Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam hormat dan penuh takzim saya tujukan kepada;

Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan

Puan-Puan sidang hadirin yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah Subhanahu

wa taala sekalian.

Terlebih dahulu kita berikan satu tepukan tanda tahniah dan syabas kepada

pasangan pengantin yang bertuah hari ini, iaitu anak perempuan kami

.......................... dan pasangan pilihan hatinya ........................... kerana

berjaya menyulam ikatan kasih sayang dan hormat sehingga termeterainya

ikatan perkahwinan yang suci ini.

PENDAHULUAN

1.   Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT sekali lagi,

kerana dengan izin-Nya majlis perkahwinan anakanda kami selamat

dilaksanakan dengan meriahnya. Ianya berkat sokongan dan doa restu semua

pihak, khususnya daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin

lelaki dan perempuan, sanak saudara dan sahabat handai.

2.   Yang berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato- Dato’, Datin-Datin, sidang hadirin yang

dimuliakan;
Di malam hari terang senegeri

Memberi cahaya di tengah balai

Majlis indah ditambah seri

Untuk meraikan kedua mempelai

DOA RESTU IBUBAPA KEPADA PASANGAN PENGANTIN

3.   Selaku ibubapa, kami mendoakan kebahagiaan dan kerukunan keluarga yang

berkekalan hingga ke akhir hayat kepada anakanda berdua. Bagi membina

institusi keluarga yang bahagia sepertimana Pesanan Luqman Al Hakim

(Pesuruh Allah yang namanya disebut dalam Al Quran) kepada anaknya,

katanya;

"Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak

manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah

lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya

adalah tawakkal kepada Allah SWT".

Insya Allah, hidup kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, jika kita

mengikut jalan agama, jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab

sebagai pasangan suami isteri yang diredhoi Allah Taala.


RASA SYUKUR DAN GEMBIRA DIKURNIAKAN MENANTU DAN BESAN

YANG BAIK

4.   Kami juga ingin berkongsi perasaaan sangat gembira dan bersyukur di sini,

kerana kehadiran menantu yang baik, bijaksana dan berperibadi tinggi.

Harapan kami, semoga dengan kehadiran ahli keluarga baharu ini, akan

menambahkan lagi seri, kerukunan dan kebahagiaan kami seisi keluarga

kedua-dua belah pihak.

5.   Kami juga ingin berkongsi rasa sangat bersyukur kehadrat tuhan, kerana

mempunyai besan yang sedia berkongsi rasa, memahami antara satu sama lain

dan saling kasih mengasihi, demi untuk kesejahteraan keluarga dan

kebahagiaan anak-anak yang menjadi pelita hati kami selama ini.

PENGHARGAAN KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA, SAHABAT DAN

TETAMU

6.   Dikesempatan ini juga, saya ingin rakamkan ucapan jutaan terima kasih yang

tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan krew pengelola majlis

perkahwinan anak perempuan kami pada hari ini. Khususnya kepada saudara

pengacara majlis, ustaz yang memimpin bacaan doa dan semua yang terlibat

dalam slot persembahan dan keceriaan dalam pengendalian dewan acara

perkahwinan kedua pasangan mempelai yang bertuah, pada hari ini. Segala
penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga yang pihak saudara-saudari

semua berikan, hanya Allah Taala sahaja yang layak membalasnya.

7.   Di sepanjang pelaksanaan majlis perkahwinan anak-anak kami yang amat

bermakna dan bersejarah ini, seandainya ada serba sedikit kekurangannya,

maka kami rumuskan dalam bentuk ungkapan klasik seperti berikut;

Kalau ada wajah yang tersalah pandang

Kalau ada nama yang tersalah sebut

Kalau ada gelar yang tersalah ucap

Kalau ada yang duduk di salah tempat

Kalau ada hidangan yang salah bekas

Kalau ada air mawar yang tersalah renjis

Kalau ada gelas tersalah letak

Kalau ada nasi tersalah tambah

Maka, kami ulit perkara itu dengan ungkapan;

Bunga sakura si bunga Jepun

Ditanam nyonya berpohon-pohon

Tersilap tersalah harap diampun


Terkasar bahasa maaf dipohon

PENUTUP

Tindih kasih jahitan baju,

Bila menjahit baju pendita,

Terima kasih kepada para tetamu

Mengimarahkan majlis sehingga berjaya.

Terangnya api di Tanjung Andas,

Nampak di laut kapal belayar,

Sayang dan kasih boleh dibalas,

Budi dan jasa tidak terbayar.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai