Anda di halaman 1dari 2

Pantun Kahwin

Buah pauh si bunga rampai, Kilauan bintang sungguh mengasyikkan; Orang jauh sudahlah sampai, Selamat datang kami ucapkan.

Panas kering siapakan tahu, Hujan rintik di daun pandan; Berjalan seiring bersentuh bahu, Sama cantik sama padan. Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga Melati; Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai dalam hati. Amat garang datuk bentara, Musuh melanggar habis dibenam; Dulu seorang kini berdua, Hidup bersama susah senang. Orang jauh berkirimkan surat, Berkali-kali dibaca jua; Ikan dilaut asam didarat, Dalam kuali bertemu jua. Ayam dara di buat gulai, Bungkus bekalan letak di bucu; Riang gembira kedua mempelai, Semoga berkekalan keanak cucu. Bauhulu kuih traditional, Mangkuk timah penuh sarat; Kalau dahulu tidak kenal, Sekarang beramah semakin erat.

BELAH KEK

Doa berkat penutupnya amin, Jari lentik memukul gendang; Mempelai berangkat di atas pelamin, Sama cantik sama padan.

Sianak dara memakai lokek, Lokek tersangkut dihujung julai; Untuk majlis membelah kek, Jemput bangun kedua mempelai.

Ikan di laut asam di darat, Dalam kuali bertemu jua; Hati terpaut janji diikat, Atas pelamin bertemu jua. Rimbun semalu di jambu batu, Bangkit pelanduk terus berlalu; Kompang dipalu menyahut restu, Pengantin duduk tersenyum malu. Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan; Lauk pauk penuh semeja, Jemput mempelai menikmati hidangan. Feringgi melanggar Inderagiri, Lalu dibedil oleh laksamana; Suami ibarat kepala negeri, Hendaklah adil lagi saksama. Dengarlah ini ayah berpesan, Anak menantu, ayah ingatkan; Berkasih sayang sesama insan, Jangan cepat menjadi bosan.

TETAMU MAKAN Ramai yang daif di Kemboja Bantulah mereka hulurkan tangan Lauk pauk penuh semeja Jemputlah semua menikmati hidangan

Makan Hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini. Jangan lupa membaca Bismillah dan doa sebelum makan. Selamat menjamu selera..

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup

manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama. Sebelum berkahwin syaitan akan merapatkan hubungan supaya berlaku maksiat dan pelanggaran. Selepas bernikah, makhluk yang dilaknat Allah ini akan merenggangkan hubungan dan menimbulkan perselisihan. Mohonlah kepada Allah agar hubungan ini terus berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus, insyaAllah. Inilah yang dikatakan, asal anak skrg menantu, jadi ayah, kemudian bercucu

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Kata kata sebelum tamat Hidup dunia ilusi semata kepada Allah tempat kembali Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua lagi Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan majlis ini. Yang baik dari Allah, yang lemah atas kelemahan saya sendiri. Berjumpa lagi kita pada masa yang akan datang, InsyaAllah. Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai