Anda di halaman 1dari 3

SYARAHAN BAHASA MELAYU IHTIFAL ILMI 2022

SEKOLAH : SMA AT-TANWIRIAH


TAJUK SYARAHAN : AKHLAK DAN KEPIMPINAN MEMBINA TAMADUN
PESERTA : MUHAMMAD ASSYAHMI BIN SYAMSUL ANUAR
NO.KAD PENGENALAN: 060927-05-0455

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…
Kalungan apresiasi saya hulurkan buat saudara/saudari pengerusi,
Kombinasi intelektual kehakiman penuh berintegriti,
Saudara/saudari penjaga masa yang cukup setia pada jam randiknya,
Barisan guru berinovasi yang amat saya hormati,
Rakan-rakan seperjuangan tonggak aspirasi murni,
Seterusnya kulasentana dewan sinergi tranformasi dekat di hati.

Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,


Dengarkanlah syarahan saya yang bertajuk, AKHLAK DAN KEPIMPINAN MEMBINA
TAMADUN.
Sebelum saya menutur bicara,baik kiranya jika pemahaman menurut Kamus Dewan menjadi
pembuka utama tirai agenda, agar segala yang menjadi persoalan akan terjawab dengan lebih
jelas dan nyata.
Akhlak dapat ditakrifkan sebagai budi pekerti, kepimpinan pula bermaksud keupayaan
memimpin manakala membina tamadun pula bermaksud membangunkan keadaan
masyarakat manusia yang dicirikan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran.
Maka, akhlak dan kepimpinan membina tamadun ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang
untuk memimpin dan membangunkan keadaan masyarakat daripada segi kemajuan dan
pemikiran sesuatu kelompok masyarakat.
Warga dewan yang dihormati,
Memulakan wacana fikrah pertama,: AKHLAK YANG UNGGUL KUNCI
PEMIMPIN BITARA
Kehidupan Sultan Muhammad Al-Fatih sangat cinta akan ulama, oleh itu memang
tidak hairanlah bahawa baginda sentiasa di bawah pengawasan Syeikh Shamsuddin Al-Wali
dan Mulla Al-Kurani. Kumpulan ulama inilah yang mempengaruhi keperibadian dan
pandangan baginda tentang kehidupan sehingga menjadi pemimpin yang tawaduk dan
bertoleransi.

1
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan
janganlah kamu berjalan dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
sombong lagi membanggakan diri”.
(Surah Luqman ayat 18)
Impaknya, keperibadian Islam dan akhlak mampu mencorakkan insan tawaduk berteraskan
beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap individu.

Warga dewan pemangkin bestari,


Meneruskan wacana fikrah saya yang kedua, MASYARAKAT BERAKHLAK
PEMANTAPAN KEUPAYAAN KEPIMPINAN.
Kini, dalam era yang moden, masyarakat yang berakhlak dan berilmu pengetahuan menjadi
pendokong utama kepada usaha memantapkan dan menjana pembangunan sesebuah negara
yang bersifat tekal dan berterusan.
Pemimpin yang berakhlak lagi berwibawa merupakan pemimpin yang menerajui dan
menggarap kemajuan hari ini.
Ketua negara, raja atau pemimpin utama ialah jawatan atau kedudukan yang menjadi amanah
paling besar bagi manusia yang ditolak oleh makhluk langit dan bumi kerana takutkan
balasan Allah SWT. Firman-Nya Dalam Surah Al-Ahzab Ayat 72:
﴿٢‫ِإَّنا َع َر ْض َنا اَأْلَم اَنَة َع َلى الَّس َم اَو اِت َو اَأْلْر ِض َو اْلِج َباِل َفَأَبْيَن َأْن َيْح ِم ْلَنه‬
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (tanggungjawab) kepada langit dan bumi
serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang
tidak dapat menyempurnakannya (kerana tiada pada mereka persediaan untuk memikulnya);
dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya.
Sejarah juga memaparkan kekaguman Richard The Lion Heart, terhadap Sultan Salehuddin
al-Ayyubi yang berjaya mengambil kembali al-Aqsa daripada penguasaan Kristian melalui
beberapa siri Perang Salib kerana akhlaknya yang beramanah serta pegangan ilmu agamanya
yang terpuji.
Impaknya, masyarakat yang berakhlak teras kepada pemantapan keupayaan seseorang
pemimpin dalam membina tamadun dan menegakkan agama seterusnya membawa Islam
terus maju, cemerlang, gemilang dan terbilang.

2
Warga dewan yang dimuliakan,
Wacana fikrah saya yang ketiga, di bawah lembayung kata, KELAKUAN MURNI,
MEKANISME KEPIMPINAN YANG UTUH, STANDARD MASYARAKAT ISLAM
KELAS PERTAMA.
Pembinaan sahsiah seseorang pemimpin melalui penghayatan nilai-nilai murni seperti nilai
amanah, nilai bertoleransi, nilai keadilan dan nilai berkasih saying perlu dibentuk agar
menjadi platform kepimpinan yang akan menggilap masyarakat hari ini umpama permata
yang bersinar. Pujangga Melayu pernah berkata tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi
rumah binasa, tegak bangsa kerana budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.
Diriwayatkan dari Mujahid tentang firman Allah "berbudi pekerti yang luhur", ia berkata,
"Yaitu agama." Sementara itu, dari Aisyah ra. ketika ditanya akhlak Rasulullah SAW, ia
menjawab, "Akhlak beliau Al Quran." (HR. Ahmad dan disahihkan oleh Al-Allamah Al-Albani
dalam Shahih Al-Jami').
Oleh itu, pemimpin yang berjiwa santun perlu disuburkan dalam sesebuah kepimpinan agar
masyarakat hidup bersatu padu ibarat indahnya Peribahasa Melayu, seikat bak sirih
serumpun bak serai.
bersama hujah yang kukuh dapat saya simpulkan di sini bahawa…
Pemimpin yang berakhlak dan berilmu adalah sangat penting bagi membina tamadun
manusia yang berjaya. Ia amatlah menyumbang terhadap proses pembinaan negara dan
tamadun umat. Sekiranya yang benar, baik dan bermanfaat menjadi amalan, maka aspek ini
dapat mengekalkan masyarakat yang bertamadun.
Ia selaras dengan misi dan visi hidup dalam memajukan masyarakat yang cemerlang.

Dengan ini, saya akhiri syarahan saya dengan ungkapan,” AKHLAK DAN KEPIMPINAN
MEMBINA TAMADUN”.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai