Anda di halaman 1dari 11

1 MODUL ESEI FOKUS SEMESTER 1, 2020 OLEH: SALMIAH RAMLI

MODUL ESEI FOKUS


PENGAJIAN AM

PENGAJIAN AM
SEMESTER 1, 2020

TEMA:

EKONOMI

Dibina oleh:
Puan Salmiah binti Ramli
(rasahati)

1
2 MODUL ESEI FOKUS SEMESTER 1, 2020 OLEH: SALMIAH RAMLI

SOALAN-SOALAN STPM TAHUN-TAHUN LEPAS ESEI


2013- 2019 (SEMESTER 1)

ESEI EKONOMI

TAHUN TAJUK

STPM S22- Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis barangan


2012/2013 kraftangan. Usaha perlu dijalankan untuk menjadikan industri kraftangan ini
sebagai satu industri berskala besar yang mampu memberikan sumbangan
kepada ekonomi negara. Bincangkan. ( 5 + 0)

STPM S22 - Penghijrahan modal insan Malaysia yang mempunyai kemahiran dan
2014/2015 pengetahuan tinggi (brain drain) ke negara lain terus berlaku. Fenomena ini
jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan ekonomi negara. Bincangkan.
(3 + 2)

2
3 MODUL ESEI FOKUS SEMESTER 1, 2020 OLEH: SALMIAH RAMLI

TEMA : EKONOMI
Bil Idea Huraian
Kesan Positif perkembangan Ekonomi.

1 Pelaburan asing meningkat.  Perkembangan ekonomi akan menarik pelaburan asing dari luar negara.
 Pelabur berpeluang melabur dan menjana keuntungan.
 Sumber dan tenaga buruh sedia ada dan mencukupi akan menarik
pelaburan asing melabur dalam negara.
2 Peluang pekerjaan yang  Peluang pekerjaan semakin berkembang.
banyak/ Mewujudkan  Rakyat mendapat pekerjaan dan pengangguran dapat dikurangkan.
peluang pekerjaan.  Dapat menjana pendapatan individu dan keluarga.
 Membantu membasmi kemiskinan dan mengurangkan kadar
penggangguran dan kadar jenayah disamping meningkatkan taraf hidup
semua lapisan masyarakat.
 Rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa.
3 Menyumbang kepada  Pendapatan individu dan firma akan meningkat hasil daripada permintaan
pendapatan @ dalam dan luar negara yang kukuh.
 Eksport barangan keluar negara juga bertambah.
Peningkatan pendapatan  Setiap keuntungan dan perolehan yang diperoleh daripada pendapatan
negara. syarikat akan dikenakan cukai.
 Pendapatan negara akan meningkat dengan adanya cukai, duti dan
sebagainya.
4 Perluasan pasaran ke luar  Sekiranya ekonomi berkembang, banyak syarikat tempatan dapat
negara. menghasilkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan.
 Barangan juga dapat dipasarkan di dalam dan di luar negara melalui
aktiviti promosi berterusan dengan rakan dagangan.
 Cth: Agensi seperti FAMA boleh membantu mendapatkan pasaran luar bagi
sektor pertanian bagi produk pertanian yang diproses atau produk hiliran.
 Pasaran barangan perindustrian juga dapat diperluas keluar negara.
5 Peningkatan pembangunan  Perkembangan ekonomi juga akan menyebabkan berlakunya
negara/fizikal. perkembangan pembangunan fizikal seperti taman perumahan, pusat
membeli-belah dan sebagainya.
 Semakin berkembang ekonomi semakin berkembang pembangunan fizikal
di sesebuah negara.
 Situasi ini akan menyebabkan bertambahnya bandar dan bandaraya di
Malaysia
6 Pembangunan infrastruktur  Kemasukan Pelaburan asing dan domestik menyumbang kepada
bertambah. pembangunan infrastruktur.
 Akan meningkatkan kemudahan asas seperti jalan raya,
telekomunikasi dan kemudahan sukan dan sebagainya.
 Rakyat akan menikmati kemudahan asas yang lebih moden dan baik.
7 Taraf hidup meningkat.  Peluang pekerjaan yang banyak dan gaji yang lumayan membolehkan
penduduk menikmati kemudahan yang lebih selesa dan moden.
 Mereka yang berpendidikan tinggi akan mendapat pendapatan yang tinggi.
 Meningkatkan taraf hidup mereka.
8 Menggiatkan penyelidikan  Akan lebih ramai rakyat terlibat dalam bidang R & D.
dan pembangunan (R &  Ramai saintis dalam pelbagai bidang dapat di hasilkan.
D).  Penyelidikan terhadap bahan mentah tempatan boleh menghasilkan
pelbagai produk baru.
 Akan lebih banyak rekaan dan produk inovasi baru di hasilkan bagi
meningkatkan pengeluaran dan produktiviti.
9 Berlakunya peningkatan  Kerjasama syarikat kecil dengan industri besar akan membolehkan
teknologi/ pemindahan berlakunya pemindahan teknologi.
teknologi terkini.  Pemindahan teknologi boleh berlaku melalui latihan, khidmat nasihat,
kemahiran pekerja serta peningkatan kualiti.

3
4 MODUL ESEI FOKUS SEMESTER 1, 2020 OLEH: SALMIAH RAMLI

Faktor meleset Ekonomi:


1 Penurunan harga  Penurunan harga minyak global juga menjejaskan harga petroleum
minyak/ komoditi Malaysia.
utama.  Penurunan mendadak harga komoditi lain seperti gas asli, dan kelapa
sawit serta pasaran saham turut menjejaskan ekonomi Malaysia.
 Sebagai contohnya, hal ini demikian kerana Malaysia merupakan negara
yang banyak eksport kelapa sawit dan petroleum dunia.
 Apabila harga kelapa sawit menurun, tentunya keuntungan kepada
negara akan berkurang secara tidak langsung menjejaskan ekonomi
negara
2 Keadaan ekonomi dunia.  Kegawatan ekonomi dunia yang berlaku akhir tahun 2008 di Amerika
Syarikat telah memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.
 Dunia kini sedang mengalami gelora ekonomi yang bermula daripada
krisis kewangan Amerika Syarikat turut menjejaskan ekonomi negara
maju yang lain seperti negara-negara Eropah, Jepun, China, Singapura, dan
tidak ketinggalan Asia Tenggara mula menerima kemelesetan ekonomi.
 Malaysia yang menjalankan ekonomi terbuka turut menerima tempias
akibat daripada krisis ekonomi global tersebut.

Faktor perkembangan Ekonomi


1 Kestabilan politik.  Kestabilan politik merupakan faktor utama untuk menggalakkan lagi
sektor ekonomi.
 Keadaan politik yang stabil dan tidak berlaku krisis perkauman, sudah
tentu akan memberi keyakinan kepada para pelabur.
 Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani Perjanjian Jaminan
Pelaburan dengan negara-negara asing yang bermatlamat untuk memberi
jaminan bahawa kerajaan tidak akan memiliknegarakan mana-mana
syarikat asing di negara ini.
 Perjanjian ini dapat menambahkan keyakinan pelabur asing dan
menggalakkan kemasukan modal asing ke negara ini
1 Permintaan Pasaran  Permintaan barangan dan perkhidmatan keluaran negara dalam atau luar
meningkat. negara yang meningkat.
 syarikat tempatan melipatgandakan pengeluaran mereka bagi menampung
permintaan.
 Menarik pelaburan dari dalam dan luar negara untuk melabur kerana ia
menguntungkan.
2 Penggunaan teknologi  Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baru
moden/terkini. muncul.
 Pelbagai teknologi moden digunakan untuk memajukan pelbagai sektor
dalam negara.
 Teknologi moden dan terkini juga digunakan dalam bidang perindustrian.
 Meningkatkan produktiviti pengeluaran syarikat. Kualiti barangan juga
dapat ditingkatkan.
 Cth bidang pertanian, teknologi moden berjaya menghasilkan baka
pertanian seperti mempunyai daya rintangan terhadap penyakit yang
lebih tinggi. Kesannya, pengeluaran pertanian meningkat.
3 Dasar-dasar Ekonomi  Dasar yang memberi tumpuan bagi meningkatkan daya saing perusahaan.
kerajaan.  Dasar pembangunan ekonomi memberi pelbagai insentif seperti subsidi
harga dan memberikan dana tertentu sebagai galakkan.
 Sokongan kerajaan yang berterusan dapat menggalakkan
perkembangan pelbagai sektor.
 Kerajaan juga memberikan jaminan membantu membuka pasaran di
peringkat antarabangsa.
4 Tenaga Kerja yang  Penduduk yang ramai telah menyediakan tenaga buruh yang murah dan
mencukupi. mudah didapati
 Selain itu, masalah tenaga buruh diatasi dengan pengambilan pekerja
asing
 Agensi kerajaan dan swasta mengadakan kursus kemahiran dari semasa
ke semasa bagi meningkatkan kemahiran & pengetahuan pekerja
 Syarikat-syarikat menghantar pekerja ke luar negara seperti jepun &
sebagainya untuk meningkatkan pengetahuan teknologi terkini
 Upah buruh yang rendah dengan kualiti tinggi telah menarik pelaburan
asing kerana kos pengeluaran masih rendah.

4
5 MODUL ESEI FOKUS SEMESTER 1, 2020 OLEH: SALMIAH RAMLI

5 Kemudahan insfrastruktur  Kerajaan telah memajukan infrastruktur dalam negara supaya aktiviti
yang baik. ekonomi dapat dijalankan dengan lancar
 Kerajaan juga telah membina lebuhraya untuk menjimatkan masa
perjalanan
 Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Klang & banyak lagi dilengkapi
dengan kemudahan infrastruktur yang moden untuk memudahkan segala
urusan
 Sistem perkhidmatan kereta api elektrik seperti LRT, Komuter, Monorel
& KLIA Ekspress dimajukan untuk mengatasi masalah kesesakan
jalanraya.
 Lapangan Kapal Terbang yang lengkap juga memudahkan pengangkutan
barangan ke luar negara.
 Sistem Telekomunikasi yang meluas dan canggih mempercepatkan
perhubungan dan komunikasi dalam dan luar negara.

Kesan Negatif (EKONOMI):


1 Pembangunan negara  Aktiviti pembangunan yang dirancang untuk rakyat akan terganggu dan
menjadi perlahan/ tergendala.
terjejas.  Pembinaan prasarana akan menjadi berkurangan, manakala keadaan
prasarana yang sedia ada pula dibiarkan begitu sahaja.
 Hal ini kerana peruntukan kerajaan kepada pembangunan berkurangan
kerana kerajaan perlu berjimat cermat dan mengurangkan kos
perbelanjaan kerana kekurangan pendapatan.
2 Peningkatan penggangguran.  Peningkatan pengangguran adalah salah satu kesan besar kemelesetan
ekonomi di mana hasil pendapatan akan berkurangan lantas menjejaskan
peluang ekonomi individu dan keluarga.
 Hal ini kerana kemelesetan ekonomi turut memberi kesan kepada guna
tenaga dalam pelbagai sektor terutamanya sektor pembuatan.
 Kadar pemberhentian pekerja meningkat berikutan kemerosotan
permintaan produk dan perkhidmatan yang dihadapi oleh pihak
industri.
3 Penurunan pendapatan  Kos operasi yang tinggi dan pengurangan permintaan menyebabkan
negara. pengurangan keuntungan syarikat.
 Cukai yang dapat dipungut oleh kerajaan akan berkurang.
 Kesannya, Pendapatan dari hasil kutipan cukai kerajaan akan menurun.
 Pertumbuhan ekonomi menjadi lembap kerana negara kehilangan
pendapatan untuk pembangunan.
4 Pelabur asing hilang  Pelabur-pelabur enggan melabur kerana keuntungan berkurang akibat kos
keyakinan. operasi yang tinggi.
 Kadar faedah pinjaman turut meningkat akan mengurangkan kredit.
 Menyebabkan pelabur akan menabung untuk mendapatkan pulangan yang
tinggi dan mengurangkan risiko pelaburan.
5 Kos sara hidup meningkat.  Harga barang keperluan dan perkhidmatan meningkat kerana kos
penghantaran barangan meningkat.
 Pengeluar akan mengalihkan beban yang ditanggung kepada pengguna
apabila kos pengeluaran meningkat.
 Maka harga barang keperluan akan dinaikkan untuk mengurangkan
tanggungan pengeluar.
 Kuasa beli pengguna akan berkurangan dan berlakunya inflasi dan
menyebabkan kos sara hidup meningkat.
6 Penurunan hasil eksport  Kemelesetan ekonomi global akan menjejaskan hasil eksport negara,
negara. terutamanya bagi negara-negara membangun kerana permintaan yang
rendah dan penurunan harga komoditi utama.
 termasuk permintaan untuk barangan pembuatan.
 Ianya akan menjejaskan pembentukan dan pembesaran perniagaan/
syarikat kerana para pembeli akan menghadkan perbelanjaan mereka
ketika kemelesetan ekonomi berlaku.

5
6 MODUL ESEI FOKUS SEMESTER 1, 2020 OLEH: SALMIAH RAMLI

Peranan Kerajaan mengatasi Kemelesetan Ekonomi

1 Meningkatkan  Pengunaan teknologi moden dalam menghasilkan dan meningkatkan


pengeluaran produk pengeluaran produk
komoditi dan eksport.  Mempelbagaikan sumber ekonomi dan tidak tertumpu kepada satu jenis
komoditi
 Mencari pasaran eksport di negara serantau dan dunia
 Memberi insentif pelaburan kepada pemodal asing
 Peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan mengadakan kerjasama
strategik dengan syarikat swasta tempatan dan multinasional

2 Mengawal mata wang  Mengurangkan pengambilan buruh asing yang tidak mahir dapat
dan aliran pertukaran mengurangkan pengaliran wang ke luar negara.
wang  Menghalang rakyat menyimpan wang di luar negara melalui akta dan dasar
perundangan.
 Mengelakkan perdagangan mata wang dalam pasaran terbuka.
 Tidak bersandarkan kepada mata wang Amerika Syarikat dan
menggantikannya dengan mata wang dinar.

3 Merangka pelan jangka  Pelan induk dasar perbelanjaan kerajaan yang kompetatif dapat
panjang dan pendek meningkatkan pengaliran wang dalam negara
 Menggalakkan rakyat berbelanja dan membeli barangan tempatan,
kerajaan mengawal harga barangan dan meningkatkan pengeluaran
barangan pengguna
 Memberi insentif kepada rakyat dan mengurangkan kadar faedah pinjaman

4 Mengurangkan import  Mengurangkan import barangan makanan dan barangan keperluan harian.
barangan makanan dan  Mengimport barangan luar akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan
barangan keperluan berlaku defisit dalam perbelanjaan negara.
 Kempen menggalakkan rakyat membeli barangan buatan tempatan
 Menaikkan cukai barangan yang diimport dan harga akan menjadi mahal,
maka rakyat kurang membeli barangan import

Peranan rakyat
1 Berbelanja secara  Pengguna hendaklah merancang perbelanjaan harian secara
berhemah. bijaksana.
 Membeli barangan mengikut keutamaan dimana yang mustahak dan
diperlukan sahaja.
 Elakkan pembaziran semasa pembelian barangan keperluan harian.

2 Mengutamakan barangan  Pengguna hendaklah mengutamakan dan membeli barangan


keluaran tempatan. keluaran tempatan.
 Hal ini dapat mengurangkan kadar import dan pengaliran mata wang
malaysia ke luar negara.
 Pasaran mata wang tempatan akan berkembang dan harga barangan
tempatan menjadi lebih rendah.

3 Menabung di dalam negara.  Rakyat tempatan hendaklah mempunyai kesedaran untuk menyimpan
wang mereka dalam negara saja.
 Dengan ini, pihak bank perlu menyediakan kadar keuntungan yang
menarik
 Rakyat yang mempunyai simpanan diluar negara atau mempunyai
pelaburan di luar negara hendaklah membawa balik keuntungan ke
Malaysia sama ada disimpan atau dilaburkan semula dalam negara.

6
7 MODUL ESEI FOKUS SEMESTER 1, 2020 OLEH: SALMIAH RAMLI

Usaha Kerajaan meningkatkan ekonomi:


1 Dasar-dasar kerajaan.  Mengubah tumpuan ekonomi daripada pertanian kepada
perindustrian.
 Dasar negara tidak bergantung kepada komoditi utama semata- mata.
 Memberi taraf perintis, menubuhkan zon perdagangan bebas.
 Industri gantian import dan industri berorietasikan eksport.

2 Menggalakkan kemasukan  Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan


pelabur asing. Industri menghantar rombongan perdagangan bagi menarik pelaburan
dari luar negara.
 Rombongan-rombongan ini bertujuan untuk menyedarkan pelabur asing
mengenai potensi pelaburan di Malaysia.
 Menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pelabur asing.
 Pemberian taraf perintis iaitu pengecualian cukai.
 Mewujudkan kawasan perdagangan bebas.
 Membina prasarana yang lengkap dan moden.
 Menjamin keselamatan mereka.
3 Menyediakan sumber  Bekalan tenaga buruh yang mencukupi akan menjadi tarikan pelabur
tenaga kerja yang asing.
mencukupi  Latihan dan kursus kemahiran disediakan bagi meningkatkan kemahiran
dan kecekapan tenaga kerja tempatan.
 Tenaga mahir dan pakar sentiasa ditingkatkan menerusi pelbagai skim
latihan kepakaran.
 Tahap kepakaran yang tinggi dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti serta meminimumkan kos pengeluaran.
 Memudahkan pelabur tempatan untuk menjalankan aktiviti mereka.
4 Memperkasa Penyelidikan  Memberi pengiktirafan kejayaan-kejayaan inovasi yang dihasilkan.
dan Pembangunan (R & D)  Memperkenalkan produk-produk baru hasil inovasi.
 Bidang R&D penting bagi menghasilkan inovasi baru dan meningkatkan
kualiti produk yang dikeluarkan agar dapat bersaing dipasaran
antarabangsa
 Melalui penyelidikan dapat menghasilkan teknologi yang canggih
 Dapat kurangkan kos dan tingkatkan produktiviti
 Teknologi baru juga dapat di jual kepada negara-negara lain.
5 Mentransformasikan  Mengubahsuai kurikulum ke arah Sains, Teknologi Dan Metematik
sistem pendidikan (STEM)
negara.  Penjenamaan pendidikan vokasional dan teknikal (TVET)
 Penetapan nisbah pelajar sains 60% dengan aliran sastera 40%
6 Menggalakkan  Mengalakkan pengusaha daripada cara tradisional kepada teknologi
penggunaan teknologi moden.
moden/  Penggunaan teknologi moden membolehkan perusahaan diperbesar dan
Mengaplikasikan dipasarkan keluar negara.
teknologi moden.  Teknologi moden juga memudahkan pengurusan pekerjaan dan
pemasaran barangan secara cekap dan cepat.
7 Menyediakan  Menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran dan pinjaman.
bantuan  Pinjaman kewangan dipermudahkan dan ditambah dalam jumlah yang
kewangan. lebih besar.
 Bantuan: kredit (pinjaman kewangan), bantuan modal/subsidi.
 Dapat membangunkan perusahaan dan syarikat sehingga ke tahap global
dengan pasaran yang lebih luas.
8 Memperluas pasaran.  Kerajaan meneroka pasaran baru di peringkat antarabangsa.
 Menjalin hubungan dagangan yang erat dengan negara lain.
 Menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan menyertai
ekspo antarabangsa bagi mempromosi barangan.
9 Meningkatkan  Mempelbagaikan sumber ekonomi dan tidak tertumpu kepada satu jenis
pengeluaran produk industri.
eksport.  Peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan mengadakan
kerjasama strategik dengan syarikat swasta tempatan dan multinasional.
 Memberi insentif pelaburan kepada pemodal asing sebagai galakan.

7
8 MODUL ESEI FOKUS SEMESTER 1, 2020 OLEH: SALMIAH RAMLI

8 Meningkatkan kemudahan  Dapat mewujudkan iklim pelaburan yang menggalakan kemasukan


asas / infrastruktur. pelabur.
 Segala kemudahan infrastruktur seperti perhubungan dan pengangkutan
menjadi daya tarikan kepada pelabur.
 Penambahbaikan sistem kecekapan pengangkutan awam melalui
penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan
menyediakan pengangkutan awam yang selamat dan memudahkan
pergerakan.
9 Menjamin kestabilan  Peranan kerajaan dan rakyat mengekalkan keamanan negara.
dan keamanan  Aktiviti ekonomi dapat berjalan dengan lancar.
negara.  Mewujud kan iklim pelaburan yang sihat.
 Projek pembangunan dapat dijalankan dengan lancar dan tidak
tergendala.
10. Mengawal pengaliran  Mengurangkan pengambilan buruh asing bagi mengelakkan wang
wang negara. keluar negara dengan kuantiti yang banyak.
 Mengurangkan import barangan luar negara dan mengalakkan rakyat
membeli barangan tempatan.
 Menghalang rakyat tempatan menyimpan wang di luar negara dan
galakkan menyimpan dalam negara.
 Mengelakkan perdagangan mata wang dalam pasaran terbuka.
 Hal ini kerana pengeluaran duit yang banyak mempengaruhi nilai mata
wang sesebuah negara. Jika banyak duit yang dibelanjakan ke luar negara
berbanding di dalam negara, nilai mata wang ringgit pasti akan merudum
dan nilai menjadi rendah.
11 Mengurangkan import.  Mengurangkan import barangan makanan dan barangan keperluan.
 Mengimport barangan luar akan meningkatkan perbelanjaan
kerajaan dan berlaku defisit perbelanjaan kerajaan.
 Kempen menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan.
 Menaikkan cukai barangan yang diimport dan harga akan menjadi mahal,
maka rakyat kurang membeli barangan import
12 Meningkatkan  Membantu isi rumah menangani kenaikan kos sara hidup.
kesejahteraan rakyat/  Menyediakan Klinik 1Malaysia yang hanya mengenakan bayaran yang
sangat minima.
Mengurangkan kos sara  Mempercepatkan pembinaan rumah-rumah mampu milik.
hidup.  Menstruktur dan menjadual semula pinjaman daripada institusi
pembiaya masing-masing
13 Menstabilkan  Syarikat Malaysia yang melabur di luar negara digalakkan membawa
pasaran kewangan pulang keuntungan daripada pelaburan yang dibuat ke dalam negara.
 rakyat Malaysia yang mempunyai harta atau menyimpan wang di luar
negara perlu menjual harta atau mengeluarkan wang mereka di luar
negara dan melabur di Malaysia.
 Dengan berbuat demikian, mereka dapat membantu memulihkan
ekonomi negara.

8
9 MODUL ESEI FOKUS SEMESTER 1, 2020 OLEH: SALMIAH RAMLI

Cabaran/ Masalah (Ekonomi)


1 Kekurangan modal/  Meghadapai masalah kekurangan modal untuk memulakan operasi secara
sumber kewangan. besar-besaran.
 Sukar mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.
 Kekurangan modal turut menghalang perkembangan dan menyekat
penggunaan teknologi moden dalam perusahaan.
 Kekurangan modal juga menghalang pengambilan tenaga kerja pakar.
2 Kekurangan tenaga kerja/  Negara mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan disebabkan sikap
buruh. rakyat tempatan yang memilih pekerjaan, berpindah bidang pekerjaan
atau enggan menerima gaji yang ditawarkan.
 Menghadapi kekurangan tenaga buruh, terutamanya tenaga buruh
mahir dan separa mahir.
 Sukar mempertahankan penghijrahan tenaga buruh mahir ke syarikat-
syarikat besar yang menawarkan gaji yang besar, faedah dan suasana
kerja yang selesa.
 Persaingan mendapatkan tenaga kerja buruh berlaku dalam semua
bidang industri.
 Kekurangan tenaga buruh boleh merencatkan pengeluaran firma.
3 Kekurangan  Masih menggunakan teknologi yang kurang canggih kerana kurang
penggunaan pendedahan dan pengetahuan tentang teknologi moden dan terkini.
teknologi.  Mutu/kualiti pengeluaran dan produktiviti menjadi rendah dan tidak
dapat memenuhi permintaan pasaran.
 Syarikat atau firma menjadi tidak akan berdaya maju dan tidak dapat
bersaing dalam pasaran.
4 Persaingan pasaran.  Berlaku persaingan dengan barangan industri tempatan dan luar negara.

 Persaingan dengan syarikat-syarikat besar yang menghasilkan lebih


barangan dan menawarkan harga lebih murah.
 Persaingan dengan barangan yang lebih berkualiti yang dihasilkan oleh
syarikat besar.
 Persaingan dengan industri-industri yang lebih maju dengan penggunaan
teknologi terkini dapat menghasilkan lebih banyak barangan dan
menawarkan harga yang lebih rendah.
 Modal yang terhad di samping pelaburan yang tinggi untuk mengeluarkan
produk yang berkualiti.
5 Kekurangan  Tenaga kerja tidak berkemahiran dalam bidangnya.
latihan dan  Kekurangan latihan yang sesuai untuk meningkatkan keupayaan
kemahiran. kemahiran mereka.
 Kurang didedahkan dengan konsep “pembelajaran sepanjang hayat” bagi
meningkatkan kemahiran dan amalan “belajar sambil bekerja”.
6 Kos yang semakin meningkat.  Kos pengeluaran semakin meningkat disebabkan kos upah pekerja
semakin meningkat.
 Kos pembelian bahan mentah semakin mahal kerana diimport dari luar
negara.
 Kos operasi pengeluaran bertambah kerana perlu menggunakan
teknologi moden dan terkini dan menggunakan pekerja
berkemahiran.
7 Perpindahan keluar  Malaysia menghadapi cabaran yang besar apabila banyak pelabur
pelabur asing. memindahkan operasi mereka ke Negara lain.
 Punca pemindahan tersebut berkaitan dengan harga kos buruh dan tanah
yang lebih murah di negara lain yang lebih menguntungkan.
 Malaysia perlu mengkaji semula syarat pelaburan, menyediakan iklim
pelaburan yang mesra serta menyediakan insentif-insentif lain bagi
menarik semula pelabur.
8 Daya pengeluaran/ daya  Pengunaan teknologi moden masih terhad mengurangkan
saing yang rendah. produktiviti pengeluaran.
 Penggantungan yang tinggi terhadap faktor-faktor alam seperti musim,
cuaca dan faktor bencana alam bagi sektor pertanian.
 Bagi sektor perindustrian pula di sebabkan upah gaji pekerja dan kos buruh
dan buruh yang mahir adalah mahal.

9
10 MODUL ESEI FOKUS SEMESTER 1, 2020 OLEH: SALMIAH RAMLI

Latihan karangan :

1. Kegawatan ekonomi yang melanda negara kita bukan sahaja berpunca daripada faktor luaran
malah faktor dalaman turut mengakibatkan ekonomi kita merosot. Bincangkan penyataan ini
dan langkah-langkah untuk menanganinya.

2. Kerajaan dan rakyat mempunyai tanggungjawab dalam usaha mengatasi kemelesetan ekonomi.
Bincangkan.

3. Masalah kos sara hidup yang semakin meningkat disebabkan oleh pelbagai punca. Bagaimanapun
langkah tertentu bagi membantu mengurangkan beban tersebut telah dilakukan oleh pihak
kerajaan. Jelaskan.

4. Malaysia akan terus bergantung kepada sektor swasta sebagai penggerak utama pertumbuhan
ekonomi negara. Jelaskan sumbangan sektor swasta dalam pertumbuhan ekonomi negara dan
usaha pihak kerajaan dalam mengalakkan penglibatan sektor swasta.

5. Malaysia turut berhadapan dengan masalah inflasi walaupun kadar inflasi di negara ini masih
kekal pada tahap yang rendah. Masalah ini disebabkan oleh pelbagai punca dan pihak kerajaan
perlu mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengawalnya daripada terus meningkat.
Bincangkan.

10
11 MODUL ESEI FOKUS SEMESTER 1, 2020 OLEH: SALMIAH RAMLI

11

Anda mungkin juga menyukai