dengan meja para jemputan.

14
 HIBURAN DALAM PERKAHWINAN

Dalam majlis perkahwinan, hiburan akan diadakan bagi menghiburkan pasangan


pengantin mahupun masyarakat setempat. Hiburan ini diadakan bagi hiburkan hati pengantin
yang gemuruh menghadapi alam perkahwinan dan juga bagi menghilangkan penat masyarakat
setempat yang telah bergotong-royong dalam melancaran majlis perkahwinan  seperti
makanan, membasuh pinggan dan sebagainya serta memeriahkan lagi majlis tersebut. Antara
hiburan yang diadakan adalah zapin, ghazal, kuda kepang, dikir barat dan sebagai.

ADAT MANDI LIMAU ( MANDI SAMPAT )

Upacara mandi limau atau mandi sampat ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin
telah selamat bersatu sebagai suami isteri yang sah. Adat ini dilakukan pada awal pagi selepas
malam bersatu pengantin tersebut. Di sesetengah tempat, upacara mandi limau atau mandi
sampat diadakan dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan. Adat ini  hanya
melibatkan sanak saudara sahaja.  Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan
dengan air mayang pinang, air kelapa dan air limau.
15
Emak pengantin akan memastikan keperawanan pengantin perempuan tersebut melalui
pengantin lelaki yang di bekalkan dengan sehelai sapu tangan putih. Sapu tangan tersebut
akan ditunjukan kepada kedua-dua keluarga terutama keluarga lelaki. Setelah memastikan
keperawanan pengantin tersebut, adat mandi limau dilakukan dengan memercikkan air sintok
dan limau purut kepada kedua-dua pengantin tersebut. Selepas selesainya upacara
tersebut, kedua-dua pengantin dibawa masuk ke bilik dan memegang salah satu hujung sapu
tangan . Sarung yang digunakan dalam istiadat mandi akan diberikan kepada emak pengantin
bukan sahaja sebagai hadiah tetapi untuk tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin
diingat tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut.

Manakala di luar, sekalian hadirin yang ada akan menyiram air  tersebut sesama
mereka sambil bersuka ria. Air yang digunakan untuk upacara inidisediakan dalam pelbagai
warna bagi menambah kecantikannya dan ianya juga dianggap sakral bagi masyarakat Melayu.

ADAT BERTANDANG ( ADAT MENYAMBUT MENANTU)

Dalam istiadat bertandang atau adat menyambut menantu, pengantin lelaki terpaksa menunggu
tiga malam di rumah pengantin perempuan sebelum upacara menjemput. Tetapi, lantaran
tuntutan masa dan tanggungjawab, adat ini dicepatkan. Biasanya, selepas sehari persandingan
berlangsung, pihak lelaki akan menjemput pihak perempuan pergi bersama-sama dengan
mereka ke rumah pengantin lelaki. Kenduri ini dipanggil 'mengambil makan'. Ketika ini, kedua
mempelai akan menjalani aturcara majlis sebagai mana majlis dijalankan di rumah pengantin
perempuan. Walaubagaimanapun, sebelum bertolak ke rumah pengantin lelaki, istiadat
menyembah akan diadakan iaitu kedua mempelai akan menyembah ibu bapa dan kaum
keluarga. Rombongan ke rumah pihak lelaki akan disertai oleh beberapa pengiring sebelah

16
pihak perempuan. Di rumah pengantin lelaki, pihak perempuan akan ditemani dua orang
perempuan separuh umur yang dipanggil peneman agar pengantin perempuan tidak
keseorangan bersama orang yang belum dikenalinya.
 
Ada juga yang menjalankan majlis bertandang dengan mengadakan doa selamat yang
dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung. Tujuannya untuk merapatkan hubungan
silaturrahim antara keluarga. 

PANTANG LARANGAN SEORANG PENGANTIN

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat
bakal pengantin itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah
menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Antara
pantang larang yang sentiasa dilakukan dalam masyarakat Melayu adalah pengantin
perempaun dilarang keluar bersama pasangannya selama 40 hari sebelum diijabkabulkan.
Pantang larangan ini dilakukan untuk mengelakkan daripada tohmah masyarakat sekeliling
dan juga untuk mengawal nafsu pasangan pengantin tersebut. selain itu, akan menimbulkan
perasaan rindu dendam dalam diri masing-masing. Bagi masyarakat Melayu, rindu yang timbul
akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri seperti biasa. Pantang larang yang dilakukan
dalam masyarakat Melayu mempunyai tujuan yang tersendiri terutama menjaga maruah bakal
pengantin dan juga ahli keluarga. Terdapat juga pantang larang lain yang dilakukan iaitu jangan
tidur di rumah orang kerana takut dikena ilmu dan juga disantau dan sebaganya. Hal ini
sedemikian menunjukan bahawa masyarakat Melayu kaya dengan adat dan juga pantang
larang.

Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau oleh
mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa
bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin
terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga
dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai,
kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-

17
angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan
jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar
pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian
yang tidak baik.

KESIMPULAN

Masyarakat
Melayu begitu berpegang
teguh dengan adat resam
kerana ia dipercayai
mempunyai kesan
dalam kehidupan.
Bagi masyarakat
Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat
perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang
paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak
semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar. Ramai yang kurang
tahu mengenai adat-adat yang dinyatakan di atas terutamanya dari golongan para beliawan dan
beliawati. Adalah elok adat resam ini tetap dikekalkan dan diketahui oleh mereka.

RUJUKAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam_kahwin_Melayu#Berinai
18
http://www.ashtech.com.my/adat/berinai.html
http://www.pengantin.com.my/
http://malaysiana.pnm.my/01/01010205mel_berinai.htm
1989. Amran Kasimin. Adat Perkahwinan Melayu. DewanBahasa Dan Pustaka 2002.
2001. Drs. A. Munir, Drs. Sudarsono, S.H.M.Si. Dasar – dasar Agama Islam. PT Rineka
Cipta 2001.

19

Anda mungkin juga menyukai