Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Datin, Tuan Puan dan Para Hadirin
sekalian amatlah dihargai. Saya, bagi pihak Tuan
Rumah, ....................................................... serta kedua pasangan
pengantin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian
para hadirin sekalian ke majlis ini. Untuk semua para tetamu, selamat
menjamu selera diucapkan.
Alhamdulillah.. di dalam majlis yang penuh meriah ini, yang jauh dan yang
dekat dapat disatukan. Kaum keluarga dapat berkumpul, saudara mara
dapat bersua muka, jiran-jiran dapat berjumpa, sahabat lama dan baru
dapat bertemu. InsyaAllah, semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan
hendaknya. Sambil-sambil menjamu selera marilah kita bersama-sama
menyoroti perkenalan antara kedua pasangan mempelai yang kita raikan
hari ini, iaitu .......................................................
...................... tempat berkhidmat,
Mencurah bakti, memerah keringat;
Baik budi hati terpikat,
Bila berjauhan asyik teringat.
tempah servis Emcee https://wasap.my/601162099363
Kalau dah jodoh tak ke mana, adinda pujaan kekanda. Pertemuan pertama
bersua muka di luar alam cyber telah membenihkan rasa cinta antara
keduanya. Alhamdulilah, selepas beberapa pertemuan dalam
hampir ................ bulan perkenalan mengenali hati budi masing-masing,
dengan restu kedua belah keluarga, tali pertunangan diikat pada
tanggal ................. Dan Alhamdulillah, pada hari yang penuh bermakna ini,
janji sepakat yang telah diikat ditunaikan di dalam majlis yang penuh berkat
ini.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada
untuk kita semua. Take care and have a nice day.
Yang Berhormat En. Khairy bin Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, Malaysia.
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled bin Nordin. Menteri Besar
Johor
Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Paduka Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor,
Yang saya kasihi kedua-dua besan saya………………………..........
Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sidang hadirin
yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah Subhanahu wa taala sekalian.
Saya mulakan isi utama ucapan saya ini dengan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
semua tetamu jemputan yang hadir bagi merai dan menjayakan majlis perkahwinan anak-anak kami yang
tidak sepertinya ini.
Seterusnya, saya seisi keluarga dan juga mewakili semua kedua-dua pihak keluarga pengantin ingin
mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasangan pengantin yang bertuah hari ini, iaitu anak
perempuan kami .......................... dan pasangan pilihan hatinya ........................... kerana berjaya
menyulam ikatan kasih sayang dan hormat sehingga termeterainya ikatan perkahwinan yang suci ini.
MERAI TETAMU
Saya seisi keluarga ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT sekali lagi, kerana dengan
izin-Nya majlis perkahwinan kedua-dua anakanda kami ini selamat dilaksanakan dengan suasana yang
gembira dan ditambahkan serinya pula Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-
Tuan dan Puan-Puan yang terserlah sungguh anggun dan cantik berseri, sama macam kedua-dua
mempelai pengantin kita hari ini .
2. Yang berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato- Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin
yang dimuliakan;
DOA RESTU IBUBAPA
3. Selaku ibubapa, kami mendoakan kebahagiaan dan kerukunan keluarga yang berkekalan hingga ke
akhir hayat kepada anakanda berdua. Bagi membina institusi keluarga yang bahagia sepertimana
Pesanan Luqman Al Hakim (Pesuruh Allah yang namanya disebut dalam Al Quran) kepada
anaknya, katanya;
"Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di
dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa,
isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT".
Insya Allah, hidup kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, jika kita mengikut jalan agama,
jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri yang diredhoi
Allah Taala.
4. Kami juga ingin berkongsi perasaaan sangat gembira dan bersyukur di sini, kerana kehadiran anak
menantu serta sekalian ahli keluarganya yang baik dan berhemah tinggi, moga ikatan kekeluargaan ini
akal membina satu institusi keluarga besar yang bahagia dan maju jaya di dunia dan akhirat.
6. Dikesempatan ini juga, saya ingin rakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua ahli keluarga dan krew pengelola majlis perkahwinan anak perempuan kami pada hari ini.
Khususnya kepada tuan pengacara majlis, ustaz yang memimpin bacaan doa dan semua yang terlibat
dalam slot persembahan dan keceriaan dalam pengendalian dewan acara perkahwinan kedua pasangan
mempelai yang bertuah, pada hari ini. Segala penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga yang pihak
saudara-saudari semua berikan, hanya Allah Taala sahaja yang layak membalasnya.
7. Saya juga ingin memohon, agar semua tetamu yang hadir pada hari ini, agar dapat mendoakan
kebahagian dan kejayaan buat kedua-dua pengantin iaitu anakanda kami ini, menjadi pasangan yang
bahagia, dikurniakan oleh Allah anak-anak yang soleh dan boleh menjadi role model yang baik buat
pasangan suami isteri yang lain pada masa yang mendatang.
7. Di sepanjang pelaksanaan majlis perkahwinan anak-anak kami yang amat bermakna dan
bersejarah ini, seandainya ada serba sedikit kekurangannya, maka kami rumuskan dalam bentuk
ungkapan klasik seperti berikut;
PENUTUP
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.
ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN MUHAMMAD SHAH REDZUAN DAN NUR HIFZAN 8.30
pagi: kaum keluarga berkumpul di Masjid Al-Taqwa, Kampung Pulau, Kubang Kerian. 9.00 pagi:
upacara akad nikah dilangsungkan. 9.00 - 11.00 pagi: bacaan ayat suci Al-Quran. 11.00 pagi: -
perarakan pengantin diiringi paluan kompang dan selawat nabi. - pengantin lelaki di sambut oleh
keluarga pengantin perempuan diiringi payung dan bunga manggar - pengantin perempuan
menyambut ketibaan pengantin lelaki di hadapan dewan - pengantin beriringan ke pelamin - tetamu
dan keluarga mengambil tempat di dalam dewan. 11.15 pagi: bacaan doa selamat oleh Ustaz
Mohamad. 11.20 pagi: majlis tepung tawar (memperkenalkan pengantin kepada keluarga terdekat,
ini termasuklah ibubapa pengantin, adik-beradik, ibu dan bapa saudara dan sewaktu dengannya)
12.00 tengahari: - pengantin beriringan ke meja makan beradap - keluarga kedua-dua belah pihak
memenuhi meja makan beradap. (yang ni pastikan dah set awal-awal siapa wakil nak makan kat
meja beradap) - persembahan dikir barat 12.30 tengahari: sesi bergambar ahli keluarga di pelamin
1.00 - 4.30 petang: meraikan tetamu 4.30 petang: sesi bergambar (outdoor) 6.00 petang: majlis
bersurai.