Anda di halaman 1dari 2

Perubahan iklim dunia semakin ketara menyebabkan kemarau berpanjangan dan bencana banjir

besar serta kemusnahan hidupan bumi.


Jelaskan penglibatan Malaysia dalam menangani isu ini di peringkat global.
Skema jawapan : 5+0
Pengenalan :
Pemanasan global hari ini telah membawa kepada perubahan iklim yang ketara . Perubahan iklim ini
merupakan isu yang menjadi cabaran penting bukan sahaja di peringkat negara kita tetapi cabaran
dunia hari ini. Malaysia turut melibatkan diri dalam menangani isu ini.
Bil isi huraian
1 Menghadiri Persidangan Antarabangsa PBB  Persidangan anjuran PBB seperti
Persidangan Kyoto di Jepun pada tahun
1997 dan Persidangan di Copenhagen,
Denmark pada tahun 2009.
 Protokol Kyoto telah disertai oleh 141 buah
negara dunia termasuk Malaysia , dimaterai
untuk mengawal pelepasan rumah hijau
 Persidangan di Copenhagen pula dihadiri
oleh 193 buah negara termasuk Malaysia
pula merangka pelan tindakan untuk
menangani kesan perubahan iklim dunia

2 Mengadakan Kempen Program „Earth  Program ini dilancarkan secara rasmi


Hour‟ semasa Persidangan Perubahan iklim PBB di
Bali pada 14 Disember 2009.
 Kempen ini mengajak penduduk dunia
termasuk rakyat Malaysia untuk bergelap
dengan memadamkan semua lampu yang
menggunakan kuasa elektrik tepat pukul
8.30 malam waktu tempatan
 Malaysia menyokong kempen ini sebagai
tanda keprihatinan negara bagi menangani
pemanasan global.
3 Menghadiri Mesyuarat Ketuaketua  Malaysia telah menghadiri Mesyuarat
Kerajaan Komanwel Ketua-ketua Kerajaan Komanwel berhubung
dengan perubahan iklim pada tahun 2009 di
Trinidad dan Tobago 
 Deklarasi Port-of-Spain mengenai
perubahan iklim telah dikeluarkan untuk
menuntut kesungguhan masyarakat dunia
menangani isu pemanasan global secara
mapan.

4 Pengurusan Bencana melalui Pusat  Pusat Serantau Sains Asia telah diwujudkan
Serantau Sains Asia untuk memesatkan penggunaan ICT dalam
kalangan negara anggota termasuk Malaysia
, khususnya dalam pembangunan dan
keselamatan serantau
 Penggunaan ICT dalam pengurusan
bencana ASEAN dapat memberi maklumat
yang cepat sekiranya ada ancaman tsunami
dan kejadian bencana yang lain.
 Penggunaan ICT ini dapat membantu
Malaysia dan negara jiran dalam
mengurangkan kemusnahan terhadap
hidupan bumi akibat bencana alam.
5 Persidangan Antarabangsa tentang isu  Sekatan dan kawalan ke atas penerokaan
Antartika yang tidak terkawal di Antartika untuk
mengambil bahan mentah perlu segera
ditangani.
 Pencaiaran ais yang drastik di Antartika akan
memberi kesan banjir besar serta bencana
alam yang lain
 Malaysia menyuarakan pendapat bahawa
Antartika adalah warisan bersama serta
menyatakan bantahan terhadap
penerokaan Antartika dalam persidangan
PBB yang ke-37 dan Persidangan NAM
ketika isu Antartika dibincangkan pada
tahun 1982.

Penutup: Manusia pada hari ini perlu sedar bahawa peningkatan suhu dunia akan mengancam nyawa
dan kehidupan bumi yang lain. Malaysia menyokong segala usul dan tindakan dalam memastikan
perubahan iklim dunia kurang memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai