Anda di halaman 1dari 2

Skrip Majlis Pertunangan Pihak Perempuan

"Assalamualaikum
Bismillahirrahmannirrahim
(Selawat ke atas nabi sallallahu alayhi wassalam)

"Tuan puan yang dirahmati Allah sekaliannya, Saya bagi pihak


tuan rumah dengan rasa berbesar hati mengalu-alukan
kehadiran tuan puan dalam majlis pada hari ini.

"Mari kita mulai majlis dengan Ummul-Kitab, mudah-mudahan


dengan niat kita yang tulus ikhlas semata-mata mengharapkan
keredaan-NYA, majlis ini bakal dilimpahi Barakah, Inayah,
keampunan dan Rahmah Allah SWT... Al-Fatihah...

"Tanpa melengahkan masa lagi, saya mohon keizinan majlis


untuk memimpin maksud perjumpaan kita seterusnya.

"Apa sebenarnya hajat rombongan saudara semua?"

(Ucapan & penerangan drpd wakil pihak lelaki)

"Kami telah bebincang sebulat suara menerima pinangan ini".

(Pihak perempuan pun menerima cincin & sirih junjung drpd


pihak lelaki)

Seterusnya bolehlah berbincang tentang:


1. Menentukan kadar wang hantaran atau "belanja hangus"
2. Menentukan mahar atau atau mas kahwin atau "belanja
tubuh"
3. Menentukan tempoh pertunangan
4. Tarikh cadangan perkahwinan
5. Kedua2 pihak boleh juga membuat persefahaman tentang
status pemberian dan pertunangan.
(Selepas perbincangan selesai, wakil tuan rumah bolehlah
bbuat ucapan penutup)

"Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Ilahi persetujuan telah


kita sepakati. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.

"Terima kasih atas segala-galanya. Allah jua yang membalas


budi baik tuan puan.

"Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Marilah kita


berdoa agar Allah memudahkan segala urusan yang kita atur
sebentar tadi.

"Andainya terdapat keperluan untuk sebarang perubahan, pintu


perbincangan sentiasa terbuka bagi kedua-dua belah pihak.

"Sebagai tanda kesyukuran, marilah kita sama-sama


mengaminkan doa yang akan saya baca agar tujuan kit aini
mendapat keberkatan dan diredhai Allah. (Doa)

"Akhirul-kalam, saya memohon kemaafan tuan puan sekiranya


terdapat apa-apa jua kekurangan bagi pihak diri saya
sepanjang pengendalian majlis. Kita sudahi dengan tasbih
Kifarah dan surah al-Asr.

"Seterusnya tuan puan dijemput menikmati jamuan yang


disediakan.

"Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh

Sekian... Semoga Bermanfaat

Anda mungkin juga menyukai