Anda di halaman 1dari 5

Panas kering siapakan tahu

Hujan rintik di Pulau Pandan


Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan

Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk berdiri, bagi


sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi
Muhammad S.A.W.

Diiringi paluan kompang, melalui barisan pedang kesatria,


berjalan ke arah Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi
bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Dr.
Farah Nabilah binti Jowari dan Leftenan Muhammad Faddzur Shah
bin Manan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, selamat


datang ke Muarar 99 Hotel Ballroom bersempena dengan
penyatuan dua hati iaitu anakanda kepada Encik Jowari bin Teguh
dan Puan Rosita binti Harun dan pasangannya.

Anak Cina memasang lukah


Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin


mempersilakan kepada kedua-dua mempelai bersama pengapit
mereka dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk naik
ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih yang telah disediakan.
Dipersilakan.

Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di


meja yang telah disediakan.

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Hari ini menugal jagung


Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri


Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati Encik Jowari bin Teguh dan Puan Rosita binti
Haron, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada
hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Dr.Farah Nabilah bt
Jowari dan Leftenan Muhammad Faddzur Shah b Manan yang
dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru dan
rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para
tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Dr. Nur Farah Nabilah binti Jowari dan


Leftenan Muhammad Faddzur Shah bin Manan.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati


Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Hairy bin Harun.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Hairy bin Harun di atas
bacaan doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang


Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin


Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini,


mereka mula berkenalan pada tahun 2014 ketika sama-sama
menuntut di Universiti Pertahanan Malaysia. Perkenalan yang
tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam
hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu


keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada bulan February
2016. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang
telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh
berbahagia ini.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Seterusnya Majlis ingin mempersilakan kepada Encik Rosli bin


Harun selaku wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Rosli bin Harun di atas


ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan


kepada________________________, selaku wakil bagi pihak
pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ________________ di atas


ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati
daripada wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan
yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada


cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih
bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan
perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota


Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Puan dibawa ke Gunung Ledang


Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu
majlis makan beradab. Sebelum itu, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa makan beradab yang
akan dibacakan oleh Encik Hairy bin Haron. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada encik Hairy bin Harun di atas doa
yang telah dibacakan sebentar tadi.

Semerbak bunga seroja


Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di


pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa


syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja
Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan
memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
Tanam langguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan


Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya
mengucapkan salam hormat buat semua, wabilLahit Taufiq
walHidayah wasSalamu `Alaikum W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai