Anda di halaman 1dari 10

Bab 15 : Tetamu Istimewa

 Lam Xue Yi
 Karen Wong
Sinopsis
Balai raya yang sebelum ini sepi dan seolah-olah mati, kembali berseri. Petang tadi, Haiqal
membantu kerja-kerja memperkemaskan balai raya. Tidak terkecuali, See Hwa yang sama-sama
mengemas bahagian dalam balai raya itu agar kelihatan cantik dan rapi. Penduduk kampung sibuk
bergotong-royong memasak nasi jagung, kurma daging kambing dan daging lembu, ayam masak
merah serta dalca untuk hidangan para tetamu. Seminggu sebelum acara persembahan
dilangsungkan , Haiqal memaklumkan kepada walidnya tentang zapin jincat dan meminta walid, umi
dan Nurul Aisyah mendoakannya agar dia dapat mempersembahkan tarian itu dengan sebaik
mungkin. Berita yang amat mengejutkan apabila Lazim ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu
pulang dari kerja dan dia tidak dapat menari. Pak Cik Bakar kelihatan resah dan bimbang kerana
sudah tiada masa lagi untuk menukar dan berlatih dengan pasangan baru dalam persembahan itu.
Haiqal dan Lazim sememangnya pasangan tarian yang serasi kerana masing-masing dapat membaca
gerak dan langkah. Haji Salim mencadangkan See Hwa untuk menggantikan tempat Lazim kerana
dulu sewaktu masih budak-budak See Hwa selalu berpasangan dengan Lazim. Haiqal diminta oleh
Haji Salim untuk memujuk See Hwa. Selepas solat maghrib dia langsung ke rumah Tauke Ong. Haiqal
berasa terkejut apabila melihat pakaian yang digosok oleh See Hwa ialah baju zapin. See Hwa
berterus terang dengan Haiqal bahawa pada malam ini dia dan Lazim ingin membuat kejutan
untuknya. Ini semuanya rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim tetapi telah berubah. Haiqal
memujuk dan berharap See Hwa menggantikan Lazim dan gadis itu bersetuju. Pada malam itu,
persembahan zapin D'Purnama berjalan dengan baik dan lancar. Walid , umi , dan Nurul Aisyah turut
sama hadir bagi menyokongnya. Haiqal berasa sangat terharu dengan kehadiran mereka.
Persoalan
1. SEMANGAT GOTONG-ROYONG DALAM MASYARAKAT DESA
• Penduduk Seri Purnama bergotong-royong menyediakan nasi jagung , Kurma daging kambing dan daging lembu di
belakang balai jaya untuk jamuan tetamu pada majlis persembahan zapin pada malam itu

2.IKATAN KASIH SAYANG ANTARA KELUARGA YANG TIDAK AKAN PUTUS SAMPAI BILA-BILA
• Ketika sedang membuat persembahan, umi, walid dan adiknya Nurul Aisyah muncul di belakang balai menyaksikan
persembahan Haikal. Haikal tidak menduga mereka akan hadir tanda merestui perjuangan seninya setelah umi begitu
kuat menentang kehendaknya. Wajah-wajah yang dirinduinya membuat Haikal mahu berlari memeluk mereka dan
menangis sepuas-puasnya tanda kesyukuran.

3. SEMANGAT SETIAKAWAN YANG TINGGI


• Lazim dan rakan-rakan hadir memberi sokongan pada malam persembahan. Lazim hadir dengan dipapah oleh rakan-
rakan kerana kemalangan dan tidak dapat menari pada malam itu.
• Pada malam persembahan zapin pada malam itu, See Hwa bersetuju, menggantikan tempat Lazim yang tidak dapat
menari berpasangan dengan Haikal kerana kemalangan jalan raya.
Watak dan perwatakan
1.HAIKAL
PENYAYANG
• Haikal menangis melihat umi, walid dan adiknya Nurul Aisyah hadir pada malam
persembahan zapin di Kampung Seri Purnama. Dia ingin memeluk mereka kerana
terlalu merindui wajah-wajah yang amat disayanginya.
PANDAI MEMUJUK
• Haikal berjaya memujuk See Hwa untuk menari zapin berpasangan dengannya bagi
menggantikan tempat Lazim. Haikal menggunakan alasan yang See Hwa menari itu
demi arwah ayahnya dan tetamu-tetamu yang hadir jika tidak mahu menari untuknya.
2.SEE HWA
SETIAKAWAN
• See Hwa bersetuju menari dengan Haikal demi memenuhi kehendak Haikal agar See
Hwa menari untuk tetamu yang hadir.

3.LAZIM
SETIAWAKAN
• Walaupun kakinya cedera akibat kemalangan jalan raya, Lazim datang dipapah oleh
rakan-rakan untuk memberi sokongan kepada Haikal yang akan membuat persembahan
zapin pada malam itu.
Nilai
NILAI KEMANUSIAAN
1. KASIH SAYANG
• Haikal menangis melihat Walid, Umi dan Nurul Aisyah
adiknya hadir pada malam persembahan zapin. Haikal ingin
berlari memeluk mereka yang amat disayangi dan
dirinduinya.

NILAI KEMASYARAKATAN
2. SETIAKAWAN
• See Hwa bersetuju menari zapin menggantikan tempat
Lazim setelah dipujuk oleh Haikal.
• Lazim yang ditimpa kemalangan jalan raya datang
dipapah oleh rakan-rakan untuk menyaksikan
persembahan tarian zapin yang ditarikan oleh Haikal.
3. TOLONG-MENOLONG
• Haji Jamil tersenyum puas melihat anak-anak buahnya
bergotong-royong membuat persiapan.
• Haikal membantu menyusun kerusi-kerusi plastik untuk
jamuan tetamu khas.
• See Hwa mengemas bahagian di dalam balai raya agar
kelihatan cantik
• Di belakang balai raya penduduk kampung bekerjasama
memasak nasi jagung, kurma daging kambing dan lembu, ayam
masak merah dan dalca.

NILAI KEROHANIAN/KEAGAMAAN
1.KESYUKURAN
• Haikal menangis kesyukuran melihat Walid, Umi dan Nurul
Aisyah muncul menyaksikan persembahan tarian zapinnya pada
malam itu.
Pengajaran
1. KITA HENDAKLAH MENGAMAIKAN SEMANGAT KERJASAMA
AGAR SEMUA YANG DIRANCANG MENCAPAI MATLAMAT

• Penduduk kampung, Haikal dan See Hwa bekerjasama


membuat persiapan untuk majlis persembahan zapin pada
malam itu.
• Haikal menyusun kerusi-kerusi plastik untuk jamuan tetamu
khas
• See Hwa mengemas dan menghias di dalam balai raya agar
kelihatan cantik.
• Penduduk kampung memasak makanan di belakang balai
raya.
2. KITA JANGAN LUPA MEMINTA RESTU IBU BAPA AGAR
SEGALA URUSAN KITA MUDAH TERLAKSANA
• Seminggu sebelum majlis persembahan, Haikal
memaklumkan kepada Walid agar Walid, Umi dan adiknya
Nurul Aisyah memohon restu mereka dan mendoakannya
agar dapat membuat persembahan dengan jayanya.

3. KITA JANGAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN KELUARGA


WALAUPUN BERLAINAN PANDANGAN
• Umi yang menentang keputusan Haikal untuk pulang ke
kampung Seri Purnama akhirnya muncul memberi
sokongan kepada Haikal pada malam persembahan zapin.
Umi , Walid dan adiknya Nurul Aisyah tersenyum melihat
Haikal menari.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai