Anda di halaman 1dari 12

Pengacara Majlis : Norhairie Nordin Teks dan Ucapan Diminta semua hadirin mengambil tempat masingmasing sementara menantikan

para tetamu jemputan (Mengawal Audien) dan penceramah tiba. Kerjasama dan kesabaran anda amat kami hargai. 8.00am 8.15am Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat , dif-dif jemputan dan penceramah yang diraikan. Majlis Ucapan pembukaan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan mereka & Kata Alu-aluan dan tidak lupa juga kepada hadirin-hadirat yang diutamakan sekalian. Perhatian Yang Berbahagia, Encik Ding Sing Lung, Penaung Protokol Majlis Program SIMPLE merangkap pengarah urusan ERA (kata aluLearning Lab Sdn. Bhd. aluan) Yang Berbahagia, Encik Lim Teck Hoe, Pengarah Eksekutif The Switch merangkap penceramah profesional pada pagi yang mulia ini. Yang Berbahagia, Tengku Faizwa Tenku Razif, Pengarah Eksekutif The Switch. Yang Dihormati, Datin Noorul Aini bte Ambak, Pengetua SMK Perempuan Sri Aman. Yang Dihormati, Pn. Aisah Bt Sidan, Pengetua SMK Bukit Jelutong. Yang Berusaha, Puan Salbiah Salim, Ketua Program SIMPLE. Tetamu-tetamu undangan, guru-guru kaunselor, ibu bapa, murid-murid yang dikasihi sekalian. Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara;

Perkara Berkaitan Awal majlis

Menyatakan kesyukuran

Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Hadirin dan hadirat sekalian,

Yang pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita dipertemukan di dalam majlis yang serba indah dan moga diberkati ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini merupakan acara kemuncak bagi program SIMPLE yang telah dijalankan di seluruh sekolah di Selangor. Menjadi kebanggaan bagi pihak majlis untuk kita sama-sama berada di sini berkongsi lagi ilmu dan pengetahuan yang besar nilainya. Dayung sampan dulu-duluan, Singgah berlabuh di Tanjung Jati; Ucapan sebagai alu-aluan, Mari tuan sama-sama amati. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Salbiah Salim, selaku Ketua Program SIMPLE untuk menyampaikan ucapan alu-aluan serta mengimbau nostagia perjalanan program SIMPLE ini. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Kapal berlabuh di Kuala Rengit, Semat jerami di Sungai Muar, Tuan umpama bulan di langit; Dapat kami menumpang sinar. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih serta sekalung penghargaan kepada Puan Salbiah Salim atas ucapan yang penuh bermakna itu tadi. Tanpa beliau, program ini tidak mungkin segah pada pagi mulia ini. Dari Melaka pergi ke Serdang, Singgah sebentar di Bukit Serindit; Tuan umpama bintang gemilang, Titipkan amanat barang sedikit.

Ucapan daripada ketua projek.

Kini, saat dinanti-nantikan sudah tiba. Majlis dengan penuh rendah hati mempersilakan Yang Berbahagia, Encik Ding Sing Lung untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan seminar SIMPLE 2011 ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang berbahagia, Encik Ding Sing Lung kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Seminar SIMPLE. Tanpa idea dan sokongan daripada beliau, sudah pasti majlis sebegini hanyalah mimpi semata-mata.

Ucapan Perasmian dan penutup

8.15am 8.30am Ice Breaking

Banyak madah antara madah, Madah bersinar kita ungkapkan, Aluan sudah, pembuka sudah, Kini seminar kita mulakan. Dengan penuh berbesar hati, majlis mempersilakan Encik Lim Teck Hoe, Penceramah Profesional yang berkarisma ini untuk mempersembahkan keunggulan beliau sesuai dengan matlamat majlis pada hari ini.

8.30am 10.00am SECTION 1 10.00am 10.15am Jamuan ringan

Selesai sudah bahagian pertama program SIMPLE ini. Semoga hadirin dan hadirat sekalian dapat mencedok pengetahuan berguna daripada beliau. Jauh sudah kami melancong, Singgah bertamu di tepi pekan, Perut sudah mula keroncong, Marilah berjamu kami sediakan. Para jemputan dan dif kehormat akan diiringi pembantu majlis sementara hadirin yang lain, harap mengikuti arahan diberikan oleh para petugas ERA.

10.15am 10.30am Sejarah ERA

Alat tradisional orang penarik, Gendang gendut tali kecapi. Juadah dinikmati harap menarik, Kenyang perut senang hati. Seterusnya, majlis mempersembahkan program seterusnya, pengimbauan semula sejarah ERA Training Lab yang telah meranjaui liku-liku cabaran sebelum mencapai kejayaan. Sama-sama kita saksikan. Rancik-rancik si kayu sugi, Sunnah nabi jaga kebersihan, Encik Lim datang lagi, Berkongsi ilmu madah pengetahuan. Majlis diteruskan lagi dengan sesi kedua program pada hari ini. Dengan penuh hormatnya, majlis mempersilakan Encik Lim Teck Hoe.

10.30am 12.00pm SECTION 2

12.00pm 12.15pm Penyampaian Sijil

Terima kasih kepada Encik Lim Teck Hoe kerana sudi berkongsi maklumat dan ilmu untuk sesi pertama seminar ini. Untuk tentatif seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tengku Faizwa Tenku Razif, diiringi Encik Ding Sing Lung dan Puan Salbiah untuk menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Semua peserta diminta bersedia untuk naik ke pentas bagi menerima sijil masing-masing.

12.15 1.30pm Makan Tengahari

Balut-balut si daun jamu, Pahitnya kepalang untuk kesihatan, Puas sudah menilik ilmu, Kini tibalah juadah kudapan. Sekali lagi kami menjemput tetamu dan dif kehormat diiringi oleh pembantu acara untuk menikmati makan tengah hari. Untuk semua hadirin hadirat yang lain, minta bertenang dan ikut arahan yang diberikan. Pancing tebingan anak ruan, Kail terlepas jauh berenang, Harap hidangan enak sajian, Hati puas kami pun senang. Majlis diteruskan lagi dengan sesi ketiga, iaitu sesi seterusnya seminar kemucak SIMPLE. Dengan bangganya, majlis menjemput Encik Lim Teck Hoe untuk memulakan ceramahnya. Terima kasih Encik Lim sekali lagi kerana sudi berkongsi dan menyampaikan pengetahuannya yang penuh bermakna ini. Majlis dengan sukacitanya menjemput tetamu dan dif kehormat untuk menikmati jamuan ringan diiringi pembamtu majlis. Seperti biasa, harap kerjasama pihak hadirin dan hadirat yang lain mematuhi arahan diberi.

1.30pm 3.00pm SECTION 3

3.00pm 3.15pm Jamuan ringan

3.15pm 3.30pm Sesi Bergambar

Intai padi antara tampak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Marilah kita bersama-sama merakamkan kenangan dengan sesi bergambar yang diadakan oleh pihak majlis. Sila beri kerjasama dan mengikut arahan yang telah diberikan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh setiap hadirin yang sudi bergambar dan berkongsi memori bersama. Tanpa melengahkan masa, pihak majlis meneruskan acara terakhir sebelum majlis penutup untuk hari ini. Dijemput dengan segala hormatnya, Encik Lim Teck Hoe untuk meneruskan agenda majlis pada hari ini. Hadirin yang dihormati, Dengan berakhirnya persembahan mantap Encik Lim Teck Hoe itu sebentar tadi, menandakan sampai di sinilah sahaja majlis kita pada hari ini. Masa memang mencemburui kita. Oleh yang demikian. kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap semoga perpisahan ini bukan selamanya kerana jika dizinkanNya, dapat kita berjumpa pada masa akan datang. kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita berjumpa lagi. Saya mewakili pihak penganjur mengharapkan segala kesilapan, terkasar bahasa dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dapat dimaafkan. Sesungguhnya kami daripada pihak ERA hanyalah hamba kepada yang Maha Sempurna. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

3.30pm 5.00pm SECTION 4

Penutup

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t. Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah sama-sama kita membaca umul furqan, Al-Fatihah.. (al-fatihah dibaca) Amin Ya Rabbal alamin.

Alhamdulillah hirabbil alamin, wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya iwal mursalin, waala alihi wasohbihi ajmain..

Megah berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara, Pemanis kata selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara.

Yang dihormati, Encik Zulhelmey bin Abdullah @ Abdul Halim, Ketua Pusat Pengajian Undang-undang UiTM Kedah, Yang berbahagia, Cik Shatirah bt Abu Bakar, Koordinator Asasi Undang-undang UiTM Kedah, Yang berbahagia, Mohamad Amirul bin Mohd Adnan Ali,

Presiden Pre Law Club 2012,

Barisan pemimpin-pemimpin Pre Law Club, Seterusnya, pensyarah-pensyarah, Serta pelajar-pelajar Asasi Undang-undang sekalian.

Bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnia serta inayah dariNYa, dapat sama-sama kita berkumpul pada malam ini di Pusat Islam Ashabul Kahfi UiTM Kedah bagi menjayakan Malam Inspirasi Ilmu Kelab Asasi Undang-undang bagi tahun 2012. Hadirin sekalian, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada sampannya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Bagi meneruskan lagi tentatif majlis kita pada malam ini, dijemput Saudara Muhammad Fazreen bin Abu Bakar selaku wakil daripada part 1 untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Waalaikummussalam w.b.t.. (kalau salam diberi) Ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara Fazreen atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Memetik kata-kata madah pujangga,

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan dan telah ramai kapal yang karam didalamnya.. Andai muatan kita adalah iman,dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."

Bukan rumput sebarang rumput, Rumput penghias di tepi halaman, Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Saudara Muhammad Amirul bin Mohd Adnan Ali selaku presiden Pre Law Club untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara Amirul selaku presiden Pre Law Club atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda, Tak lengkap malam tanpa purnama, Tak lengkap laut tanpa ombak badainya, Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan,

Encik Zulhelmey bin Abdullah @ Abdul Halim, Ketua Pusat Pengajian Undang-undang UiTM Kedah, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Encik Zulhelmey atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati daripada pelajar-pelajar kepada pihak Fakulti Undang-undang sebagai tanda kenang-kenangan. Untuk itu majlis menjemput Saudara Wan Aidil Anwar bin Wan Azlan selaku wakil daripada part 1 untuk menyampaikan cenderahati kepada Cik Syatirah.

Seterusnya, majlis menjemput Naib Presiden Pre Law Club, Abdul Azim bin Razak untuk menyampaikan cenderahati kepada Encik Zulhelmey.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada yang memberi dan yang menerima.

Saudara, Menurut Khalifah Abdul Malik bin Marwan, Semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya,

membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Hadirin hadirat yang drahmati Allah sekalian, Sepanjang semester ini, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh pre law club. Bagi mengimbas kembali semua kenangan tersebut, pihak ahli jawatan kuasa telah menyediakan satu tayangan video buat tatapan hadirin sekalian.

Untuk itu, majlis diteruskan lagi dengan tayangan video.

Demikian tadi tayangan video yang disediakan oleh jawatankuasa pre law club.

Hadirin sekalian, Inilah yang dikatakan, Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan, Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi, Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan.

Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk itu, saya menjemput

Saudara Mohamad Amirul Hafiz binMohamad Hassan untuk memimpin bacaan doa. Fal ya tafadhal masykura.

Syukran jazilan buat Saudara Mohamad Amirul Hafiz atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Dengan bacaan doa itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada malam ini.

Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua hamba pohonkan.

Terima kasih sekalung budi, Daripada kami seikhlas hati.

Dengan ini, pihak majlis memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekian daripada saya, Muhammad Faizuddin bin Hashim, wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai