Anda di halaman 1dari 5

Malaysia ialah negara yang mempunyai

penduduk pelbagai kaum , agama dan budaya .


Walaupun pernah dijajah oleh kuasa Barat dan
Jepun selama lebih empat abad ,namun hari
ini Malaysia berdiri sebagai sebuah negara
berdaulat . Pada hari ini kita mempunyai hak
dan kuasa sepenuhnya atas urusan
pemerintahan dan pentadbiran negara kita
sendiri . Rakyat dan kerajaan perlu memainkan
peranan masing-masing untuk terus
mempertahankan kedaulatan negara .

Antara peranan kerajaan ialah


bertanggungjawab membuat dan
melaksanakan undang-undang. Dengan
adanya undang-undang dapatlah kerajaan
mengawal dan menjaga aktiviti rakyat supaya
tidak melanggar undang-undang.Sebagai
contoh , undang-undang dapat mengawal
tingkah laku manusia daripada melakukan
kejahatan dan keganasan seperti adanya
undang-undang larangan mempunyai senjata
api iaitu akta senjata api yang akan
membuatkan senjata api tidak dapat dimiliki
oleh rakyat sesuka hati .

Seterusnya , berusaha untuk memupuk


semangat kerjasama di kalangan masyarakat
yang berbilang kaum . Masyarakat yang
berbilang kaum ini boleh mempelajari
perbezaan masyarakat dan sistem sosial
masyarakat lain seterusnya memahami
sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi dan
saling menghormati . Sebagai contoh , pihak
kerajaan seharusnya mengadakan kempen
memupuk semangat bekerjasama dalam
kalangan masyarakat dari semasa ke semasa
agar terus subur dalam sanubari mereka .

Selanjutnya, kerajaan perlulah memastikan


negara dalam keadaan aman dan damai .
Untuk menjaga keselamatan negara , kerajaan
akan menyediakan pasukan keselamatan ini
dan kelengkapan pertahanan dan peperangan .
Sebagai contoh , semasa berlakunya ancaman
di lahad datu sabah , pihak berkuasa telah
menyediakan bantuan ketenteraan dengan
menghantar beberapa pasukan tentera
keselamatan untuk menjaga keselamatan
penduduk.

Selain itu , rakyat juga perlu memainkan


peranan seperti mengenali dan menghormati
lambang-lambang kebesaran negara . Jalur
gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh
semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang
suci . Sebagai contoh , ketika menyanyikan
lagu Negaraku , kita perlu berdiri tegak serta
menghayati lagu tersebut dengan penuh
semangat cinta akan negara .

Akhir sekali , memupuk semangat patriotism


dalam diri . Kita perlu mengenali serta
menghormati raja dan pemimpin negara kita
kerana mereka yang berusaha mengekalkan
keamanan dan kesejahteraan negara . Sebagai
contoh , sejarah perjuangan tokoh-tokoh
negara seperti Tun Abdul Rahman yang
memainkan peranan penting dalam
memperjuangkan kemerdekaan negara
haruslah di masukkan dalam pembelajaran
pelajar sekolah agar mereka dapat mengetahui
mengenai sejarah penting terdahulu .

Kesimpulannya , kita haruslah bekerjasama


untuk menghadapi apa jua cabaran untuk
memastikan wujudnya perpaduan serta
mengekalkan keharmonian dan kedamaian
sesebuah negara . Negara yang aman dan
damai dapat menjamin kebahagiaan dan
keselamatan rakyatnya. Negara yang
mengamalkan perpaduan dapat mencapai
kemajuan dengan mudah serta tidak mudah
ditakluki kuasa asing .
Nama ahli kumpulan :
-Nur syazwana binti adzhar
-Siti maisharah binti ismail
-Nur iffah syazwani binti abdullah
-Khairun niza binti abdul razak

Anda mungkin juga menyukai