Anda di halaman 1dari 14

PANDUAN JADI WAKIL MEMINANG BAGI PIHAK LELAKI

Yana & Lan engagement


Originally uploaded by sabariah.noor.

Bukan nak tunjuk handal tetapi cuma nak memastikan sebuah majlis yang cantik dari sudut visual, adab
dan seni katanya. E-mel 12 rangkap pantun yang bakal digunakan kepada pihak wanita agar ianya bukan
kejutan. Biar mereka sedia jawapan. Bila sulaman kata-kata prosa dan pantun itu lebih macam duet
berbanding saingan, majlis akan lebih berseri.

1. Kenalkan Diri
Sebiji kuini setangkai pauh
Dibeli orang dari Dengkil
Rombongan ini datangnya jauh
Saya diminta menjadi wakil

Sutera cina dilukis orang


Dilukis cantik dengan dakwat
Laut Cina kami seberang
Sampai di sini membawa hajat

2. Bertanya status
Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah.

Besi sauh ditarik nyonya


Ditarik mari bersama kawan
Sebelum jauh, saya bertanya
Bunga di taman sudah bertuan?

3. Nyatakan hajat
Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis, dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Anak murid rajin bertanya


Guru pula memberi jawapan
Kalau sugguh belum berpunya
Jika sudi hendak berbesan
4. Cadangan/ Usul
Beratur landak mencari makan
Pohon pegaga di depan pintu
Masjid hendak kami dirikan
Dua keluarga hendak disatu

Susun di dinding kertas kajang


Kajang disampul lalu diikat
Hendak dirunding tidak panjang
Elok disimpul lalu diikat

5. Penutup
Orang membelat di tepi pantai,
banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.

Renang lentang renang tiarap


Terbang menyusur terbang naik
Kita berdoa kita berharap
Mulanya baik akhirnya pun baik

6. Terimakasih
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke hulu
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik sebut dahulu

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan di dalam peti
Jika ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

Kalian boleh gunakan pantun-pantun di atas. Bukan aku cipta asli pun. Kereta German Engineering pun
orang ubahsuai, inikan pula pantun.
MEMINANG & BERTUNANG
Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki
yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki
tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa
kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak
yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk
memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan
ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah
bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan
budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan
menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam
kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan
apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu
dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu,
pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang
mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada
pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin
dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih
untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat
dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada
pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud
pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian,
maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan
dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara
tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh
lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin
berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki
tersebut.
Namun begitu, bagi masyarakat Melayu,
selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang,
selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih
junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas
oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran
yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh
pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki
memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang.
Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu,
capal dan kuih-muih.
Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan
oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta
semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan
oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima
umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran
yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau
harganya.

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan
yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :

• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka
masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin
kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan
ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka.
Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua
anak itu berkahwin.
• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah
meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran
tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.
Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang masih
belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini
dipanggil langkah bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis rupawan
tidak mempunyai kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu
samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan
memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis
rupawan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja
turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang
menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya
beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

*PERTUNANGAN DI SISI SYARAK*


Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara
langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di
atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

*PERTUNANGAN DI SISI ADAT*


Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak
perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan
disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh
ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan
hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri
dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas
kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.
Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia
(mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah
ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian
cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu
diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda
pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.
HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat
saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara
keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat)
oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN
Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua pihak yang
bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan)
mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka
tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.

Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat
mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina ketika ini.
Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan
yang terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam
pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal
dibina..Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang
benar..

'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'


DOA MAJLIS PERTUNANGAN
Posted on December 18, 2013 by zmd94

13 Votes

Allah berfirman:

ِ ‫سيَ ْد ُخلُونَََ َج َهنَّ َمََد‬


ََ‫َاخ ِرين‬ َ َ‫ست َ ْكبِ ُرونَََع َْنََ ِعبَا َدتِي‬ ْ َ ‫ََربُّ ُك ُمََا ْدعُونِيَأ‬
ْ َ‫ستَ ِج ْبََلَ ُك ْمََإِنَََّالَّذِينَََي‬ َ ‫َوقَا َل‬
Maksudnya: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya
orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam
dalam keadaan hina dina”.
Contoh Doa Majlis Pertunangan:
Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan
kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kami memohon
kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan
diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah.

Ya Allah, sumber segala barakah, curahkanlah berkat-Mu atas lambang cinta ini dan bimbinglah
kedua saudara kami dalam masa pertunangannya. Semoga mereka mencari kehendak-Mu dengan
hati yang ikhlas dan mengalami kebaikan-Mu yang berlimpah. Ya Allah Ya Tuhan Kami, karena
ehsan-Mu, dua pasangan muda ini dapat saling bertemu. Kini mereka memohon rahmat-Mu
untuk memasuki masa pertunangan dan mempersiapkan diri untuk gerbang perkahwinan. Kami
mohon, kuatkanlah mereka dengan berkat-Mu yang melimpah.

Perkenanlah memberkati kedua saudara kami ini. Semoga oleh masa pertunangan suci ini,
mereka kian hari kian saling menghargai, dan saling mengasihi dengan kasih sejatii, saling
belajar mengenal, dijauhkan dari hawa nafsu tak teratur, sehingga terlaksanalah pembangunan
peribadi yang saling mengisi, saling melengkapi satu sama lain; apalagi semoga tercapailah cita-
cita mereka membangun keluarga yang bahagia.

Kami memuji Engkau, ya Tuhan, sebab dengan pengharapan yang lembut Engkau
menggerakkan hati dan menyiapkan putera-Mu … (Nama) dan puteri-Mu … (Nama) untuk
saling mencintai. Kami mohon, sudilah menguatkan hati mereka, agar mereka menjalani masa
pertunangan ini dengan bertumpu pada iman, dan dalam segala hal berusaha berkenan kepada-
Mu, sehingga dengan aman sentiasa akhirnya sampai pada gerbang perkahwinan.

TAJUK 4:MERISIK DAN MEMINANG MERISIK DAN MEMINANG Merisik : Merisik merupakan
langkah pertama untuk mendirikan rumahtangga. Amalan ini menjadi kebiasan bagi pihak lelaki yang
berkenan kepada seseoang perempuan untuk dijadikan teman hidupnya. Walaupun begitu tidak salah
sekiranya pihak perempuan merisik lelaki yang menjadi pilhannya. Amalan ini biasanya dilakukan
sendiri oleh ayah atau ibu pihak lelaki atau menghantar wakil berkunjung ke rumah keluarga
perempuan yang menjadi pilihan pihak lelaki.Tujuannya ialah hendak bertanya-tanya perihal anak
perempuan keluaraga tersebut sama ada sudah dipinang orang atau belum,serta menyatakan hajat
pihak lelaki untuk melamarnya. Sekiranya risikan itu mendapat jawapan yan positif,maka pihak lelaki
boleh membuat keputusan sama ada hendak meneruskan hasratnya atau membatalkannya. Meminang:
Jika ia memilih untuk meneruskan hasratnya, maka mulalah langkah kedua untuk mendirikan
rumahtangga. Meminang dengan maksud menyatakan hasrat untuk menjadikan anak perempuan
pihak yang dirisik sebagai bakal isteri dan hasrat ini sama ada diterima atau ditolak oleh keluarga
pihak perempuan,walaupun pada kebiasaannya kemungkinan diterima lebih banyak daripada ditolak.
Dalam adat meminang biasanya pihak lelaki akan membawa sesuatu hadiah dan barang yang boleh
dijadikan tanda pertunangan,seperti cincin pertunangan. Dengan kata2 lain cincin itu menjadi tanda
bahawa anak perempuan keluaraga tertentu telah pun diikat janji untuk dinikahkan dengan lelaki
tersebut pada tempoh yang dipersetujui bersama antara pihak lelaki dan perempuan. Perkara yang
dibincangkan dalm merisik: 1)pengenalan keluaraga lelaki dan perempuan 2)pengenalan anak lelaki
dan perempuan 3)menyatakan hasrat merisik 4)Persefahaman antara kedua-dua belah pihak
5)Menerima atau menolak hasrat pihak lelaki Perkara yang dibicangkan dalam meminang
1)memperjelaskan hasrat dlm risikan dan persetujuan pihak perempuan menerima pihak lelaki
2)membaca khutbah meminang 3)melakukan pinangan iaitu menyatakn hasrat oleh pihak lelaki dan
penerimaan oleh pihak perempuan 4)memberi hadiah atau tanda pertunangan 5)membincangkan
perkara2 yang berkaitan dengan akd nikah dan majlis walimatul urus seperti: a) tempoh bertunang b)
batas perhubungan anak lelaki dan perempuan c) mas kahwin dan hantaran d) akad nikah e) walimatul
urus f) perkara2 adat istiadat yang tidak bertentangan dengan syarak Hukum meminang Harus iaitu
meminang gadis atau janda yang sudah habis edahnya atau yang telah ditalak tiga edah bain,edah
wafat atau wathi syubhah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:235 Erti: Dan tidak ada salahnya
bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan(secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang
kematianَsuamiَdanَmasihَdalamَedah)َHaramَiaituَmeminangَjandaَyangَdalamَedahَraj’iyah,danَ
haram juga meminang perempuan yang masih dalam pinangan orang lain kecuali telah nyata pinangan
itu ditolak atau telah diputuskan. Riwayat Ahmad dan Muslim: Orang mukmin saudara orang mukmin
maka tiada halal bagi seorang mukmin meminang seorang yang sudah dipinang oleh saudaranya
sehingga nyata permintaannya itu tidak diterima.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

PERBINCANGAN SEMASA MAJLIS PERTUNANGAN: APA YG PATUT


KITA TAHU
Berikut adalah sedikit pengalaman dalam menghadiri dan mengendalikan majlis pertunangan yang
boleh dijadikan panduan oleh pasangan, ibu bapa dan juga jurucakap bagi pasangan. Hal ini perlu
diketahui oleh pasangan bagi merancang majlis pertunangan terutamanya pada musim cuti sekolah ini
adalah musim orang kenduri kahwin dan juga bertunang.

Pada asasnya, bertunang ialah menyatakan hasrat kepada pihak perempuan keinginan untuk berkahwin.
Namun, ada beberapa adat yang dibincangkan ketika majlis pertunangan. Antaranya:

1- Menentukan kadar wang hantaran atau "belanja hangus"

Ia adalah wang hantaran yang dibawa oleh pengantin lelaki yang biasanya diserahkan kepada keluarga
pengantin perempuan untuk perbelanjaan kenduri. Kadar adalah mengikut tempat dan wanita itu
sendiri. Biasanya antara rm5k- 10k.

2- Menentukan mahar atau atau mas kahwin atau "belanja tubuh"


Wang ini mesti diserahkan kepada pengantin perempuan kerana itu adalah haknya. Kadar adalah
mengikut tempat dan kedudukan wanita itu sendiri. Mengikut Jab Agama Negeri, penetapan ditentukan
berbeza mengikut negeri seperti rm101, rm300, rm1001. Ada yg maharnya hanya sebuah Quran sahaja.

3- Menentukan tempoh pertunangan


Sebaiknya kurang dari setahun. Kalau lebih dari itu, dikhuatiri pasangan berkenaan rasa bosan. Tetapi
sekiranya ada perkara lain yang lebih diutamakan seperti duduk berjauhan yang tidak dapat dielakkan,
maka boleh difikirkan kesesuaian tempoh.

4. Langkah bendul
Kalau perempuan ada kakak yang belum kahwin, pihak lelaki patut bawa apa2 pemberian (mengikut
adat setempat) seperti sepasang persalinan atau cincin atau apa-apa yang sesuai. Walau
bagaimanapun, ia hanyalah adat sahaja.

5- Membawa wang hantaran semasa pertunangan

Tidak perlu membawa wang hantaran kerana kadarnya akan ditentukan dalam majlis pertunangan itu.
Ada juga keadaan kadar wang hantaran yang telah dibincangkan terlebih dahulu sebelum majlis
pertunangan, dan majlis berkenaan hanyalah mengesahkan sahaja kadar yang telah dipersetujui. Ini
lebih manis untuk mengelak tawar menawar dalam majlis pertunangan.
Boleh juga membawa separuh wang hantaran semasa pertunangan, sekiranya dipersetujui.
6- Membawa cincin pertunangan
Biasanya cincin ini tidak mahal iaitu sekitar bawah rm 500.

7- Membawa hadiah
Ini adalah pilihan, bukan kemestian. Contohnya baju, buahan, telekung, perhiasan, apa2 lah.

8- Serba satu
Ada juga sesetengah pihak perempuan minta serba satu selain dari belanja hangus dan mahar. Ia
bermakaud pakaian serba satu dari hujung kaki sampai rambut.
9- Kedua2 pihak boleh juga membuat persefahaman tentang status pemberian dan pertunangan

A- Kalau kegagalan disebabkan kematian - biasanya wang hantaran diberi semula


B- Kalau kegagalan berpunca dari pihak lelaki - biasanya wang hantaran tidak diberi semula
C- Kalau kegagalan berpunca dari pihak perempuan - biasanya wang hantaran diberi semula

10. Ada setengah tempat dipercayai di Pahang, menulis semua butiran perbincangan dan kertas
perjanjian itu diberikan kepada kedua belah pihak.

11. Inilah yang diamalkan oleh orang kebanyakan di Malaysia. Mungkin ada tambahan atau
pengurangan, bergantung kepada adat setempat. Sekiranya ada yang tidak ikut adat ini, tiada
masalah. Sekiranya ada nak mengenakan pelbagai syarat dan belanja perkahwinan yang tinggi,
berpada2 lah.

KESEDERHANAAN ITU PENTING KERANA PERBELANJAAN YG BANYAK DAN BERLEBIHAN DALAM MAJLIS
PERKAHWINAN MUNGKIN MEMBEBANKAN, MALAHAN MEMBAZIR.
PERLU DIFIKIRKAN JUGA PERSEDIAAN SELEPAS KAHWIN.
Elakkan kenduri sehari, berhutang 5 tahun.
Hantaran (jika ada) – berapa dulang hantaran yang kamu beri kepada pihak lelaki serta
dekorasi dulang hantaran.

Pelamin (jika ada) – buat bajet yang minima untuk perbelanjaan pelamin tunang kamu dan pilih
dekorasi yang ringkas supaya orang tidak sangka yang itu majlis pernikahan! Opps!

Jurugambar – jika kamu mempunyai bajet lebih, ambil jurugambar yang berpatutan harga dan
paling penting kualiti gambar itu. Guna peluang ini untuk membuat gambar pra-perkahwinan
untuk menjimatkan bajet kamu.

Baju bertunang – zaman sekarang sudah ringkas, tidak seperti dulu. Jadi tidak salah jika kamu
ingin menempah khas baju untuk majlis tersebut. Pastikan perincian baju tidak terlalu sarat ya!

Menu makanan – sangat penting untuk menetapkan menu makanan pada hari tersebut supaya
sesuai dengan waktu majlis berlangsung.

Solekan dan dandanan – pilih juru solek betul-betul ketika ini supaya kamu boleh
menggunakan khidmatnya lagi untuk majlis seterusnya! Begitu juga dengan dandanan rambut,
lebih elok dan jimat jika menggunakan khidmat juru solek yang pandai mendandan rambut
sekali.

Jemputan – dah nama majlis pertunangan ini majlis kecil-kecilan, maka jemputan yang hadir
juga tidak perlu merangkumi seluruh ahli keluarga mahupun sahabat handai. Cukup dengan
kehadiran teman rapat dan paling penting kaum keluarga yang dekat. Jangan dilupakan wakil
yang akan berucap untuk berunding ketika majlis berjalan.

Warna tema – pemilihan warna tema untuk majlis biarlah bersesuaian dengan keseluruhan dari
baju, pelamin serta hantaran.

EH! mengucapkan selamat bertunang kepada semua yang bakal melangsungkannya nanti.

Anda mungkin juga menyukai