Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillahirabbil 'alamin wa bihi nasta’in(u)

Wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah Sayyidina Muhammadin(w) Wa ‘ala alihi wasahbihi

Subhanakala ‘ilmalana illa ma 'allamtana Innaka antal ‘alimul-hakim

Tuan puan yang dirahmati Allah sekalian,

Saya wakil bagi pihak tuan rumah yang juga adik saya, En. Sahari bin Hussin berserta
isteri dengan rasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan puan dalam majlis yang
tidak sepertinya ini.

Mari kita mulai majlis dengan Ummul-Kitab, al-Fatihah…

Mudah-mudahan dengan niat kita yang tulus ikhlas semata-mata mengharapkan


Keredaan-Nya, majlis ini bakal dilimpahi Barakah, Inayah, keampunan dan Rahmah-
Nya jua. AAmiin

Tanpa melengahkan masa lagi, saya mohon keizinan majlis untuk memimpin maksud
perjumpaan kita seterusnya.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,


Sebelum pulang mengail ikan;
Kehadian tuan, kami alukan,
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Perahu kolek ke hilir tanjung,


Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai ke mari?

Dipersilakan pihak lelaki mengkhabarkan hajat kedatangan hari ini.


(pihak lelaki menyampaikan hajat)

Alhamdulillah kita sudah mendengar dan memahami hajat dan tujuan yang dinyatakan oleh
wakil pihak lelaki dan kami pihak sebelah perempuan bersetuju diatas kehendak dan hasrat
dari pihak lelaki yang dinyatakan sebentar tadi dan saya rasa bahawa segala keputusan yang
dibuat itu telahpun dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak dan pada hari ini kita
hanya mahu mengistiharkan ikatan dan perjanjian tersebut iaitu

1. Pertunangan diantara …………………. dengan ……..telah diterima


2. Nilai hantaran dan belanja nya ialah RM…….
3. Maskahwin sebanyak RM…..
4. Hadiah iringan sebanyak ……….. dulang.
5. Tempoh pertunangan selama……
6. Tarikh akad nikah ditetapkan pada…….
Tuan / puan yang dihormati. Setelah segala keputusan telah dipersetujui bersama marilah kita
doakan agar pertunangan yang di ikat antara Nurul Shazatul Shazlin binti Sahari dengan
____________ akan berkekalan sehingga tarikh akad nikah dilangsungkan seterusnya kita
mendoakan agar mereka dapat bersatu sebagai pasangan suami-isteri kekal sehingga akhir
hayat mereka serta dikurniakan anak dan cucu yanag soleh dari lelaki dan perempuan dan
dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hendaknya. Insyaallah.

Saya juga suka mengingatkan kepada semua pihak agar segala perjanjian yang telah
dipersetujui sebantar tadi dapat ditunaikan sebaik mungkin sehinggalah terlaksananya hajat
keduanya. Namun, andainya terdapat keperluan untuk sebarang perubahan, pintu
perbincangan sentiasa terbuka bagi kedua-dua belah pihak.

Tuan / puan. Pertunangan ini sebenarnya adalah salah satu dari tuntutan terhadap sesuatu
perkahwinan kerana dengan pertunangan ini membataskan orang lain dari merisik dan
meminang seseorang perempuan yang telah dipinang. Kerana itulah majlis ini juga sama
pentingnya dengan majlis akad nikah kerana tujuanya untuk mengisytiharkan kepada umum
bahawa Nurul Shazatul Shazlin binti Sahari dengan …… ……. ……telah sah bertunang.

Namun begitu pertunangan bukanlah lesen mutlak bagi keduanya untuk bebas bergaul tanpa
sempadan kerana ikatan pertunangan ini belum melayakan mereka untuk pergaulan yang
intim. Saya juga berharap agar kedua mereka dapat menjaga tatasusila dan akhlak sebagai
orang yang beriman, bersabar di atas segala ujian dan dugaan dalam tempoh pertunangan ini
kerana segalanya mungkin boleh berlaku.

Akhirmya marilah kita mendengar gesaan Allah kepada kita untuk diambil perhatian melalui
firmanNya :
"Wahai manusia! Bertaqwalah kepada tuhan mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang
satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya
Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada
Allah yang dengan Nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan
kekeluargaan. Sesungguh-nya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” [An-Nisaa' : 1]

Saya bagi pihak tuan rumah yang juga adik saya En. Sahari bin Hussin dan isteri serta seisi
keluarga memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung jari zahir dan batin di
atas segala kekurangan yang berlaku dalam majlis ini sama ada disedari atau tidak dan
diharapkan kita akan bertemu lagi pada majlis besar kita pada masa akan datang seperti yang
telah dirancangkan. In sya Allah.

(perkenalkan ahli keluarga sebelah perempuan)

Sebagai tanda kesyukuran, saya dengan rasa hormat menjemput al-fadil Ustaz
bagi memimpin bacaan doa.

Akhirul-kalam, saya memohon kemaafan tuan puan sekiranya terdapat apa-apa jua
kekurangan bagi pihak diri saya sepanjang majlis pertunangan ini.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Kita sudahi majlis ini dengan tasbih Kifarah dan surah al-Asr.

Seterusnya tuan puan dijemput menikmati jamuan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai