Anda di halaman 1dari 3

(Skrip majlis pertunangan pihak lelaki)

Tanda kita dah tua, selain orang panggil kita pakcik dan suruh ulang cakap
sebab tak beberapa nak dengar, tanda lain kita dah tua adalah bila ahli kelurga
lantik korang jadi juru runding majlis pertunangan. Ha ha!
Mudahkan hidup korang, siapa-siapa yang jadi bidan terjun macam aku, boleh
guna skrip yang aku karangi ini. Aku share secara percuma, tapi nak beli buku
aku dan jadikan hantaran pun boleh juga, Woha!
(((Skrip dan adab majlis pertunangan bagi pihak lelaki.)))
1. Pakai baju biar beradab, baju melayu bersampin pun boleh, pakai baju batik
bersongkokpun boleh. Waktu sampai rumah perempuan, juru pantun elok pegang
hantaran cincin dan mengetuai rombongan perjalanan, nak berselawat pun boleh.
Bidaah hasanah jika ikhlas dibuat tetap dapat pahala.
2. Sampai sana, bersalaman dan tentu mereka jemput masuk, korang pun
duduklah tempat yang dah disediakan.
3. Tuan rumah akan mulakan majlis, mereka mungkin akan bertanya tujuan
datang dalam bentuk pantun, atau kata-kata puitis, bila mereka izinkan pihak
lelaki bercakap, mulakan dengan ucapan pembukaan seperti:
“Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, terima kasih kepada seisi tuan
rumah kerana sudi menyambut kedatangan kami dengan:
Hati Yang Terbuka, Dada Yang Lapang,
Wajah Yang Ceria, Kedatangan Di Raikan.
Alhamdulillah, Syukur pada Allah atas segala nikmat, dapat kita berkumpul di
majlis yang penuh berkat, amin.”
4. Dah habis mukadimah, Boleh mulakan dengan pantun pembuka:
“Dari Terengganu Ke Pantai Barat,
Hendak Menangkap Sekawan Ikan,
Kami Datang Membawa Hajat,
Hendak Menyunting Bunga Di Taman.”
5. Lepas tu taaruf (kenalkan diri):
“Sebelum itu elok saya perkenalkan diri, Saya Muhammad Hamka driver
keretamayat mewakili yang dihormati abang ipar saya encik A dan kekanda yang
saya cintai Puan B bagi pihak anak saudara saya yang bernama (masukan nama
pengantin lelaki)
Al kisahnya sejak beberapa purnama yang lalu, kekanda saya yang dicintai
mengadu bahawa si anak terunanya sedang mabuk dilanda angau asmara, makan
tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah dan dalam mimpi mengigau ngigau
menyebut nama (masukan nama pengantin perempuan)
Jadi tujuan besar kami datang adalah untuk menyambung ikatan silaturahim
antara dua keluarga. Lagipun adalah Sunnah nabi, bertanya dahulu- adakah
(masukan nama pengantin perempuan) sudah berpunya? Jika belum berpunya
saya secara rasmi bagi pihak tuan badan ingin masuk meminang, insyaAllah…”
6. Begitu lebih kurang takruf dan mukadimah pertunangan, bila pihak perempuan
jawab, dan kita anggap mereka sudah terima, maka boleh sediakan pantun
terima:
"Buah kelapa pohonnya condong, baru sekarang hendak berbuah
Sudah lama niat kami kandung, baru sekarang dizinkan Allah."
7. Lepas tu boleh cerita tentang tanda pertunangan.
“Alhamdulillah, pihak kami sangat bersyukur atas penerimaan pihak tuan rumah,
maka pertunangan sudah tentu ada tanda-tandanya,
(sambil hulur cincin, boleh hulur sembahan sirih dengan pantun di bawah)
“Setapak sirih, tanda hati bersih, Seulang pinang, tanda hati sayang
Secalit kapur, tanda hati jujur, sebentuk cincin, tanda pertunangan”
8. Waktu ini biasanya cincin akan di serahkan kepada pihak perempuan belah
sana, bila pihak mereka dah terima cincin, boleh sambung skrip:
“Alhamdulillah, Pinangan sudah diterima, cincin tanda pinangan juga sudah di
terima, maka sudah menjadi adat, setiap pertunangan ada syarat-syaratnya, jadi
kami pihak lelaki nak bertanya tiga soalan.
Bila dimana tempat berhajat
Berapa nilai, hantaran bersyarat?
9. Waktu ini perbualan mungkin akan menjadi tidak formal sebab tak tahu nak
bincang mana dulu? Hantaran ke? Maskahwin ke? Tarikh kahwin bila? Tempat di
mana? Jadi waktu ini follow jer tuan rumah nak bincang mana dulu, jika tuan
rumah banyak diam, boleh pihak lelaki bagi tarikh cadangan dan tempat majlis
bagi pihak lelaki, lepas tu bincang tentang hantaran, waktu itu mungkin dah tak
perlu pantun pantun, follow jer the flow. Sembang santai sahaja. Yang penting:-
10. Pastikan jumlah hantaran(belanja hangus untuk majlis kenduri) dan
maskahwin(khas untuk siteri) di sebut jelas dan Tarikh majlis bagi pihak lelaki
dan perempuan juga di sebut jelas, jika tidak jelas, boleh sebut tempoh
pertunangan dengan jelas.
11. Bab Mahar dan hantaran tu, ada tempat yang gabung sekaligus hantaran dan
maskahwin, jadi follow jer the flow. jika tak de idea boleh minta ibu bapa
pengantin tambah pendapat dan suara masing masing, bagi peluang orang tua-
tua bercakap sama.
12. Hujung majlis boleh serahkan beberapa dulang hantaran iringan sebagai
hadiah sampingan. Atau majlis sarung cincin dari ibu pengantin lelaki ke jari
bakal pengantin perempuan.
13. Ada jugak kes, meraka ajak bincang bab pertunangan separuh jalan, skripnya
lebih kurang:
“Sesunggunya jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sekiranya putus pertunangan
atau jodohnya tidak kesampaian, semoga tali persaudaraan tetap kita kekalkan.
Untuk itu tiada dakwa-dakwi. Segala apa yang diberi dan diterima, diberi dan
diterima dengan ikhlas. Namun begitu marilah kita berdoa agar niat murni kita
diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga jodohnya kekal selamanya”
14. Ok begitulah lebih kurang skrip, awal awal jer nak ikut skrip, bila dah lajak
jalan berbahasa, korang akan selesa sendiri, jika pihak sana banyak berpantun ni
ada beberapa stok pantun untuk di jual beli:
Negeri Terengganu di tepi pantai,
Tempat mandi ikan tembakul,
Yang kita hajat sudah tercapai,
Yang kita doakan sudah terkabul.
Lagi pantun:
Negeri tuan sungguh indah,
Semua cantik tidak terperi,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati
Nak lagi pantun?
Tanam mayat jauh ke tengah,
Batu nisan bercabang dua,
Hancur mayat dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.
Woha!
15. Jadi begitulah lebih kurang adat dan adab dalam majlis merisik dan
bertunang, bagi pihak Clever Girl, hantaran tu jangan tinggi sangat, sebab ada
hadis bagitahu, wanita mulia apabila cepat kahwin, cepat beranak dan murah
mas kahwinnya.
16. Pertunangan itu Sunnah, dan Sunnahnya jangan lama sangat bertunang,
tunang tanda ikat sementara kerana pihak Boboboy ada urusan yang perlu
diselesaikan maka dalam tempoh bertunang tak bolehlah orang lain nak rampas.
17. Dah bertunang juga bukan tiket untuk bebas bercouple, hukum haram tetap
sama macam belum bertunang, jadi jangan hampiri zina.
18. Masa bertunang banyakkan belajar urusan rumah tangga terutama bab bab
agama, sebab perkahwinan ni kita nak bawa sampai ke syurga.
19. Bagi yang belum bertunang, jangan bimbang, teruskan doa dan usaha,
yakinlah bahawa Jodoh akan datang pada kita seperti mana maut akan datang
pada kita, yang mana jika tunggu punya tunggu tapi jodoh tak datang-datang
maka berkahwin lah kita dengan maut.Tapi jangan bimbang, walau belum
bertunang, dan andai kata kita mati dalam keadaan beriman, jodoh kita tetap
setia menanti di syurga, tapi jika kita mati tak beriman, maka membujang lah
kita dalam neraka, walau di dunia punyai banyak kekasih!
20. Okey, tak boleh lama menulis, ramai orang perempuan nak ambik gambar
dengan juru pantun yang hensem giler.
Woha!
Ps: Siapa nak upah juru pantun, pm tepi, ke ke ke ke

Anda mungkin juga menyukai