Anda di halaman 1dari 2

CONTOH TEKS UCAPAN MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA TEKS UCAPAN

MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam hormat dan penuh takzim saya


tujukan kepada; Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan
Puan-Puan sidang hadirin yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah Subhanahu wa taala
sekalian. Terlebih dahulu kita berikan satu tepukan tanda tahniah dan syabas kepada
pasangan pengantin yang bertuah hari ini, iaitu anak perempuan kami .......................... dan
pasangan pilihan hatinya ........................... kerana berjaya menyulam ikatan kasih sayang dan
hormat sehingga termeterainya ikatan perkahwinan yang suci ini.

Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT sekali lagi, kerana dengan
izin-Nya majlis perkahwinan anakanda kami selamat dilaksanakan dengan meriahnya. Ianya
berkat sokongan dan doa restu semua pihak, khususnya daripada ahli keluarga kedua-dua
belah pihak pengantin lelaki dan perempuan, sanak saudara dan sahabat handai.

Yang berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato- Dato’, Datin-Datin, sidang hadirin yang dimuliakan;

Di malam hari terang senegeri


Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah ditambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Selaku ibubapa, kami mendoakan kebahagiaan dan kerukunan keluarga yang berkekalan
hingga ke akhir hayat kepada anakanda berdua. Bagi membina institusi keluarga yang
bahagia sepertimana Pesanan Luqman Al Hakim (Pesuruh Allah yang namanya disebut
dalam Al Quran) kepada anaknya, katanya;

"Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang
karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang
bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT".

Insya Allah, hidup kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, jika kita mengikut
jalan agama, jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pasangan suami
isteri yang diredhoi Allah Taala.

Kami juga ingin berkongsi perasaaan sangat gembira dan bersyukur di sini, kerana kehadiran
menantu yang baik, bijaksana dan berperibadi tinggi. Harapan kami, semoga dengan
kehadiran ahli keluarga

baharu ini, akan menambahkan lagi seri, kerukunan dan kebahagiaan kami seisi keluarga
kedua-dua belah pihak.

Kami juga ingin berkongsi rasa sangat bersyukur kehadrat tuhan, kerana mempunyai besan
yang sedia berkongsi rasa, memahami antara satu sama lain dan saling kasih mengasihi, demi
untuk kesejahteraan keluarga dan kebahagiaan anak-anak yang menjadi pelita hati kami
selama ini.
Dikesempatan ini juga, saya ingin rakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua ahli keluarga dan krew pengelola majlis perkahwinan anak perempuan kami
pada hari ini. Khususnya kepada saudara pengacara majlis, ustaz yang memimpin bacaan doa
dan semua yang terlibat dalam slot persembahan dan keceriaan dalam pengendalian dewan
acara perkahwinan kedua pasangan mempelai yang bertuah, pada hari ini. Segala penat lelah
dan pengorbanan masa dan tenaga yang pihak saudara-saudari semua berikan, hanya Allah
Taala sahaja yang layak membalasnya.

Di sepanjang pelaksanaan majlis perkahwinan anak-anak kami yang amat bermakna dan
bersejarah ini, seandainya ada serba sedikit kekurangannya,
Maka, kami ulit perkara itu dengan ungkapan;

Bunga sakura si bunga Jepun


Ditanam nyonya berpohon-pohon
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon

Tindih kasih jahitan baju,


Bila menjahit baju pendita,
Terima kasih kepada para tetamu
Mengimarahkan majlis sehingga berjaya.

Terangnya api di Tanjung Andas,


Nampak di laut kapal belayar,
Sayang dan kasih boleh dibalas,
Budi dan jasa tidak terbayar.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai