Anda di halaman 1dari 2

Mengumumkan ketibaan bakal pengantin lelaki, Ardy Wisnu Prayoga bersama-sama

dengan 7 dulan hantaran dan keluarga pihak lelaki.


Mengumumkan ketibaan jurunikah kita pada malam ini, imam norhafez bin mohd nor.
Seterusnya, tanpa melengah masa, saya ingin mengumumkan ketibaan pengantin
perempuan, sri suraya bt sajali, diringi
Assalamualaikum w.b.t
Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.
Dari Batam pergi ke Selangor
Singgah dulu ke Kuala Perlis
Mohon semua berikan perhatian
Izinkan saya mulakan majlis
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
BismilLahirRahmanir Rahim
Allah swtberfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:
Maksudnya
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian
itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orangorang yang berfikir.
Yang dihormati ________________________________________ ________selaku tuan rumah
kepada Majlis Pernikahan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai Sri Suraya
binti Sajali dan Ardy Wisnu Prayoga yang diraikan rombongan bakal pengantin lelaki, ,
saudara-mara kedua dua belah pihak, serta rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin
dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.
Saya Muhammad syahmi Ibrahim, selaku pengerusi majlis pada malam ini, mengucapkan
Selamat datang ke :
MajlisPernikahan SRI SURAYA SAJALI DAN .ARDY WISNU PRAYOGA
Bagi memberkati majlis kita pada mala mini, adalah lebih molek kita mulakan dgn ummul
kitab Al-fatihah,
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pengantin lelaki segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih
Baiklah tanpa melengahkan masa lagi, saya dengan berbesar hati menyerahkan majlis
kepada Tuan NorHAFEZ BIN MOHD NOR selaku JURU NIKAH pada malam ini untuk

memulakan upacara akad nikah..dengan segala hormatnya PERSILAKAN.


ALHAMDULILAH dengan SEKALI LAFAZtemetrailah ikatan dua hati di antara ARDY
WISNU PRAYOGA DAN SITI SURAYA SAJALI
Orang jauhdikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tep ititi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk
sama sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya
mengalu alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.
Sesungguh nya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu,
menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui
ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan
terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buatsemua, atas
kesudian hadir dan memeriah kan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
Baiklah, saya dengan berbesar hati ingin menjemput pasangan mempelai kita untuk
tampil ke
Bagi acara memotong kek.
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi kedusun memetik kelapa
Kelapa muda sikelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi
pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua,
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai