Anda di halaman 1dari 20

Bahasa Melayu

Kesalahan Ayat
(Kata atau Istilah dan
Tatabahasa)
Kesalahan kata atau istilah bermaksud:

Kesalahan penggunaan perkataan perkataan yang tidak


sesuai dengan kehendak ayat atau situasi

Contoh ayat:

Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari pasar itu tadi.

Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari pasar itu tadi.
Kesalahan tatabahasa bermaksud:

Semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat


yang gramatis,melibatkan kesalahan hukum
tatabahasa.

Contohnya:

Memperbaiki

Membaiki atau memperbaik


Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikuti
kata bilangan:
Salah Betul
 Banyak organisasi-organisasi  Banyak organisasi
 Banyak perkara-perkara  Banyak perkara
 Beberapa orang peminat-  Beberapa orang peminat
peminat

 Empat unsur-unsur yang  Empat unsur yang berikut


berikut
HUKUM D-M
(D) Merujuk aspek yang ‘Diterangkan’

(M) Merujuk aspek yang “Menerangkan’

Perkara yang mahu ‘Diterangkan’harus dinyatakan


dahulu sebelum disusuli perkataan yang ‘Menerangkan’
Contoh :
 
             Salah                       Betul

  Rosli Klinik                             Klinik Rosli


Minah Restoran                      Restoran Minah
  Cili Sos                                     Sos Cili
Lain-lain Hal                            Hal-hal Lain
Ipoh Kedai Pajak Gadai           Kedai Pajak Gadai Ipoh
Goreng pisang                         Pisang goreng
Lain faktor                               Faktor lain
UJI MINDA

Betulkan kesalahan tersebut bagi Hukum D-M yang digariskan.


 
1.       Lain-lain masalah yang tidak dapat diselesaikan akan dibincangkan dalam
mesyuarat yang akan  datang.  

___________________________________________________________

2.       Jualan murah itu ditawarkan oleh Giant Pasar Raya yang baru dibuka pada
hujung minggu yang lalu.  
 
____________________________________________________________
UJI MINDA

Betulkan kesalahan tersebut bagi Hukum D-M yang digariskan.

3.       Saya menukar tayar kereta di Rizalman Kedai Servis Tayar kerana tayar kereta
saya telah haus.  
 
________________________________________________________________
 
4.       Mereka akan mengemukakan agenda lain-lain pada mesyuarat yang akan datang
disebabkan pertemuan yang diadakan gagal mencapai kata putus. 

_________________________________________________________________
Salah Betul

 lain-lain hal  Hal-hal lain

 lain-lain perkara  Perkara-perkara lain

 lain-lain masalah  Masalah-masalah lain


KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA ATAU
ISTILAH DAN TATABAHASA

 Kesalahan penggunaan kata pemeri ‘ialah’dan ‘adalah’.

‘ialah’ perlu diikuti kata nama.

‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama

 Pengimbuhan kata adjektif

Hanya dua imbuhan sahaja digunakan

Contoh: memperbaiki

Sepatutnya : membaiki atau memperbaik


KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA ATAU
ISTILAH DAN TATABAHASA
 Penggunaan ‘di’
Contoh : di kalangan...
Sepatutnya : dalam kalangan
Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.

 Kesalahan penanda wacana.


Contoh :
 Selain daripada itu/Selain dari itu.
Sepatutnya : selain itu,…
 Sehubungan itu
Sepatutnya : Sehubungan dengan itu,…
 Oleh kerana…
Sepatutnya : Oleh sebab…
KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA ATAU
ISTILAH DAN TATABAHASA
KATA SENDI NAMA
Kata sendi nama di (tempat), pada (masa, orang, binatang dan
benda abstrak)
Salah Betul
di pagi hari pada pagi hari
di abad ke-20 pada abad ke-20
di masa itu pada masa itu
di ingatan Pada ingatan
Buku itu ada dengan Ali Buku itu ada pada Ali
KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA ATAU
ISTILAH DAN TATABAHASA

KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta masa)
 

Salah Betul

hingga kepada hari ini hingga ke hari ini

kepada tempat lain ke tempat lain

dihempaskan kepada batu dihempaskan ke batu
KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA ATAU
ISTILAH DAN TATABAHASA

KATA SENDI NAMA


Kata sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali
masa)

  Salah Betul

ke pegawai itu kepada pegawai itu

ke ketua pasukan kepada ketua pasukan

ke bahaya dadah kepada bahaya dadah

dilemparkan ke Ali dilemparkan kepada Ali

diserahkan ke Ketua Pengarang diserahkan kepada Ketua Pengarang


KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA ATAU
ISTILAH DAN TATABAHASA
KATA SENDI NAMA
Kata sendi nama dari (Arah, Tempat dan Masa)

TEKNIK A T M
Salah Betul
Salah Saudara Saudara Betul
datang daripada mana? datang dari mana?
Daripada saat ini, ubahlah Dari saat ini, ubahlah
Saudara datang daripada mana?
sikapmu. sikapmu. Saudara datang dari mana?

Daripada saat ini, ubahlah sikapmu. Dari saat ini, ubahlah sikapmu.


KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA ATAU
ISTILAH DAN TATABAHASA
KATA SENDI NAMA
Kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang,
perbandingan, asal kejadian dan sebagainya).

TEKNIK P A
Salah Betul

Dari buku itulah banyak diperolehnya banyak Daripada buku itulah banyak


ilmu kebudayaan. diperolehnya banyak ilmu kebudayaan.

Dia lebih kaya dari saya. Dia lebih kaya daripada saya.


Peti itu dari kayu. Peti itu daripada kayu.
Kiriman itu dari ayahnya. Kiriman itu daripada ayahnya.
UJI
MINDA

LATIHAN 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa . Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya

1) Semua rakyat mesti saling bantu-membantu sewaktu menghadapi kemiskinan


ekonomi yang tidak menentu.

2) Murid diminta berdiri untuk mendendangkan lagu Negaraku bagi menghormati


kepada negara

3) Pengetua Sekolah-Pengetua Sekolah akan diberikan kenaikan darjat bersempena


dengan sambutan Hari Guru Malaysia pada tahun ini
LATIHAN 2

Sukan merupakan lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan atau kemahiran dalam sesuatu
permainan. Selain itu, sukan tidak sahaja menjadi medan untuk mempamerkan skil permainan atlet dalam
bidang masing-masing, malahan menjadi lapangan yang dapat meningkatkan mutu permainan sesebuah
pasukan. Lazimnya tiap negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan dalam penganjuran kejohanan
sukan yang bermutu dan bertaraf dunia.

LATIHAN 3
1) Orang yang mengetahui berbagai bahasa tidak mudah dibuli atau diambil kemudahan oleh orang lain.

2) Kos perbelanjaan untuk membina taman permainan kanak-kanak itu dibayar oleh pihak swasta.

3) Program Rakan Muda dilaksanakan mengikut gaya hidup tertentu kerana setengah kementerian
mempunyai kecekapan dalam bidang tersebut untuk membangunkan belia.
LATIHAN 4
1) Bantuan rakyat 1Malaysia ialah untuk membantu golongan yang berkemampuan rendah.

2) Bebebrapa buah rumah-rumah rosak teruk dan pokok rebah akibat ribut yang melanda
Kawasan itu.

3) Lima hakim telah mengadil Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat
Negeri.

LATIHAN 5
1) Kempen untuk melayangkan Jalur Gemilang seharusnya dijalankan secara berterusan dan
tidak terhad kepada bulan kemerdekaan sahaja.

2) Kereta api Sinaran Pagi dari dari Johor Bahru telah terbabas dari landasan menyebabkan dua
gerabaknya terbalik.

3) Abang belum mengambil keputusan tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau
sektor kerajaan
Tamat

Terima kasih

Cikgu Liza

Anda mungkin juga menyukai