Anda di halaman 1dari 6

Masa: 11.

00 pagi ; Ketibaan tetamu


[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[EMCEE BEBAS MENGATUR MAJLIS]
Masa: 12.30 petang; Mengalukan kehadiran tetamu
Tali perahu terap belaka
Tali kuah mengayuh sampan
Salam perkenalan pembuka kata
Eratkan siratulrahim tanda persahabatan
Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan selamat
datang ke majlis perkahwinan Encik Muhamad Hambali Bin Saaman dan Puan
Maziana Binti A.Ghani.
Yang jauh diundang dengan surat
Yang dekat diundang dengan tepak
Kini yang diundang sudah tiba
Yang dipesan sudah datang
Yang dipanggil sudah disahut
Yang duduk sudah bertemu lutut
Yang berdiri sudah bertemu bahu
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,
dapat kita berkumpul pada hari yang permai ini untuk meraikan majlis
menyambut menantu oleh Tuan Haji Saaman dan Puan Hajah Sabariah.
Atas nama yang empunya majlis
Atas nama yang empunya hajat
Atas nama kaum kerabat
Ketibaan jemputan yang mulia
Kami sambut dengan adat
Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang
berbahagia ini.
[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[MENANTI KETIBAAN PENGANTIN]
Masa: 1 petang; Ketibaan Pengantin dan Rombongan
[PENGANTIN TIBA DI PERKARANGAN DEWAN BERSAMA ROMBONGAN]
[SUSUN ATUR PERARAKAN PENGANTIN]
[EMCEE TUNGGU SIGNAL DARI WAKIL KELUARGA]
[MUZIK GAMELAN DIPASANG]

Para hadirin, kini tibalah masanya untuk kita untuk meraikan pasangan
mempelai ini.
[EMCEE TUNGGU SEHINGGA PENANGGAH BUNGA MANGGAR MASUK DAN
BERJALAN DI KARPET MERAH SEBELUM TERUSKAN UPACARA]
Bunga disanggul seri wajahnya
Wajah pula umpama ratu
Penuh adab kami terima
Dua jiwa dapat bersatu
Para hadirin, dengan segala hormatnya, majlis meraikan ketibaan pasangan raja
sehari kita, Encik Mohamad Hambali Saaman dan Puan Maziana A.Ghani, dengan
diiringi paluan kompang dari Persatuan Kompang Ummatul Falah dari Taman Seri
Andalas, Serdang.
[MUZIK GAMELAN DIHENTIKAN]
[KOMPANG DIPALU]
[PENGANTIN MASUK KE DEWAN]
[PERARAKAN PENGANTIN DAN ROMBONGAN]
[PENGANTIN NAIK KE PENTAS DAN DUDUK DI PELAMIN, DIIRINGI PENGAPIT]
[ROMBONGAN PEREMPUAN DUDUK DI MEJA ROMBONGAN]
[KUMPULAN KOMPANG BERKUMPUL BERDEKATAN DENGAN MEJA EMCEE.
KOMPANG TERUS MAINKAN DUA-TIGA LAGU]
[KOMPANG TAMAT]
[EMCEE PANDANG KE ARAH PENGANTIN]
Tanam serai berumpun-rumpun
Disiram air setiap hari
Lamah gemalai hayun tersusun
Maklumlah kan dipanggil raja sehari
[EMCEE PANDANG KE ARAH ROMBONGAN PEREMPUAN]
Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan
Yang dihormati Tuan Haji Saaman bin Haji Mohamed dan Puan Hajjah Sabariah
Binti Mt. Thani, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini
Yang diraikan pasangan mempelai; Encik Mohamad Hambali Bin Saaman dan
Puan Maziana Binti A.Ghani.
Yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, keluarga dari sebelah pengantin
perempuan dari Kuala Terengganu, rakan-rakan dari jauh dan dekat, hadirin dan
hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian, majlis mengalualukan kehadiran tuan/puan semua.

Sekali lagi sanjungan kasih kami abadikan.


Masa: 1.15 petang; Bacaan Doa
[EMCEE PANDANG KE ARAH TETAMU]
Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat
Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis mempersilakan Muhamad Shahrul
Hanif Bin Mohamad Rasedi untuk bacaan doa. Dipersilakan.
[BACAAN DOA]
[TAMAT BACAAN DOA]
Terima kasih Hanif di atas bacaan doa sebentar tadi.
Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri
Masa: 1.30 petang; Makan Beradab
[PASANG SEMULA MUZIK GAMELAN SEBAGAI LATAR]
Dalam mencanai sibesi waja
Dibanding segala malah dijaga
Malam berinai adat sahaja
Bersanding pula samalah juga
Majlis seterusnya menjemput pasangan Raja Sehari, dengan diiringi pengapit,
untuk turun dari pelaminan ke santapan beradap. Dipersilakan.
[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI MEJA BERADAP, DISISI PENGAPIT]
Rendang kambing memanglah sedap
Ketupat palas jual di pekan
Duduk pengantin makan beradab
Suap berbalas makan sepinggan
Bagi menyempurnakan upacara makan beradap, majlis menjemput Yang
Berbahagia, Datuk Abdullah Thalith dan Datin Kamisah, ayahanda dan bonda
saudara kepada pengantin lelaki ke meja beradap.
[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]

Seterusnya, dipersilakan, Encik A.Ghani Bin Omar dan Aminah Binti Ali,
ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan.
[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]
Dipersilakan Encik Hanapi dan Puan Rahimah, besan kepada keluarga pengantin
perempuan untuk ke meja beradab.
[EMCEE BACAKAN BIODATA PASANGAN]
Adinda Hambali dan Adinda Maziana, majlis mengucapkan selamat pengantin
baru kepada adinda berdua.
Sambil tetamu-tetamu dan pasangan mempelai kita menikmati hidangan yang
disediakan, majlis ingin menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin
ini.
Mohamad Hambali Bin Saaman, berasal dari Serdang, merupakan anak kedua
daripada empat orang adik beradik. Beliau kini bertugas di Multimedia Universiti.
Pasangan beliau, Puan Maziana A.Ghani, berasal dari Kuala Terengganu
merupakan bekas pelajar Universiti Melaya dalam bidang bahasa dan lingustik.
Beliau kini bekerja di Bandar Sunway.
Mereka mula berkenalan pada Ogos 2007. Perkenalan yang tidak disengajakan
itu, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini.
Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga,
kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, pada
24 Oktober 2009 di Kuala Terengganu.
Buat Hambali dan juga Maziana,
Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jangan seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jangan di bawa ke tanah
Didengar org jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.
Sama beringat pesan dan nasihat,
Pesan org tua membawa berkat.
[TAMAT ACARA MAKAN BERADAP]
[TAMAT LAGU GAMELAN]

Masa: 2.00 petang; Memotong kek


Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar gelanggang sekarang ke acara seterusnya
iaitu upacara memotong kek. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut
kiri bersebelahan dengan meja beradab untuk upacara memotong kek. Atas
permintaan pengantin, upacara ini akan diiringi oleh lagu Sketsa Sebuah Cinta.
[EMCEE PASANG "LAGU SKETSA SEBUAH CINTA" DARI KUMPULAN MAY]
[PENGANTIN MEMOTONG KEK]
Masa:2.15 petang; Sesi Bergambar
Majlis mempersilakan pasangan mempelai, sambil diiringi pengapit, sekali lagi
untuk duduk di pelamin bagi sesi bergambar bersama keluarga.
[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI ATAS PELAMIN DENGAN SELESA]
Dengan hormatnya, majlis menjemput Tuan Haji Saaman dan Puan Hajah
Sabariah, ayahanda dan bonda kepada pengantin lelaki untuk ke atas pentas
bagi sesi bergambar bersama mempelai.
[PENGANTIN BERGAMBAR BERSAMA TUAN HJ. SAAMAN DAN PUAN HJH.
SABARIAH]
Seterusnya, majlis menjemput Encik A.Ghani Bin Omar dan Aminah Binti Ali,
ayahanda dan bonda pengantin perempuan, untuk naik ke atas pentas bagi sesi
bergambar bersama mempelai dan keluarga besan yang baharu.
[TUAN HJ. SAAMAN DAN PUAN HJH. SABARIAH KEKAL DI ATAS PENTAS PENTAS]
[PENGANTIN BERGAMBAR BERSAMA KEDUA-DUA IBUBAPA]
[TUAN HAJI SAAMAN DAN PUAN HAJAH SABARIAH TURUN DARI PENTAS]
[SESI BERGAMBAR DENGAN ENCIK A.GHANI DAN PUAN AMINAH]
Masa: 2.30 petang; Bersurai
Dengan berakhirnya sesi bergambar bersama kedua-dua ayahanda dan bonda
pengantin, selesai la sudah majlis yang berbahagia ini. Majlis seterusnya
menjemput pasangan mempelai untuk bertemu sua dengan para jemputan. Para
hadirin yang berhajat mengabadikan gambar bersama pasangan mempelai,
jangan malu jangan segan. Sila tampil kehadapan.
Buat pasangan mempelai, majlis ingin berpesan,
Kalau lautan sama direnangi
Kalau lurah sama dituruni
Kalau sampan sama berdayung
Kalau lesung sama menumbuk
Cubit peha kiri
Peha kanan sakit juga
Susah sama susah

Senang sama senang


Adat orang bersuami isteri,
Pahit manis sama dirasa
Kalau sedikit, sesudu seorang,
Kalau banyak, sesenduk seorang
Tikar sehelai, sama ditiduri,
Selimut satu, sama dikongsi
Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang
berbahagia ini.
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarung di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersusun jari sepuluh
Jikalau ada terdapat silap dan salah, bagi pihak tuan rumah, majlis meminta
berbanyak ampun dan maaf.
Kalau
Kalau
Kalau
Kalau
Kalau
Kalau
Kalau

ada wajah yang tersalah pandang,


ada nama yang tersalah sebut
ada gelar yang tersalah ucap,
ada yang duduk di salah tempat
ada hidangan yang salah bekas,
gelas tersalah letak
nasi tersalah tambah

Bak kata orang,


Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah,
Umpama belayar sudah sampai ke pulau,
Umpama berjalan sudah sampai ke batas.
Yang termimpi-mimpi sudah terjadi
Yang terbayang-bayang sudah dipandang.
Adat sudah diisi
Lembaga sudah dituang.
Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T. dan akan diberkati dgn
pertemuan selanjutnya pada masa ketika yg diizinkanNYA. Dengan ini, saya
sudahi dengan Wabilah Hitaufik Wal Hidayah, Assalammualaikum Warah
Matullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih
[SELEKSI LAGU]

Anda mungkin juga menyukai