Anda di halaman 1dari 2

Buat kerangka karangan ini.

"Kedaulatan dan kemerdekaan negara bukanlah sesuatu yang


mudah untuk dikekalkan. Oleh itu setiap warganegara Malaysia hendaklah berusaha untuk
mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tersebut. Huraikan.

1. Memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyat :


Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha
mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. 
Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti - yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan
kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita
mungkin masih di tangan penjajah asing.

2. Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati


Jalur Gemilang - dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati - sesuatu yang suci - rakyat tidak
harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa
Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. 
Ketika menyanyikan lagi Negaraku- kita perlu berdiri tegak serta - lagu tersebut dengan penuh semangat
cinta akan negara.

3. Sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. 


Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. 
Kita -  mempertahankan maruah -bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk
mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.
Kita - sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa - negara serta cara mengatasinya. 

4. Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.


Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara
masyarakat. Kita - bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup Malaysia. Sifat bersatu-padu - masyarakat yang berbilang
kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya
untuk bangsa atau kaum sendiri.Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira
kedudukan, bangsa atau agama.
5. Kita tidak - mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang
melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapt memupuk semangat
bermasyarakat antara kaum serta mengeratkan hubungan silaturahim. Sifat berdisiplin juga amat
penting dalam memupuk perpaduan.
6. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan
semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan
berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan
reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang
biadap atau kurang ajar.

7. Bersifat produktif untuk memajukan negara


Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka
- bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap
masa. Rakyat - tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan
perpaduan negara.
8. Kesimpulan
Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan sentiasa memastikan
wujudnya perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk
menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di
negara kita untuk kebaikkan semua.

Anda mungkin juga menyukai