Anda di halaman 1dari 2

Memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyat :

 Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara


kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan negara.
 Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa
disokong, bukannya dikritik.
 Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang
memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan
negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka,
negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.
-Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati

 Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan


dihormati sebagai sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan
bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga
bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di
dunia.
 Ketika menyanyikan lagi Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta
menghayati lagu tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara.
- Sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya.

 Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati
negara.
 Kita harus mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan
bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan
kemerdekaan negara.
 Kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa
dan negara serta cara mengatasinya.
-Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.

 Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan


bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah bertolak
ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup Malaysia.
 Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat
penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk
negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.
 Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira
kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau
mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain.
 Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-
royong daapt memupuk semangat bermasyarakat antara kaum serta
mengeratkan hubungan silaturahim.
 Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan.
Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah
dipatuhi untuk kesenangan semua pihak.
 Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia
untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah
dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita
haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang
biadap atau kurang ajar.
- Bersifat produktif untuk memajukan negara

 Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi


negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam
mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada
setiap masa.
 Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau
pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara.
Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia
telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan
bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula.
Kesimpulan
Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam
negara dan sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.
Perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin
kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama
mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.

Anda mungkin juga menyukai